Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati
Jam menunjukkan 8.45 pagi. Dah berkira kira mahu melangkahkan kaki tetapi dek kerana travel buddy yang lagi dua orang lambat.. Eh "superlambat" kau! Makna kata pergerakan aku juga perlu dilambatkan. Ikutkan hati nak tinggal aje. Tapi alah.. Abaikan kejap rasa yang menyinggah. Orang yang sabarkan di sayangi Allah. Kan??
Bas 246 membawa aku ke Jangsaengpo Whale Museum. Hari kedua menaiki bas lagaknya seperti warganegara Korea yang terkenal dengan Kimchi. Sebenarnya daerah Jangsaengpo merupakan bandar pelabuhan. Nyatanya kesibukan di sini sedikit terasa namun cuaca sejuk umpama di Cameron Highland membuatkan diri terasa salju. Ye salju dalam simbahan cahaya matahari. Nyaman sekali. Dengan bayaran 9000 won puas ku teroka Jangsaengpo Whale Museum. Dari muzium ke theater 4D atau 3D mahupun show si cilik lumba lumba aku menimba sedikit ilmu di sini. Rupanya dahulu, paus putih merupakan ikan yang menjadi santapan mewah warga Korea. Perikanan laut dalam terhadap ikan yang semakin pupus ini amat menguntungkan. Permintaannya adalah tinggi namun sejak diharamkan pada tahun 1986, Jangsaengpo menyimpan banyak artifak tentang si gergasi lautan yg semakin pupus ini.
[caption id="attachment_1469" align="aligncenter" width="4608"] Mercu tanda perkapalan di luar Jangsaengpo Museum[/caption]
[caption id="attachment_1376" align="aligncenter" width="4608"] Macam dalam filem Night in da museum. BESARnya tulang temulang ini. Sepanjang berjalan bawah tulang paus ini teringat gulai ikan masin. Why.. Sebab mmg bau macam ikan masin![/caption]
[caption id="attachment_1377" align="aligncenter" width="4608"] Artifak ikan paus telah disimpan dan kini dipamerkan di muzium[/caption]
[caption id="attachment_1380" align="aligncenter" width="4608"] Antara foto- foto yang dipamerkan[/caption]
[caption id="attachment_1379" align="aligncenter" width="4608"] Gambar anak-anak lokal di Jangsaengpo Village suatu ketika dahulu[/caption]
Sebenarnya di sini juga merupakan juga tempat paus bermigrasi dan pusat penangkapan paus terbesar satu-satunya di Korea ini. Hampir 2 jam meluangkan masa di sini. Aduhai yang aku tercari teruna kimchi alihnya pada white whale yang terpaut di hati. Tak puas meneroka muzium, landskap mahupun persekitaran luar yang mampu mendamaikan hati aku lepak lagi seorang diri menghadap laut sambil mencoret itu ini. Lantas membiarkan rakan-rakan travel lain merakam foto yang tak sudah-sudah sebelum melangkah ke Seonam Park. Tak banyak yang boleh disaksikan di sini kecuali taman-taman riadah petang.
[caption id="attachment_1475" align="aligncenter" width="768"] Seongnam Lake Park di Ulsan sesuai untuk menikmati musim bunga. Pokok belakang kami tu kalau musim bunga berbunga lebat. Dah berkunjung ketika musim panas...jadi pemandangan biasa-biasa sahaja[/caption]
Usai beredar dari Seonam Park aku berjalan menuju ke bus stop berhadapan Busan Bank. Ahjumma ahjumma yang kebetulan berada di situ mempelawa duduk. Malu alah aku sipu-sipu malu untuk duduk di situ. Berbelas minit menunggu tiba-tiba bila travel buddy menyapa "kak sya betul ke arah ni? ". Aku jadi blank sedangkan tadi akulah yang memegang handset dijari mencari arah destinasi seterusnya. Rupanya gelagat aku diperhatikan ahjussi. Guest what? Dalam kebingungan melanda akibat melayan pms, ahjussi menawar diri menunjukkan arah buat aku. Lalu bas 216 kami naiki.
Apa yang aku perhatikan sepanjang di sini Warga Korea :
1. Sangat jujur
Tahu kenapa?? T-Money aku yang tercicir diambil oleh lelaki kacak (kukira di mata aku) dan dikejarnya aku yang sudah menapak 50 meter di depan. Kalau di tempat lain.. Alamat tak dapat dah la T-Money tu.
2. Baik hati
Ahjussi yang menawar diri menunjuk arah ke Ulsan Park sebenarnya menaiki bas bersama aku ke destinasi yang hendak aku tujui. Sedangkan arah dia tidak sama dengan aku. Ya Allah.. Baiknya. Hanya ku mampu berterima kasih. Sepanjang perjalanan dia seperti ingin berbicara tetapi masalah bahasa menjadi halangan sedikit untuk berkomunikasi.
3. Berinisiatif untuk beramah mesra dengan pengunjung
Baik ahjumma ahjussi aku lihat mereka ramah menegur. SENYUM. Boleh bikin sakit rahang dan sakit gusi. Travel buddy aku ahjussi siap belanja kopi lagi.
Sampai di Ulsan Grand Park ahjussi tadi mula meminta diri. Hanya mampu mengucapkan terima kasih sambil memandang si ahjussi berlalu pergi. Untuk pengetahuan semua Ulsan Grand Park merupakan taman berkeluasan 3.69km persegi menjadi tempah riadah warga setempat. Peluang petang itu aku ambil untuk bersiar-siar di taman dengan menunggang basikal. Yesss kali kedua di luar negara aku berjaya memujuk rakan berbasikal. Betapa seronoknya, lagaknya seperti babak dalam filem Korea berbasikal di taman. Nyata sekali lagi kehadiran di taman menjadi tumpuan warga setempat. Cheese. SENYUM lagi. Ada yang melambai lambai ke arah kami. Aduh serta merta terasa seperti artis luar yang sedang beraksi.
[caption id="attachment_1473" align="aligncenter" width="3456"] Tersusun cantik pepohon menghijau sepanjang perjalanan ke pintu masuk Ulsan Grand Park[/caption]
[caption id="attachment_1476" align="aligncenter" width="4608"] Antara arca yang terdapat di Taman mini hadapan pintu masuk Ulsan Grand Park[/caption]
[caption id="attachment_1474" align="aligncenter" width="3456"] Jeju Statue (Dol Hareubang) yang terdapat di Ulsan Grand Park. Mengikut kepercayaan rakyat Korea kalau sentuh patung ini akan diberikan jodoh, kesuburan dan kebahagiaan.[/caption]
[caption id="attachment_1477" align="aligncenter" width="4608"] Sempat cycling sepanjang berkunjung ke Ulsan Grand Park[/caption]
💌 KCF
Comments
Post a Comment