Itinerary : 2 Weeks China Silk Road

Sekadar perkongsian aku dan rakan rakan memulakan journey China Silk Road pada 5hb Dec lepas dan berakhir 18 Desember 2016. Kami membuka tirai China Silk Road dengan mengunjungi Beijing ➡ ΓœrΓΌmqi ➡ Turpan ➡ Dunhuang ➡ Xi'an. Perjalanan kali ini dengan menaiki train dari Beijing ke Urumqi (Wulumuqi). Perjalanan ke Urumqi sahaja sudah mengambil masa dua hari di atas train. Alhamdulillah.. Sungguh teruja melihat scenary yang cantik sepanjang dalam train, dari gunung ganang sehinggalah ke padang pasir merentas Gurun Gobi. Perbelanjaan bagi tiket keretapi sahaja hampir RM900 melibatkan train biasa dan speed train yang ditempah menggunakan website chinatravelguide. Aku senaraikan di sini tempat menarik yang dikunjungi sepanjang trip:


20170317050302563


Kami hanya singgah di Beijing sebagai transit sahaja. Waktu yang ada tidak berapa mengizinkan kami untuk menjelajah Beijing secukupnya. Kami hanya sempat menjengah Forbidden City. Tiananmen Square pula hanya dapat ditinjau sebalik seberang jalan.


πŸŒ€ Forbidden City


Merupakan istana empayar China yang dibina sejak Dinasti Ming hingga akhir Dinasti Qing-dari tahun 1420 ke tahun 1912. Ia terletak di tengah-tengah Beijing, China, dan kini menempatkan Muzium Istana. Kota ini berfungsi sebagai istana Maharaja dan juga pusat istiadat dan pusat pentadbiran kerajaan China selama hampir 500 tahun. Waktu menjengah Forbidden City kami terpaksa beratur panjang. Ramai sungguh walaupun off season.


Erdaoqiao-Great-Bazaar-15


Dua hari perjalanan dari Beijing ke Ürümqi yang merupakan pusat pentadbiran wilayah bagi Xinjiang Uygur Autonomous Region. Wilayah ini terletak bersempadan dengan wilayah Autonomi Tibet di sebelah selatan, Qinghai dan Gansu di tenggara, Mongolia di timur, sementara Rusia, Afganistan, Krygyzstan, Tajikistan dan Kazakhstan di sebelah utara dan barat. Aku sangat tertarik dengan budaya yang pelbagai di sini. Sungguh kalau diberi peluang, kami ingin kembali semula ke sini kerana masih lagi banyak tempat menarik yang tidak sempat dilawati. Antara tempat yang sempat kami jengah adalah :


πŸŒ€ Hongshan (Red Hill Park)


HONGSHAN atau dikenali sebagai Hill Park Merah (ηΊ’ε±± ε…¬ε›­, Hong Shan Gong Yuan) terletak di tengah pusat bandar Urumqi. Nun jauh ke atas bukit kelihatan pagoda yang dipanggil Zhen Long Ta. Disebabkan kami menjengah ketika musim sejuk kiri kanan salji memutih. Enterence fee di sini adalah percuma. Di atas Hongshan Hill ini kami dapat menikmati pemandangan indah bandar Urumqi dari atas.


πŸŒ€ Xinjiang Uyghur Autonomous Regional Muzeum

Bagi yang berminat dengan silk road dan ingin mengetahui lebih lanjut jangan ketinggalan menjengah muzium ini. Masuk adalah percuma. Di samping pendedahan tentang silk road banyak artifak yang boleh dilihat termasuklah kontroversi artifak iaitu mumia Xinjiang.


πŸŒ€ Erdaqioa Market


Bagi yang suka berbelanja.. Di adalah tempatnya. Erdaqiao Market sebenarnya bertentangan sahaja letaknya dengan International Grand Bazaar. Banyak boots murah, winter jacket, beg tangan, mahupun bijirin dan rempas ratus semuanya boleh di dapati di sini. Yang suka makan-makan pula.. Syurga kambing dan daging. Cubalah kebab, nan mahupun kawarp (nasi pilaf). Sedap.


jiaohe-Ancient-Ruins-Turpan


Dari Ürümqi kami bergerak ke Turpan. Di Turpan kami menggunakan khidmat guide bernama Ablajan Jilil memandangkan public transport di Turpan sangat terhad. Terdapat beberapa spot menarik seperti :


πŸŒ€ Toyuq Village


Toyuq Villlage merupakan perkampungan yang berusia hampir 2600 tahun dan terkenal dengan penanaman anggur dan pemprosesan kismis. Rumah rumah penduduk di sini hanya dibina dengan batu bata merah dan dilapisi lumpur dan jerami. Kami berpeluang mingle dengan penduduk setempat dihidang dengan makanan tengahari di sana. Tuan rumah yang melayani kami merupakan 9 generasi yang masih lagi tinggal di perkampungan Toyuq. Bayaran masuk ~30¥


πŸŒ€ Emin Minaret (Imin Minaret)


Emin Minaret (Su Gong Ta) adalah menara tertua satu-satunya menara Islamik di negara China. Dibina pada tahun 1778 pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong, oleh Suleman untuk mengingati jasa ayahnya Emin Khoja (perwira Turpan). Menara ini mempunyai ketinggian 144 kaki. Bersebelahan menara ini adalah sebuah masjid. Bayaran masuk ~45¥


πŸŒ€ Jiaohe Ruins (Yarkhoto City)


Antara kota kuno yang terdapat di China ialah kota Jiaohe. Jiaohe Ruins merupakan kota kuno yang musnah akibat serangan pasukan Mongol pimpinan Genghis Khan pada kurun ke 13. Jiaohe sebenarnya merupakan ibu kota kerajaan Anterior Jushi yang mana dibina di atas dataran tinggi berketinggian 30 meter, di kiri dan kanannya pula ada sungai yang memisahkan dataran tersebut. Bayaran masuk termasuk 'cart' ~ 85¥


πŸŒ€ Karez Well


Karez Well/Karez Underground Water System merupakan satu teknologi pengairan bagi menyalurkan sumber air kepada warga setempat di Turpan. Karez ini dibina sepanjang 5000km merentasi gurun di mana punca air dialirkan dari pergunungan Tianshan. Bayaran masuk~ 40¥


257a6d918b63ed517bf48097


Dunhuang adalah sebuah pekan kecil di Daerah Gansu. Di sini kami menggunakan pula khidmat Richard bagi membawa kami dari satu poi ke satu poi terutama Yadan Landform, Yumen Pass & Ruins Great Wall of Han Dynasty yang terlalu jauh jaraknya dari pekan Dunhuang.


πŸŒ€ Yadan Landform


Yadan Landforms merupakan taman negara yang mempunyai pelbagai bentuk topografi seperti haiwan, pagoda, kuil, bas dan bot. Taman negara ini meliputi kawasan seluas 398 kilometer persegi. Landskap bentuk muka bumi di sini terjadi akibat hakisan angin. Imaginasi yang tinggi diperlukan bagi menghayati keindahan alam di Yadan Landform ini. Bayaran masuk ~95¥


πŸŒ€ Ruins Of The Great Wall


Kita sedia maklum suatu ketika dahulu China membina Tembok Besar bagi melindungi negara mereka dari serangan Mongol dan Turkik. Terdapat kesan runtuhan Tembok Besar di Dunhuang. Tembok ini dikatakan dibina merentasi Gansu hinggalah ke Lop Nor, Xinjiang yang terletak di pinggir Taklamakan Desert. Runtuhan yang tinggal kini adalah sepanjang 3km.


πŸŒ€ Yumenguan Pass


Yumenguan dikenali dengan Yumen Pass merupakan antara tempat penting di mana tempat ini dikatakan tempat persinggahan para pedagang dari Asia timur ke kota Xi'an. Yumen Pass ini dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Han (206 BC – 220 AD). Yumen Pass ini ialah post atau hentian yang perlu dilalui oleh setiap pengembara zaman dahulu kala di mana mereka perlu membayar cukai dahulu di sini sebelum meneruskan perjalanan. Bayaran masuk Ruins of the Great Wall + Yumen Pass = 20¥


πŸŒ€ Dunhuang Ancient City


Dunhuang Ancient City merupakan tempat terakhir di Dunhuang ini. Kota Lama Dunhuang ini pada asalnya direka untuk penggambaran filem 'Dunhuang' pada tahun 1987. Masuk ke set lokasi ini umpama berada di dalam filem lama cina. Bayaran masuk ~ 40¥


πŸŒ€ Gua Magao


Di Dunhuang kami berkesempatan mengunjungi sebuah gua yang dikenali sebagai Magao Grottoes. Di sini sejarah dahulu kala dicoret di dinding gua. Tidak mustahillah di gua terdapat peninggalan sejarah peradaban dunia. Sementelahan dahulu gua difungsikan sebagai tempat tinggal manusia dahulu kala yang selamat dek serangan haiwan buas, bahaya mahupun cuaca yang menggila di luar sana. Gua ini merupakan gua seribu Buddha. Kompleks gua ini mempunyai 492 kuil buddha. Diiktiraf sebagai warisan UNESCO pada tahun 1987, gua ini mempunyai nilai sejarah terbesar di Dunhuang dengan peninggalan seni/karya Buddha. Bayaran masuk~ 120¥


πŸŒ€ Mingsha Shan


Mingsha Shan (padang pasir yang terkenal dengan fenomena pasir bernyanyi) letaknya di Gurun Pasir Taklamakan China. Mingsha Shan bererti “gunung pasir yang bergema”. Bukit-bukit pasir di sini berketinggian 5,660 kaki (1.725 meter) di atas permukaan laut. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah camel ride, sand slide, hiking, Sightseeing by heli. Terpulang kepada kocek masing-masing. Bayaran masuk ~60¥ + camel ride 100¥ + sand slide 15¥= 175¥


πŸŒ€ Crescent Lake


Lebih dikenali sebagai Crescent Spring atau Yueya Spring, tasik ini terletak kira-kira enam kilometer dari selatan Dunhuang. Sama seperti namanya, tasik ini menyerupai bulan sabit di pinggir padang pasir. Tasik ini terletak berdekatan dengan Mingsha Shan.


xi-an-in-one-day-day-trip-from-beijing-by-air-with-private-terracotta-in-beijing-162866


Xi'an merupakan pitstop kami yang terakhir sebelum mengakhiri trip China Silk Road ini. Dulunya Xi'an dikenali sebagai Chang'an antara kota tertua terlibat dalam aktiviti perdagangan lampau; Jalur Sutera.


πŸŒ€  Xi'an City Wall


Sebenarnya kami hanya menyusuri Xi'an city wall secara tak sengaja bermula dari Xi'an railway untuk ke Hostel. City Wall ini adalah salah satu sistem pertahanan tentera terbesar yang melindungi kota Chang'an daripada pencerobohan musuh pada zaman dahulu kala.


πŸŒ€ Muslim Quarter


Merupakan hub komuniti Muslim di Xi'an. Berkunjung ke sini tak sah kalau tidak mencicip local food. Sedap! Banyak pilihan makanan halal yang tersedia.


πŸŒ€ Drum Tower


Dibina pada Dinasti Ming, oleh Maharaja Hong Wu. Yang menariknya menara ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
πŸŒ€ Bell Tower


Bell Tower dibina pada tahun 1384 oleh Maharaja Zhu Yuanzhang. Tujuan menara ini dibina sebagai satu cara untuk menguasai bandar di sekitarnya dan juga sebagai mekanisme pertahanan.


πŸŒ€ Mount Hua


Merupakan gunung yang terkenal di China kerana laluannya yang curam, pemandangan yang indah, dan sungai yang dalam dan sempit. Di sinilah letaknya kuil kuil Taoism. Gunung ini dikatakan gunung yang paling mendatar di dunia.


πŸŒ€ Terracota Army


Tempatnya di mana Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM ditemui. Maharaja Qin dikatakan dikebumikan bersama segerombolan misteri tentera terracottanya.


Serba ringkas itinerary sepanjang trip China Silk Road 2016. Alhamdulillah dalam kekalutan merancang akhirnya tercapai jua.Walaupun ada beberapa tempat yang tidak dapat dilawati trip kali ini sungguh bermakna. Terima kasih my travel buddies Ayu, Uzair dan Muaz. Bagi yang ingin membaca lebih lanjut boleh klik di bawah :


China Silk Road : Prolog

China Silk Road Part 1

China Silk Road Part 2

China Silk Road Part 3

China Silk Road Part 4

China Silk Road Part 5

China Silk Road Part 6

China Silk Road Part 7

China Silk Road Part 8

China Silk Road Part 9

China Silk Road Part 10

 

[caption id="attachment_2758" align="aligncenter" width="720"]IMG_20170801_193400 My China Silk Road Itinerary 1[/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="720"] My China Silk Road Itinerary 2[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="720"] My China Silk Road Itinerary 3[/caption]

 

πŸ’Œ KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan