Posts

Showing posts with the label Gorkhi Terelj Park

Bayartai Mongolia

Image
Pagi hari ke-10 aku bangun dengan bersemangatnya. Hari terakhir di Mongolia ini kami tidak terikat pada apa-apa aktiviti. Hanya sekadar meminta guide membawa kami ke tempat membeli-belah sebelum menaiki keretapi domestik yang bertolak dari Ulaanbaatar ke Zamyn Ude pada lewat petang. [caption id="attachment_4905" align="aligncenter" width="3000"] Suasana pagi sekitar ger di Terelj National Park [/caption] Usai sarapan kami mulakan dulu dengan aktiviti santai menghabiskan masa di Gorkhi Terelj Park. Sebelum bergerak keluar dari taman Negara ini kami sempat menyinggah di salah satu tarikan semula jadi di sini iaitu formasi batu "Turtle Rock". Sebenarnya di taman Negara ni terdapat pelbagai batu-batu yang sangat besar dan cantik dengan berlatarbelakangkan langit biru terbuka. Dua formasi batu yang telah menjadi terkenal sejak bertahun-tahun lamanya iaitu "Praying Lama Rock," kerana persamaan dengan seorang sami yang membaca buku. Yang kedu...