Jejak Indiana Jones, Menjejak Fosil Di Bayanzag Valley

 

Dua malam di Khongor, hari kelima seawal jam 9.00 pagi kami bertolak keluar meninggalkan host di sini. Terasa sayu meninggalkan mereka walaupun baru dua hari kami bertamu. Sungguh... ku lihat lambaian mereka sayu. Agaknya apalah warga emas itu buat berdua ya? Anak-anak di perantauan semua.


Mengikut perancangan, hari ini kami bergerak menuju ke selatan Dalanzagdad pula yang merupakan syurga bagi ahli paleontologi. Perjalanan ke Flaming Cliff (Bayanzag) ini merentasi sepenuhnya unpaved road. Umpama hilang di bumi kami seperti sedang meredahi berlainan galaksi. Bumpy sana sini. Sesekali dalam perjalanan walaupun bumpy terlelap juga aku dan rakan sekembara dek kepenatan.




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Grand canyon of Mongolia..... 'Bayanzag or Flaming Cliffs'[/caption]

Bayanzag atau disebut Bain-dzak merupakan tempat di mana fosil dinosour ditemui. Di sinilah penemuan pertama ditemui iaitu telur dinosour termasuklah specimen Velociraptor dan mamalia eutherian. Semua fosil ini ditemui oleh ahli paleontologi Amerika, Roy Chapman Andrews dan pasukannya pada tahun 1923. Pada pandangan aku memang sesuai Bayanzag ini digelar kubur terbesar bagi fosil dinosaur. Sementelah hampir 100 fosil dikatakan ditemui di sini. Namun kebanyakkan fosil yang ditemui itu telah diabadikan dan disimpan di Central Museum of Mongolian Dinosaur, Ulaanbaatar.


Sebaik sahaja tiba ke destinasi kelihatan di setiap sudut bukit pasir raksasa di sini dibatasi oleh lembah yang terbakar dek matahari. Menurut Bymba di sini juga masih terdapat sisa fosil purba tersembunyi di dalam tebing yang kelihatan menyala merah bila di tujah cahaya matahari.




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] The plains where the dinosaur once lived[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Sayup sayup kelihatan our transporter dari tebing tinggi[/caption]

Rakan sekembara lain aku lihat teruja meniti tebing-tebing di sini. Manakala aku pula lebih suka menyendiri meneliti alam Ilahi dari atas tebing tinggi. Lantas imaginasi aku mula bermain di fikiran. Terasa seolah terhumban dalam zaman prasejarah. Berlari-lari aku mencari perlindungan bila dikejar sang velociraptor yang sangat rakus mencari mangsanya. Terbayang di mata aku dirobek-robek dengan kukunya yang tajam melengkung. Sakit! Lebih sakit dari mata dan hati jika disakiti..


"Feesya....Came here, laung Bymba" lantas terputus lamunan.


Aku perhatikan setiap inci tebing tinggi tanah merah itu. Lagak aku seperti ahli professor arkeologi dalam filem Indiana Jones, Dr. Henry Indiana Jones. Dari tebing itu aku perhatikan terdapat lebih dari 3 ger yang terdapat di sekitar lembah ini. Pada firasat aku mungkin ada punca air di sini yang menjadi pilihan nomad di sini untuk menginap buat sementara. Asyik sekali. Dalam tak sedar... Ketika inilah gelagat aku dirakam rakan sekembara.




[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Waktu ini sedang kusyuk mengambil gambar. 📷 credit to Long Ranger[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Bila berangan bak model.. Macam ni lah 😝[/caption]

Memang kusyuk benar aku di sini dan sesekali aku melayan permintaan rakan sekembara berfoto bersama. Dalam asyik ketip mengetip bateri camera mula memberi tanda bahawa aku perlu menukarkannya. Aku cuba menyeluk poket. Aduh! Handset pula aku terlupa untuk bawa bersama. Macam serabut pun ada. Haiii...selalu terlupa!


"Haish! Kenapa waktu ini juga kamera nak buat hal," aku mengeluh sendirian.


Nampaknya aku hanya dapat bersaksikan mata melihat pemandangan yang indah tanpa dapat mengabadikan foto kenangan. Kecewa dan gundah mula bertamu di hati. Aku kembali melayan pemandangan. Tidak rancak lagi jari aku mengetip kamera. Dari hujung ke hujung aku perhatikan lembah di sini.




[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Breathtaking views. Lembah yang kemerahan dan luas saujana mata memandang.[/caption]

[wpvideo k0WkIv5l]

[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] The orange color of the sourrounding....[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] My companions in this journey[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="4608"] Saksaul tree ~ the plant of Gobi Desert. Kulit pokok ini sebenarnya boleh serap dan menyimpan air.[/caption]

"Oh... Ada tiga ger di sini", terluah dibibir keseorangan tanpa aku sedar.


Di mata aku kelihatan dua ger betul betul dari tebing tinggi sebalik sana. Manakala satu lagi terletak betul-betul di tengah lembah.


"There is your host ger", ujar Bymba.


Dari jauh kelihatan seperti dekat sahaja. Namun bila di atas jalan yang berliku tiada berturap itu boleh dikatakan jauh juga melebihi 10batu. Petang itu kami menginap di ger yang lokasinya betul-betul di tengah lembah.


Aku sebenarnya lebih tertarik dengan lembah di sini. Duduk di tengah lembah ini cuacanya tidak seperti di ger lain yang kami menginap sebelum ini. Terlalu sejuk kerana angin yang bertiup di sini umpama senjata tajam menyakiti kulit. Beku terasa di jari jemari. Menginap di ger yang sentiasa ditiup angin membuatkan aku terfikir bagaimana agaknya jika ribut pasir melanda? Mahu runtuh ger dibuatnya.




[caption id="" align="alignnone" width="2048"] View in the morning in host ger in Bayanzag valley[/caption]

 


Bermalam di Bayanzaq valley membuatkan aktiviti kami terbatas dek kerana kesejukan dan angin kuat. Tidak seperti beberapa hari lepas, aku biasanya akan menyertai rakan lain bergelak ketawa bagi menghilangkan bosan. Tetapi di sini aku lebih banyak menyendiri melayan buku log aku lagi. Mencoret tanpa henti. Idea pula mencurah-curah. Lebih kurang jam 9.00malam aku mulai terlelap dan hanyut dibuai mimpi sehingga kembali terjaga pada tengah malamnya kerana rakan sekembara aku hampir kesemuanya mengingau. Entah apa yang diigaukan kurang jelas dipendengaran kerana butir butir yang dituturkan tidak tersusun pula. Kedengaran macam orang 'menurun' pun ya! Meriding aku dalam kegelapan. Takut bila difikirkan tetapi aku gagahkan jua untuk bangun. Lalu kucuba hidupkan api dari pemanas yang kian malap dan kembali lena semula. Nyenyak jua akhirnya....


💌 KCF


Image and video hosting by TinyPic

Comments

  1. You really make it appear really easy with your presentation however I in finding this topic to be really something that I feel I’d never understand. It kind of feels too complicated and very wide for me. I’m looking forward for your subsequent post, I will try to get the hold of it!

    ReplyDelete
  2. I’m not positive where you’re getting your info, but good topic. I needs to spend a while studying much more or working out more. Thank you for fantastic info I was in search of this info for my mission.

    ReplyDelete
  3. Hi Alex .. usually before travel, I gained all those info about the places in the lonelyplanet or others mongolia tour website. but the info remains info until I go and see and experience it by myself. we dont have much time to go and search the fossil that they said still buried around the cliffs. But one of my friend have visit this cliff in 2014 said she has found the fossil. wish you luck for your mission to discover Mongolia. I love the land of blue sky ~ Mongolia.

    ReplyDelete
  4. Wow, awesome weblog layout! How lengthy have you ever been blogging for? you made blogging look easy. The whole look of your web site is fantastic, as well as the content material!

    ReplyDelete
  5. Since I start travel I wrote my journey in my pages in FB. But in this medium I just started last year. I try to transfer all my travelogue in the pages in this wordpress. Easy to search and read here. Thanks Alex. I just want to share all the my travel experience with others 😉.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan