Posts

Showing posts with the label KCF Menulis

Lokasi Perbezaan Siang Malamnya Aneh Yang Menarik Untuk Dilawati

Image
Oleh kerana aku seorang guru. . . Maka hantaran ini aku buat untuk rujukan aku dan anak didik seterusnya boleh dimanfaatkan sebagai ilmu. Maaf bukan setakat nak kongsi kejadian. . Tapi di ruangan KCF ini aku nak kongsi tempat-tempat menarik juga. Wink! (semangat kembara tu tetap ada! ) Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi, siang malam berganti, musim pula silih bertukar, rasanya agak ramai di antara kita sedar atau tidak, semua ini disebabkan oleh beredarnya sang bumi di atas paksinya. Peredaran bumi ini menyebabkan kejadian 4 musim berlaku. Dan apabila musim bertukar, kebanyakkan negara yang mengalami 4 musim ini siang dan malamnya tidak sama panjang. Beralih pada bumi. Sedar tak kita bumi miring 23½°. Lihat gambar di bawah untuk pemahaman. Kita ambik contoh soltis musim panas. Nampak hemisfera (kutub) utara? Nampak hemisfera (kutub) selatan? Dua bahagian bumi ini apabila matahari tegak di salah satu garisan sama ada di garisan Jadi atau Sartan, kedua-dua belahan bumi ini menga...

​Wilayah Autonomi Di China

Image
  Saban kali membelek peta Negara China, pandangan mata saya seringkali tertancap ke pada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China yang pelbagai. Acapkali penduduk setiap wilayah mudah dikenali kerana mereka mempunyai identiti tersendiri. Dalam banyak-banyak wilayah, saya sebenarnya lebih tertarik dengan 5 Wilayah Autonomi yang terdapat di China iaitu, Guangxi, Tibet, Xinjiang, Inner Mongolia (Nei Mongol) dan Ningxia. Kawasan-kawasan di sini kebanyakkan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu, contohnya seperti di Xinjiang yang pernah saya lewati tahun lepas, penduduknya terdiri daripada kaum minoriti yang pelbagai. Antaranya ialah Uygur, Han, Kazakh, Hui, Kyrgyz, Mongol, Tajik, Dongxiang dan Xibe. Kepelbagaian kaum di sini sebenarnya memberikan keistimewaan kepada sesebuah negara kerana mempunyai kepelbagaian budaya yang menarik minat pengunjung ke negera tersebut. Jom kita kenali wilayah ini satu persatu-satu. 🌀   Wilayah Auto...

Pentingnya Suntikan Vaksin Sebelum Travel

Image
Dah tinggal hampir beberapa minggu sahaja lagi cuti sekolah bakal menyusul tiba. Aku kira ramai yang akan mengambil kesempatan travel ketika cuti sekolah nanti. Dan, aku tidak terkecuali. Cuti nanti aku bakal mengunjungi sebuah negara yang terkurung daratannya di Asia Timur (ha...Cepatler telaah peta! ) Pagi tadi aku singgah ke Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan. Belum pun sempat aku duduk, soalan pertama doktor, ''Awak nak pergi mana? Kenapa Mongolia? Kenapa tidak Filipina? Nanti anak mcm mana? Tersengih jugak aku dengan soalan bertubi doktor muda ku kira sedang lokum pada hari ini...satu persatu aku jawab.  Soalan last tu bila ku jawab single. Apa lagi keje jalan saja la! Gelak doktor... Katanya dia jugak selalu travel. Eh! Tetiba rasa macam nak sakit selalu. LOL Usai suntik aku ambil kesempatan bersembang dengan doktor kepentingan vaksin sebelum travel. Panjang lebar juga konsultasi sang doktor buat patientnya. Nasib la aku orang terakhir sebelum klinik ditutup sementara...

5 Manfaat Yang Aku Dapat Daripada Travelling

Image
Kembara ku tidak jauh.. Hanya disini masih rapuh; Masih mencari akar agar ampuh; Sedang melakar tapak biar kukuh; Disinilah petak mula aku berkayuh.. Jalan ini ku pilih pasti.. Kala hidup disini juga mati; Haluan yang ku kira dirahmati; Tujuan perjalanan sarat penuh erti; Disini ku bermula mencari yang hakiki.. Kembara ku tidak jauh.. Dimedan fana ini aku bersimpuh; Melamar damai kental tak luruh; Perjalanan hemah elak bermusuh; Semampu setia rendah tidak angkuh.. Saat suasana sekitar ku aman.. Ada antara saudaraku ditimpa ujian; Dibedil penginapan dibunuh tanpa kasihan; Namun jiwa masih kental dengan IMAN; Percaya Allah pasti hulur pertolongan; Andai aku disana apa mampu aku bertahan..? Kembara ku tidak jauh.. Langkah bertapak ku cuba asuh; Bertatih lemah kadang terjatuh; Matlamat disemat tidak sebagai jaguh; Anganku hanya untuk sebenar 'Abduh.. Aku disini tidak kekal.. Hanya persinggahan sementara menunggu ajal; Sisa hidup berbaki ku isi penuh amal; Berharap tsabat berjuang tak l...

China Silk Road : My Guide To

Image
Baik saya kongsikan My Guide To. Bagi memenuhi impian seorang Uncle yang bertanyakan saya tentang perjalanan ke China Silk Road last year. Saya kongsikan apa yang saya tahu dan jengah dan informasi yang saya dapati dari beberapa laman web (ada laman web yang mengumpulkan semua china's traveller ~ mandarin language). Saya hanya kongsikan di beberapa bandar di Xinjiang (Ürümqi & Turpan) dan Gansu (Dunhuang) sahaja. Cuma Xi'an sahaja saya tak kongsikan sebab banyak informasi boleh didapati dalam mana-mana blog atau posting di FB terutama dalam group Backpackers. Harap informasi yang tak seberapa ini dapat membantu Uncle merencana trip Silk Road by train Uncle nanti. ÜRÜMQI Info : Ürümqi terletak di bahagian utara Xinjiang Uygur Autonomous Region, sebelah utara kaki gunung Tianshan Mountains dan selatan Junggar Basin. Urumqi adalah ibukota Xinjiang Uygur Autonomous Region. Best Travel Time : All year round. its depend on your choice. Saya memilih musim sejuk. Attraction : [cap...

Agoraphobia Dapat Di Atasi Dengan Travel

Image
Agoraphobia? Eh! Korang ada tak perasaan tiba-tiba sahaja rasa unsecure berada di luar lepas tu panik dengan teruk sekali. Contohnya, travel sorang diri tiba-tiba tersesat dah hilang arah. Panik keterlaluan dan menggigil memikirkan dan berandaian yang bukan-bukan. Eh! Kalau ke sini sesat dah nanti kena tipu... Eh! Kalau ke situ ada penjenayah. Andaian yang sangat keterlaluan. Sebenarnya itulah petanda orang yang mengalami gangguan kecemasan atau agoraphobia. Gejala umum agoraphobia termasuklah : 🌀 Takut sendirian dalam situasi apapun 🌀 Takut berada di tempat-tempat ramai orang 🌀 Takut kehilangan kontrol di tempat umum 🌀 Takut berada di tempat di mana yang mungkin sulit untuk keluar, seperti lift atau kereta api 🌀 Ketidakmampuan untuk meninggalkan rumah atau hanya mampu meninggalkannya jika orang lain menemani Ada tak gejala di atas ni kat korang? Even sedikit, terkawal atau tidak... Ada ke tak?? Jujur. Well aku kisahkan... Aku sebenarnya ada sedikit agoraphobia. Tapi aku sendiri m...

Luas Pandangan Jauh Pengalaman Indahnya Pemandangan

Image
"Luas pandangan jauh perjalanan Bertambah pengetahuan pengalaman Namun bahagia belum ku temui Kiranya yang ku cari ada di sini" Jauhnya perjalanan Beijing - Urumqi menggunakan keretapi kali ini. Perjalanan yang mengambil masa selama dua hari merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Meskipun dua hari di atas keretapi perjalanan panjang ini tidaklah membosankan jika diisi dengan perkara yang menggembirakan dan menyenangkan hati. Aku lebih senang mencoret secara maya sekejapan melayan rakan berbual malah bersembang dengan Uncle yang sering tampak teruja bila aku berbahasa Mandarin. Sesekali diselang seli dengan melayan panorama yang menyejukkan mata di sebalik jendela keretapi. Secara jujur jikalau tanya mengapa saban tahun aku ke China jawapannya hanya 'entah'. Sebab apa.. Anda perlu saksikan dulu kepelbagaian geografi fizikal di sini. Itu sebabnya saya jatuh hati ❤ . Baiklah berkisarkan pada scenary sepanjang perjalanan panjang dalam train. Jika dari Bei...