Posts

Showing posts with the label Gansu

Keajaiban Geografi Dunhuang, Oasis di Gurun Berpasir

Image
Untuk pengetahuan semua, Dunhuang adalah sebuah bandar di Barat Laut wilayah Gansu China, yang terletak di pinggir Gurun Gobi. Di sini letaknya oasis di gurun pasir yang mengagumkan "Crescent Lake" atau Tasik Bulan Sabit (Yueyaquan). Tak sangka kan.. di tengah gersangnya bumi ada keajaiban tersembunyi. Hebatnya kekuasaan Allah. Hari ke 8 pengembaraan, aktiviti kami dimulakan dengan melawat Magao Grottoes. Magao Grottoes Gua Penuh Artifak Lukisan Magao Caves atau Magao Grottoes ialah gua yang juga boleh dikenali sebagai Gua Dunhuang. Gua ini mengandungi beberapa contoh terbaik seni Buddha yang merangkumi tempoh 1000 tahun. Gua pertama telah digali di 366 AD sebagai tempat meditasi bagi kaum Buddha. Di sini kami meluangkan masa melihat seni lukisan pada dinding gua. Terdapat hampir 400+ to 700+ gua. Saya tak ingin mengulas lanjut mengenai Magao Grottoes ini cuma apa yang boleh saya katakan, ini lebih kepada tempat beribadat bagi kaum beragama Buddha. Terpulanglah kepada anda ba...

Menjejak Laluan Sutera di Dunhuang

Image
Misteri Taman Geologi Yardang ~ Bandar Berhantu? Pagi ini seawal pukul 9 kami terus bergerak ke Barat Laut Dunhuang iaitu Yadan (Yardang) National Geologic Park. Yardang dalam bahasa Uygur adalah "gunung kecil yang curam". Namun Taman Negara Yardang ini suatu ketika dahulu lebih dikenali sebagai Ghost Town kerana di sini terdapat bunyi yang menyeramkan menyerupai seperti hantu mengilai apabila angin bertiup melalui kawasan Taman Negara ini. Taman Negara ini terletak sangat jauh kira-kira 185 kilometer dari bandar Dunhuang. Kalau dilihat secara teliti. Taman Negara geologi ini bentuk muka buminya dibentuk oleh hakisan angin dan jarang sekali hujan. Berbusut busut lagaknya. Memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan natural architecture bolehlah lihat serpihan batuan yang terhakis oleh angin dan hujan ini. Mainkan imaginasi anda untuk melihat Sphinx, Peacock, Fleet voyage on sea , ataupun wall . Hampir 1 jam lebih kami di sini. Kemudian Richard membawa kami ke tempat yang seteru...

Tourism Nadi Bandar Dunhuang

Image
Setelah dua jam menaiki keretapi laju dari Urumqi ke Liuyuan-nan dan menempuh dua jam perjalanan menaiki kereta merentasi padang pasir akhirnya kami tiba di Dunhuang. Dunhuang adalah bandar pelancongan utama di China. Keindahan alam yang luar biasa sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dunhuang merupakan The Pearl of the Silk Road . Segala keindahan alam terbentang unik sementelah di daerah ni terletaknya dua tourist attractions yang terkenal iaitu padang pasir Mingsha dan Kolam Mata Air di tengah gurun selain Jade Pass dan Yadan Landform. Ketibaan kami semalam disambut oleh driver Richard. Driver Richard tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkab kami kurang bersembang sepanjang perjalanan. Richard, tour guide kami di sini orangnya tidaklah muda. Macam ayah-ayah sahaja dan merupakan penduduk tempatan di sini. Oleh kerana tiba di Xinlong Hotel Dunhuang sudahpun malam, dengan petunjuk arah oleh Richard kami bergegas ambil keputusan untuk letak beg dan mencari makan. Tak susah rupany...