Posts

Showing posts with the label Kembara Musim Sejuk Mongolia

Bayartai Mongolia

Image
Pagi hari ke-10 aku bangun dengan bersemangatnya. Hari terakhir di Mongolia ini kami tidak terikat pada apa-apa aktiviti. Hanya sekadar meminta guide membawa kami ke tempat membeli-belah sebelum menaiki keretapi domestik yang bertolak dari Ulaanbaatar ke Zamyn Ude pada lewat petang. [caption id="attachment_4905" align="aligncenter" width="3000"] Suasana pagi sekitar ger di Terelj National Park [/caption] Usai sarapan kami mulakan dulu dengan aktiviti santai menghabiskan masa di Gorkhi Terelj Park. Sebelum bergerak keluar dari taman Negara ini kami sempat menyinggah di salah satu tarikan semula jadi di sini iaitu formasi batu "Turtle Rock". Sebenarnya di taman Negara ni terdapat pelbagai batu-batu yang sangat besar dan cantik dengan berlatarbelakangkan langit biru terbuka. Dua formasi batu yang telah menjadi terkenal sejak bertahun-tahun lamanya iaitu "Praying Lama Rock," kerana persamaan dengan seorang sami yang membaca buku. Yang kedu...

Melewati Chinggis Khan Statue, Sang Penakhluk Dari Mongolia

Image
Cuaca menunjukkan -29 °c. Pagi-pagi lagi aku dan rakan sekembara sudah bersiap sedia untuk meneruskan penjelajahan kami menjelajah bumi Mongolia bagi hari-hari yang bersisa. Hari ini kami bakal meneruskan perjalanan yang panjang juga dari Khogno Khan menuju ke sekitar Ulaanbaatar.  Mana lagi kalau tidak menjengah mercu tanda Mongolia iaitu Chinggis Khan Equestrian (Statue). Sejauh 365 kilometer perjalanan kali ini menghubungkan Khogno Khan ke pinggir Tov, Ulaanbaatar. Perjalanan kami pagi itu sempat dihiasi dengan pemandangan alam indah. Matahari bangun pagi! Terbitnya sang mentari di ufuk timur indah sekali aku rasakan. Cantik! Indahnya ciptaan Ilahi. [caption id="attachment_4855" align="aligncenter" width="1280"] when they see beauty of the world... [/caption] Sebaik perjalanan yang panjang diteruskan aku mula memejamkan mata. "Jauh lagi perjalanan hari ni. Lena berkali -kali pun sempat ni", desis aku sendiri. Sungguh sudah beberapa hari menem...

Terujinya Perjalanan Menuju Khogno Khan Mountain.

Image
Seawal pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Bulgan, kami mengunjungi dahulu Erdenezuu Monastery. Erdenezuu Monastry merupakan satu-satunya kesan peninggalan yang masih utuh iaitu biara yang dibangunkan dengan menggunakan bebatuan dari runtuhan Karakorum pada zaman dahulu. Di dalam Edenezuu Monastery ini terdapat beberapa temple yang masih digunapakai sebagai tempat beribadat. Selebihnya temple tersebut telah diubah suai menjadi muzium sejak 1947. Sepanjang melewati Erdeneezuu aku lebih senang memerhatikan kesan tinggalan lama ~tapak luas seluruh kawasan tersebut yang telah lama dibina. Walaupun Bymba mengajak kami menjengah setiap inci temple, aku tidak teruja untuk melihat patung-patung berhala yang ada. Sekadar menjenguk tepi pintu. Tidak sampai setengah jam melewati Erdenezuu kami meneruskan perjalanan ke daerah Bulgan yang terletak kira-kira hampir 100 kilometer dari bandar Kharkhorin. Sebelum itu kami sempat melihat monument berbatu yang berbentuk penis di sebelah Erdenezuu . Jan...

Menjelajah Bandar Epic Kharkhorin, Laluan Utama Jalan Sutera

Image
Perjalanan yang panjang... Hampir 200km menempuhi landskap pemandangan indah dari bumi berpasir tandus hinggalah ke 'white land' diseliputi salju, kami menuju pula ke Kharkorin yang merupakan bandar kecil yang telah lama menjadi tinggalan sejarah. Walaupun pernah mengajar sejarah sungguh aku katakan.. aku masih buta sejarah. Berpeluang menjejakkan kaki ke sini sedikit sebanyak membuka mata aku melihat kesan tinggalan bandar purba yang menjadi kemegahan Empayar Mongol satu ketika dahulu. Tidak banyak yang dapat dilihat di Kharkhorin atau dikenali sebagai Karakorum (Qara Qorum) melainkan menyingkap sejarah inilah laluan utama Jalan Sutera di Mongolia satu ketika dahulu. Sementelahan bandarnya seperti bandar purba lama -tidak banyak pembangunan. [caption id="attachment_4780" align="aligncenter" width="4608"] Terjumpa dengan local yang awesome begini. Melting tau![/caption] Sebaik tiba ke bandar Kharkorin in kami menuju ke sebuah kedai makan dahulu. L...

Penempatan Lamas, The Ruins Of Ongii Monastery

Image
Berada di Mongolia pada hari ke-6 tidak sah tidak jika tidak mengunjungi dan meninjau sebahagian daripada monumen sejarah mereka. Ruins of Ongi Monastery dikenali sebagai Ongiin Khind merupakan monastery yang terbesar di Mongolia. Monastery ini tak silap aku dikatakan dibina pada tahun 1660. Terdapat dua kompleks bagi monastery ni iaitu Barlim khiid dan Khutagt Khiid yang terletak di sebelah utara dan selatan Ongi Gol kira-kira 18 km dari Saikhan-Ovoo, Dungobi. Lebih kurang berapa jam perjalanan akhirnya kami dapat saksikan keindahan penempatan Lamas (Tibetan/Mongolian monk) pada zaman dahulu di situ. Terdapat beberapa kesan runtuhan monastery yang dikatakan dimusnahkan oleh pihak komunis. [caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Kesan runtuhan sekitar Ongii Monastery[/caption] [caption id="" align="aligncenter" width="3000"] Kak Yus, Nadine dan Zaid bertungkus lumus mendaki bukit kecil dalam kesejukan[/caption] Tak ...

Jejak Indiana Jones, Menjejak Fosil Di Bayanzag Valley

Image
  Dua malam di Khongor, hari kelima seawal jam 9.00 pagi kami bertolak keluar meninggalkan host di sini. Terasa sayu meninggalkan mereka walaupun baru dua hari kami bertamu. Sungguh... ku lihat lambaian mereka sayu. Agaknya apalah warga emas itu buat berdua ya? Anak-anak di perantauan semua. Mengikut perancangan, hari ini kami bergerak menuju ke selatan Dalanzagdad pula yang merupakan syurga bagi ahli paleontologi. Perjalanan ke Flaming Cliff (Bayanzag) ini merentasi sepenuhnya unpaved road. Umpama hilang di bumi kami seperti sedang meredahi berlainan galaksi. Bumpy sana sini. Sesekali dalam perjalanan walaupun bumpy terlelap juga aku dan rakan sekembara dek kepenatan. [caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Grand canyon of Mongolia..... 'Bayanzag or Flaming Cliffs'[/caption] Bayanzag atau disebut Bain-dzak merupakan tempat di mana fosil dinosour ditemui. Di sinilah penemuan pertama ditemui iaitu telur dinosour termasuklah specimen Veloci...

Menyelusuri Kehidupan Nomad di Mongolia

Image
Mendengar perkataan nomad aku sering terbayangkan kehidupan yang sering berpindah randah. Dan kaum yang terkenal dengan nomad tentulah kaum MONGOL. Sabankali aku sering menceritakan kehidupan kaum yang satu ini dari segi cara hidup dan aktiviti yang mereka usahakan untuk kelangsungan hidup di dalam kelas Geografi aku tanpa aku merasai sekelumitpun cara hidup sebenar nomad yang sebenarnya di bumi Mongolia. Tampaknya hari keempat dan kelima di sini, aku benar - benar merasainya. Seawal jam 8.00 pagi sebelum bertamu dan bermalam di rumah keluarga yang menjadi host kami... Terlebih dahulu kami menjengah Mukhar Shiveert the second ice valley selepas Yolyn Am. Di sini terdapat beberapa spot air terjun yang telah membeku. Sebelum ini kami tidak disertai si kecil cilik Nadine, hari ke-empat ini kami membawa Nadine bersama. Risau juga sebenarnya jika ingin membawa anak kecil menjengah tempat yang terlalu rendah suhunya~ terlalu sejuk! Hinggakan wap pernafasan yang dihembus singgah di bulu mata ...