Posts

Showing posts with the label Itinerary

Itinerary : 10 Hari Kembara Ala Nomad Sewaktu Musim Sejuk di Bumi Mongolia

Image
Nomad seringkali merujuk kepada cara penghidupan yang berpindah-randah. Orang nomad mungkin mempunyai tempat persingahan yang tetap yang mereka singgah setiap tahun, tetapi masih bergerak aktif setiap tahun ke tempat lain. Tahun lepas aku berpeluang mengembara secara nomad bersama-sama teman di bumi Mongolia. Peluang yang ada ketika di sana sedikit sebanyak membuka mata tentang erti sebenar hidup kaum nomad ini terutama meninjau kehidupan pengembala nomad yang terpaksa berpindah randah ke tempat yang lebih subur bagi kelangsungan hidup serta ternakan mereka. Trip selama 10 hari ini bukan sahaja mendekatkan kami pada kehidupan masyarakat Mongolia malah kami dapat meninjau pemandangan indah sepanjang di sana. Dari bandar hutan batu kami merentasi padang rumput yang kekeringan ketika musim sejuk dan meredahi gurun yang gersang sangat memukau pandangan setiap kali dilemparkan dari luar jendela van yang menjadi medium utama pengangkutan kami di sana. Pengangkutan Ke sana? Sebenarnya aku ban...

Itinerary : 8D7N Kembara Yunnan, China

Image
Yunnan adalah tempat pertama di China yang aku jejak. Kali pertama aku jejak pada Mac 2015. Dua tahun selepas.. aku jejakkan kaki sekali lagi ke sini. Jikalau ditanya kenapa menjengah kali kedua. Biar jawapan itu aku pendamkan saja. Lol. Orang kata tempat pengubat jiwa gitu. Kali kedua route aku bermula dari Kunming ➡ TLG ➡ Lijiang ➡ Dali ➡ Kunming. Sempat aku menjengah beberapa tempat yang sangat menarik hati. Sampaikan hati aku tertaut di sini : Day 1 Touch down Kunming dah lewat petang. Terus tuju ke Kunming Railway Station. Dari airport nak ke railway ada shuttle bus Line 1. Bayar ¥25. Bas berhenti depan hotel dan perlu menapak lebih kurang 1km ke railway station. Saya ambil tiket ke Lijiang, softsleeper dengan harga ¥226. Nyenyak lena sampai ke Lijiang. Day 2 Tiba di Lijiang seawal jam 6 pagi. Aku ambil teksi ke International Youth Hostel Lijiang sebab dah mintak hostel book bus untuk ke Tiger Leaping Gorge. Bayaran ¥40. Boleh request nak berhenti di mana. Quitao? Upper, middle...

Itinerary : 2 Weeks China Silk Road

Image
Sekadar perkongsian aku dan rakan rakan memulakan journey China Silk Road pada 5hb Dec lepas dan berakhir 18 Desember 2016. Kami membuka tirai China Silk Road dengan mengunjungi Beijing ➡ Ürümqi ➡ Turpan ➡ Dunhuang ➡ Xi'an. Perjalanan kali ini dengan menaiki train dari Beijing ke Urumqi (Wulumuqi). Perjalanan ke Urumqi sahaja sudah mengambil masa dua hari di atas train. Alhamdulillah.. Sungguh teruja melihat scenary yang cantik sepanjang dalam train, dari gunung ganang sehinggalah ke padang pasir merentas Gurun Gobi. Perbelanjaan bagi tiket keretapi sahaja hampir RM900 melibatkan train biasa dan speed train yang ditempah menggunakan website chinatravelguide. Aku senaraikan di sini tempat menarik yang dikunjungi sepanjang trip: Kami hanya singgah di Beijing sebagai transit sahaja. Waktu yang ada tidak berapa mengizinkan kami untuk menjelajah Beijing secukupnya. Kami hanya sempat menjengah Forbidden City. Tiananmen Square pula hanya dapat ditinjau sebalik seberang jalan. 🌀 Forbidden...

Itinerary : 7 Hari di Ulsan & Busan Korea

Image
Selesai sudah backpacker trip selama 7 hari. Yang nyata sesi trip kali ini banyak mengajar aku erti berdikari. I gain lots of experience in this trip. Yap..Really! Selama ini aku takut untuk travel dan bergerak sendiri, bila ada situasi yang kita tak mahu dan ingini tak tersangka rupanya kita mampu bergerak solo sebenarnya. Sepanjang trip kita seringkali diuji berdepan dengan pelbagai situasi. Sesat jalan umpamanya..lagikan hidup orang bolehkan tersesat inikan pula JALAN. Usah hilang punca. Ada mulut tanyakan aja. Ada internet (jika ada) jalankan misi jejari anda. InsyaAllah ada jayanya. Baiklah aku ingin berkongsi setiap spot yang aku lewati sepanjang trip ke Korea ini. Moga jadi panduan buat rakan jika ingin menerjah dengan kos yang rendah. Percayalah saya banyak menggunakan pengangkutan awam di sana. Ianya sangat efisyen, mudah dan pastinya lebih murah. 💠Daewangam Park, Ulsan Lebih dikenali sebagai Ulki Park terletak di sebalah Pantai Timur Ulsan. Pada tahun 2014, pulau batuan ini ...