Long JOURNEY To The Northwest Sichuan
Perjalanan itu panjang dan berliku, bersiaplah dengan perjalananmu
Penatnya terasa menempuhi perjalanan ditambah pula dengan cerekarama tawar menawar kos pengangkutan ke Chengdu downtown di Chengdu Shuangliu International Airport, semalam...
Hari ini pengembaraan di bumi Sichuan sudah pun bermula. Tak sangka akhirnya dapat menjejak juga bumi Sichuan yang masih terkenal dengan keindahan alam yang masih suci 'dara' nya. Kah! Ayat memang tak boleh dipertikaikan. Ya... Siapa sangka keindahan alam di Sichuan terutamanya di beberapa daerah seperti Aba dan Garze, banyak menyajikan sisi lain daripada wilayah tumpuan utama pelancong seperti di Beijing mahupun Guangzhou. Oleh kerana itulah aku tergila-gilakan sangat tempat-tempat sebegini yang mana jarang menjadi tumpuan pelancong melainkan kaki pencinta alam yang sukakan cabaran.
"Cepat turun ke bawah. Mr Bo driver kita dah sampai dan tunggu di bawah tu", ujar suamiku, Uzair.
Segera aku settlekan urusan check out di kaunter dan pastikan semua rakan-rakan yang turut serta dalam trip; Kak Zarina, Catz, Izyan, Intan, dan Nir sudah turun dengan membawa bagasi masing-masing. Kami disambut dengan senyuman mesra oleh Mr. Bo. yang kelihatan segak orangnya. Tipikal lelaki China.
"Okay...Lets go!", ujar Mr. Bo ketika kami dalam kekalutan mengangkut bagasi ke dalam van.
[caption id="attachment_5267" align="aligncenter" width="3968"] Our driver, Mr. Bo dan bunganya yang masih mekar dihari pertama , memandu keluar dari Chengdu City menuju -> Songpan.[/caption]
[caption id="attachment_5266" align="aligncenter" width="1280"] 7 orang kesemuanya ceria memulakan perjalanan[/caption]
[caption id="attachment_media-321" align="aligncenter" width="5632"] Dahulunya rakan kembara, sekarang dah jadi suami aka travel partner sehati sejiwa![/caption]
Tepat jam 8.30pagi dengan lafaz Basmallah kami memulakan perjalanan. Mengikut jadual kami akan menuju ke Songpan, Aba terlebih dahulu. Songpan yang bakal kami jelajah nanti sebenarnya sudah wujud sejak Dinasti Tang lagi dan ianya dibina semula ketika Dinasti Ming.
Sejam dua yang pertama sepanjang perjalanan aku rasakan kiri dan kanan jalan tiada apapun yang mampu menarik minat mata memandang. Kotaraya dan jalan raya hiruk pikuk sedikitpun tidak menarik perhatian aku. Bungkam aku dan rakan lain melayan perasaan. Namun apabila menginjak ke kawasan pedalaman yang nyatanya jauh dari kesibukan kota kami disajikan dengan pemandangan alam yang memukau pemandangan. Gunung ganang yang berpasak-pasak dan sungai yang mengalir tenang mula menghiasi pandangan mata.
[caption id="attachment_5285" align="aligncenter" width="2048"] Banjaran gunung yang berpasak-pasak[/caption]
Sepanjang perjalanan kami juga meredahi terowong demi demi terowong (tunnel) sama ada yang sudah siap ataupun masih dalam pembikinan. Sebenarnya gerun juga aku memikirkan menempuh masuk dan keluar terowong demi terowong ini. Takut melihatkan keadaan luar terowong yang sempit dan kerisauan sesekali bertandang takut-takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Teringat aku akan berita yang pernah aku baca, penumpang bas cedera dan parah gara-gara bas melanggar dinding terowong menghala ke Luoyang China pada tahun lepas. Haishh aku cuba positif dan kawal diri dengan berdoa pada Ilahi. Sedar tak sedar, hampir lebih 8 terowong rupanya kami redahi. Alhamdulillah...selamat juga tempuh semua terowong yang ada di sini.
[caption id="attachment_5270" align="aligncenter" width="600"] Antara tunnel yang dilalui sepanjang perjalanan ke Songpan[/caption]
Banyak bandar kecil yang dilalui aku pandang sepi. Apa yang aku lihat, semuanya seumpama pekan cowboy. Sehingggalah kami tiba di Maoxian County sebuah bandar kecil yang aku tidak ketahuan namanya.
[caption id="attachment_media-275" align="aligncenter" width="2048"] Sebuah bandar kecil di Maoxian County yang terletak di pinggir Sungai Minjiang[/caption]
"Wo e' le (saya lapar)", ujar aku pada Mr. Bo driver kami dengan hasrat dia berhenti untuk singgah di kedai makan Muslim di sana. Mahu taknya sarapan tadi hanya biskut dan air sahaja aku ambil bagi mengisi perut.
"Musilin", ujarku lagi.
Aku lihat Mr. Bo tertinjau keluar jendela. Dengan tidak semena-mena Mr. Bo cepat-cepat membuat pusingan U bila beliau sedar Muslim Restaurant terlajak jauh ke belakang. Akhirnya jumpa juga Muslim Restaurant yang satu-satunya yang beroperasi ketika ini. Alhamduillah rezeki. Lahap sekali kami menghadap rezeki tengahari tersebut. Masing-masing lapar sebenarnya. Walaupun tampak sedikit pedas tetapi supnya sangat menyelerakan.
[caption id="attachment_5271" align="aligncenter" width="600"] Intan & Kak Zarina bergambar bersama-sama owner kedai di Maoxian County. Cuba tengok mee tariknya...Peh! Menarik hati ~ Pic by Intan.[/caption]
[caption id="attachment_5276" align="aligncenter" width="1024"] Keadaan kedai dari depan. Sebelah kedai makan tersebut adalah Pusat yang menyediakan makanan halal di sana.[/caption]
Usai makan, perjalanan diteruskan semula. Sejam kemudian kami tiba di sebuah perkampungan iaitu Paishanyingcun dan hampir lebih 3 jam kami terkandas di sini gara-gara keadaan jalan yang sempit di lewat liku likuan gunung menyukarkan pergerakan kenderaan besar dan perlu diselesaikan dengan campur tangan polis trafik bagi mengawal keadaan. Perjalanan yang pada asalnya hanya mengambil masa 6-7 jam menjadi lebih panjang gara-gara masalah yang tak diduga.
[caption id="attachment_media-301" align="aligncenter" width="3968"] Sebuah perkampungan di Paishanyingcun didirikan di lereng-lereng bukit[/caption]
[caption id="attachment_media-303" align="aligncenter" width="3968"] Tersangkut dalam perjalanan. Asalnya 6-7 jam dah jadi 11 jam perjalanan gara-gara jalan sempit![/caption]
[caption id="attachment_5283" align="aligncenter" width="2976"] Sempat lagi ambil peluang turun van dan capture picture! Tak der keje [/caption]
Setelah keadaan reda, perjalanan diteruskan sehinggalah sekali lagi Mr. Bo menghentikan van nya.
"Picture!", ujarnya kepada kami mengisyaratkan untuk turun mengambil gambar pemandangan berlatarbelakangkan Diexi Lake.
[caption id="attachment_media-266" align="aligncenter" width="2976"] Pemandangan dari Diexe Ancient Town Sightseeing Platform.[/caption]
Puas hati dengan beberapa keping gambar sebagai kenangan, perjalanan diteruskan lagi ke Songpan memakan masa selama 3 jam lebih. Menginjak saja maghrib, tibalah kami di Songpan Ancient Town sebuah kota lama yang mengikatkan dua hati antara Wenchuang Princess (Tang Dinasty) dan Emperor Songsten Gampo of Tibet.
Malam tersebut kami mengambil peluang untuk meninjau sekejap sambil mencari makan. Banyak sekali Muslim Restaurant di Songpan Ancient Town ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kota Songzhou. Dan lantas aku teringat fakta-fakta lama mengaitkan dengan penduduk-penduduk yang berada di sini. Oh... betul lah Songpan merupakan pusat perdagangan masa lampau antara provinsi Sichuan, Gansu dan Qinghai. Jadi tak hairanlah kalau ada etnik Tibetan, Qiang, Hui(Muslim) dan Han (Mandarin) saling mendiami kota ini penuh harmoni!
[caption id="attachment_5289" align="aligncenter" width="1280"] Kepenatan dan kelaparan. Tak sabar menunggu makanan ya?[/caption]
[caption id="attachment_media-326" align="aligncenter" width="3968"] Gemerlapan Gerbang Kota Lama Songpan disimbahi cahaya[/caption]
[caption id="attachment_5291" align="aligncenter" width="3968"] Walaupun kesejukan, yang penting posing tetap posing[/caption]
[caption id="attachment_5288" align="aligncenter" width="2976"] Cuba meniru aksi statue. Ini ialah statue Songtsan Gambo dan Princess Wencheng yang megah berdiri di depan gerbang Kota Lama Songpan[/caption]
mcm belum habis cerita sichuan ni
ReplyDeleteBelum habis. . . Banyak lagi episod setiap tempat. 😉. Stay tuned. Insya Allah saya share chapter by chapter
ReplyDelete