Posts

Showing posts from August, 2017

Melewati Garis Lurus Merapi - Kraton - Pantai Selatan

Image
Hari ke-empat di Jogja sebelum pulang ke Malaysia keesokannya, aktiviti kami lebih leisure. Kami hanya mengunjungi beberapa tempat yang berada di atas satu garis lurus di atas peta satelit iaitu Keraton dan Pantai Selatan (Parangtritis). Menurut satu kajian, Kraton - Pantai Selatan (Parangtritis) - Tugu Jogja - Merapi berada dalam satu imej garisan lurus di atas peta satelit. Hal ini disahkan oleh Guru Besar Filsafat Universitas Gajahmada Profesor Damarjati Supadja. Lihat sini untuk keterangan lanjut ~ Filosofi Garis Lurus: Gunung Merapi - Keraton Yogya - Tugu - Pantai Selatan Sejam lebih juga perjalanan kami ke Pantai Parangtritis. Pasir pantai yang kehitaman disusuli angin sepoi sepoi bahasa membawa pasir-pasir halus menggamit kedatangan kami ke sana. Di sini aku dan rakan berpisah seketika. Dia dengan shoppingnya.. Haha aku pula sibuk dengan kisahku. Lebih senang hayati keindahan alam ciptaan Yang Satu itu. Saat berada di tepi pantai mata aku sudah terpandang seorang lelaki tua deng...

Sejenak Mengintai Peninggalan Merapi & Borobudur Yang Misteri

Image
28 Oktober 2010 bergema slogan ' Pray for Indonesia'... 'Indonesia berduka' di seluruh pelusuk dunia. Manakan tidak si dia yang sedang tidur rupanya terjaga. Mengamuk menggeliat hebat memuntahkan isi perut segala. Merapi umpama naga yang sedang tidur, terjaga bila tidur lelapnya diganggu gugah. Dahsyat sekali hinggakan 347 nyawa jadi galang ganti bila Merapi memuntahkan isi bumi. Berkunjung ke Jogja tak sah kalau tidak berkunjung ke kawasan tinggalan akibat letupan Gunung Merapi. Hari ketiga di Jogja, aku susuri pula sisa-sisa letusan gunung berapi buat ikhtibar untuk diri. Seawal jam 3.00pagi aku mula bangun mempersiapkan diri kerana kami bakal bergerak pada pukul 4.00pagi ke Umbulharjo Cangkringan yang terletak berdekatan kaki gunung Merapi. Di sini kami dibawa oleh Mas Teko selaku juragan di Resto Bonda Merapi. Selain pakej Merapi Tour, Mas Teko juga ada homestay mahupun rumah makan. Usai solat subuh seawal jam 5.00pagi dan Mas Teko juga sudah bersedia dengan jeepnya...

Menjengah Pantai Timang Jogja

Image
Dari candi bertebaran, gunung ganang megah dan perbukitan, Jogja juga mempunyai destinasi pelancongan pantai yang menarik. Dari pantai berpasir nan lembut sampai lah ke pantai berkarang, semuanya tersedia di sini. Hanya menanti untuk dikunjungi. Kalau Part 2 aku galak bercerita pasal hutan insta.. Moh bercerita pula pasal pantai berkarang mereka. Perjalanan ke Pantai Timang menempuh masa hampir 1 jam juga. Dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan penduduk yang sudah bersiap sedia untuk menyertai perarakan kirab budaya di kampung mereka. Tanpa membuang masa Mas Danu memberhentikan kereta. Sempat jugak aku lihat dan intai sekejap perarakan bagi perayaan kirab budaya ini. [caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Perayaan Kirab budaya di Siyono Kulon. Yang ini adalah pakaian kerajaan Mataram suatu ketika dahulu[/caption] [caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Bergambar bersama pasukan yang berpakaian...

Destinasi Instagenic Jogja, Hutan Hutan Terpelihara

Image
Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku... (Tentang Seseorang, Dian) Aktiviti pagi hari kedua kami ditemani Mas Danu.. dimulakan dengan menuju ke tiga destinasi yang menjadi kegilaan para traveller hipstur untuk hunting foto yang cantik. Haha Nampak? Aku dah terpengaruh nampaknya! Kah!! Mau juga aku lihat sejauh mana instagenic gambar-gambarku nanti. Di Jogja, banyak rupanya tempat baru diwujudkan dalam usaha meningkatkan kunjungan pelancong ke sini. Tunggulah sikit hari lagi banyak yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Kagum... Dan aku kagum atas usaha mereka mewujudkan tempat yang bukan sekadar foto hunting tapi sesuai untuk kita hayati kehijauan alam. Sebaik sahaja tiba ke destinasi pertama yang ditujui pada hari ini, Jurang Tembelan aku lihat hanyalah gardu pandang (pos pandang) yang biasa-biasa sahaja. Kerana dek kekreatifan mereka.. Ya tempat itu menjadi antara spot untuk selfie dan memotret terutama ketika sunrise. Aku sempat berbasa basi bersama sekumpulan pramugari Garuda ya...