Posts

Showing posts with the label Jom Belajar Geografi

Lokasi Perbezaan Siang Malamnya Aneh Yang Menarik Untuk Dilawati

Image
Oleh kerana aku seorang guru. . . Maka hantaran ini aku buat untuk rujukan aku dan anak didik seterusnya boleh dimanfaatkan sebagai ilmu. Maaf bukan setakat nak kongsi kejadian. . Tapi di ruangan KCF ini aku nak kongsi tempat-tempat menarik juga. Wink! (semangat kembara tu tetap ada! ) Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi, siang malam berganti, musim pula silih bertukar, rasanya agak ramai di antara kita sedar atau tidak, semua ini disebabkan oleh beredarnya sang bumi di atas paksinya. Peredaran bumi ini menyebabkan kejadian 4 musim berlaku. Dan apabila musim bertukar, kebanyakkan negara yang mengalami 4 musim ini siang dan malamnya tidak sama panjang. Beralih pada bumi. Sedar tak kita bumi miring 23½°. Lihat gambar di bawah untuk pemahaman. Kita ambik contoh soltis musim panas. Nampak hemisfera (kutub) utara? Nampak hemisfera (kutub) selatan? Dua bahagian bumi ini apabila matahari tegak di salah satu garisan sama ada di garisan Jadi atau Sartan, kedua-dua belahan bumi ini menga...