Posts

Showing posts with the label MyTravelog

Pulau Payar : Day Trip Yang Awesome!

Image
“Argh tension” luah aku dalam facebook baru-baru ni secara tak langsung membuatkan aku diajak rakan untuk ikut day trip ke Payar. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Terlebih-lebih sorong dah rupanya. Sangat seronok tak terkata. Trip yang penuh dengan kegembiraan. Medium Whatsapp diwujudkan bagi mengetahui perkembangan tentang “Trip Payar With Love”. Secara jujur memang tak kenal pun dan aku jarang mencelah di medium ini. Kalau mencelah pun meluahkan kegusaran tak tahu berenang. Sementelahan memang aku tak tahu berenang tau! Seawal jam 5.15 pagi aku dah tertunggu van Starex. Berdebar. Yang aku kenal boleh dikira dengan jari. Hanya Marsyi dan Zaid sahaja. Sampai sahaja van well aku ditegur ramah. Andy jugak ramah. Aku mati-mati dok ingat dia tu Chinese. Ampun ye andy. Sampai di Iskandari Dive Centre, persiapan equipment untuk diving dibuat terlebih dahulu. Macam biasa seperti yang aku lihat masa dengan Mermaid Dive Centre, Pattaya dulu. Cuma yang ini sangat leisure. Perjalanan ke Payar ...