Keajaiban Geografi Dunhuang, Oasis di Gurun Berpasir

Untuk pengetahuan semua, Dunhuang adalah sebuah bandar di Barat Laut wilayah Gansu China, yang terletak di pinggir Gurun Gobi. Di sini letaknya oasis di gurun pasir yang mengagumkan "Crescent Lake" atau Tasik Bulan Sabit (Yueyaquan). Tak sangka kan.. di tengah gersangnya bumi ada keajaiban tersembunyi. Hebatnya kekuasaan Allah.


Hari ke 8 pengembaraan, aktiviti kami dimulakan dengan melawat Magao Grottoes.


Magao Grottoes Gua Penuh Artifak Lukisan


Magao Caves atau Magao Grottoes ialah gua yang juga boleh dikenali sebagai Gua Dunhuang. Gua ini mengandungi beberapa contoh terbaik seni Buddha yang merangkumi tempoh 1000 tahun. Gua pertama telah digali di 366 AD sebagai tempat meditasi bagi kaum Buddha. Di sini kami meluangkan masa melihat seni lukisan pada dinding gua. Terdapat hampir 400+ to 700+ gua. Saya tak ingin mengulas lanjut mengenai Magao Grottoes ini cuma apa yang boleh saya katakan, ini lebih kepada tempat beribadat bagi kaum beragama Buddha. Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk mentafsirkannya. Satu difikiran ke mana sahaja kita melangkah letaklah Allah di depan. Tiada satu yang mampu menandingi kekuasaan Allah. Betapa Besarnya Rahmat Allah menjadikan kita pelbagai kaum pelbagai anutan, membentangkan langit, laut dan gunung ganang dengan indah. Ambillah ibrah dari apa yang kita saksikan. Sesungguhnya siapalah kita menidakkan Kebesaran Tuhan.




[caption id="attachment_1166" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Magao Grottoes mendapat julukan "Gua Seribu Buddha"[/caption]

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

[caption id="attachment_1168" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Lukisan di dinding gua yang masih di jaga sehingga sekarang.[/caption]

 

Mingsha Shan Padang Pasir Bernyanyi???


Mingsha Shan (padang pasir yang terkenal dengan fenomena pasir bernyanyi) letaknya di Gurun Pasir Taklamakan China. Mingsha Shan bererti “gunung pasir yang bergema”. Bukit-bukit pasir di sini berketinggian 5,660 kaki (1.725 meter) di atas permukaan laut. Kalau korang ingat.. Ada satu filem lakonan Jackie Chan "The Forbidden Kingdom"pernah menjalani pengambaran di sini .




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Gambar terbaik gunung berpasir Mingsha Shan yang dirakamkan dari sudut atas[/caption]

Kami berkesempatan menunggang unta. Lantas terfikir patutlah pengembaraan orang dahulu kala memakan masa berbulan-bulan. Pergerakan unta perlahan sekali rupanya. Selain menunggang unta kami berkesempatan mendaki bukit pasir tersebut hingga ke puncak dan menuruni menggunakan pelampung atau papan. Terasa bergetar jugak jantung. Jujur saya katakan mendaki ketika musim sejuk sangat mencabar. Tapi bila melihatkan padang pasir bergunung ganang indah di depan mata hilang kepenatan. Dan rasa berbaloi mengatasi kepenatan.




[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Menunggang bactrin camel yang sangat jinak[/caption]

 

Yueya Spring Tasik Bulan Sabit di Tengah Gurun


Lebih dikenali sebagai Crescent Spring atau Yueya Spring, tasik ini terletak kira-kira enam kilometer dari selatan Dunhuang. Sama seperti namanya, tasik yang menyerupai bulan sabit ini kelihatan seperi bulan jatuh ke riba... Opss bukan! Terjatuh di atas padang pasir sebenarnya. Terpandang keindahan muka bumi ini membuatkan hati tersentuh dan minda sejenak berfikir. Sebenarnya tasik ini terletak bersebelahan dengan Mingsha Shan sahaja. Cantik .


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lihatlah betapa kompleksnya ciptaan Allah SWT. Tidak termampu kita untuk menandinginya. Ya Allah, kau sungguh berkuasa dan dengan kuasaMu jugalah segala permintaan mampu kau makbulkan. Amin.


💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan