Agoraphobia Dapat Di Atasi Dengan Travel
Agoraphobia? Eh! Korang ada tak perasaan tiba-tiba sahaja rasa unsecure berada di luar lepas tu panik dengan teruk sekali. Contohnya, travel sorang diri tiba-tiba tersesat dah hilang arah. Panik keterlaluan dan menggigil memikirkan dan berandaian yang bukan-bukan. Eh! Kalau ke sini sesat dah nanti kena tipu... Eh! Kalau ke situ ada penjenayah. Andaian yang sangat keterlaluan. Sebenarnya itulah petanda orang yang mengalami gangguan kecemasan atau agoraphobia.
Gejala umum agoraphobia termasuklah :
π Takut sendirian dalam situasi apapun
π Takut berada di tempat-tempat ramai orang
π Takut kehilangan kontrol di tempat umum
π Takut berada di tempat di mana yang mungkin sulit untuk keluar, seperti lift atau kereta api
π Ketidakmampuan untuk meninggalkan rumah atau hanya mampu meninggalkannya jika orang lain menemani
Ada tak gejala di atas ni kat korang? Even sedikit, terkawal atau tidak... Ada ke tak?? Jujur.
Well aku kisahkan... Aku sebenarnya ada sedikit agoraphobia. Tapi aku sendiri mampu kontrol bila dah dapat bertenang dan berfikir secara waras. Kalau dulu jangan harap la nak travel ke mana tanpa orang. Nak bergerak hat dekat pun. Aduhai. Takut. Mai time panik bercerau peluh. Rasa nak duduk rumah ja. Tetapi berubah bila dah mula bekerja di Johor. Segalanya bermula di Johor. Sikit-sikit hilang. Ya secara jujur dulu saban kali nak travel by car seorang dari Johor ke Kedah. Punyalah teruk perasaan takut tu ada. Bayangkan tak lena malam. Eh! Drive nanti sesat masuk highway lain macam mana? Kalau kereta tiba-tiba pancit aku sorang aje nih. Apa solusinya? Macam macam timbul di kepala. Apabila hari kejadian peluh keterlaluan, senak perut, berdebar kencang hati. Cemas tidak menentu tanpa sebab. Panik sendirian tak tentu pasal. Travel dari Johor ke Kedah nak balik kampung je kot. Teruk! Sangat teruk! Tapi dalam beberapa minit dah biasa dah bertenang aku segera kontrol. Alhamdulillah. Boleh pun travel sendiri. Tak perlu orang teman lagi. Kalau tak dulu jenuh cari kawan yang nak join balik skali. Malah saban kali drive balik malam-malam drive Johor-Kedah-Johor sepanjang journey tu bersendirian.
Aku nampak, salah satu sebab hilangnya panik keterlaluan pada aku bila mula travel alone (dalam Malaysia ja lah). Either by car or by bus. Dan aku tak sangka bila terjebak dengan aktiviti 'travel' sikit demi sikit rasa panik keterlaluan itu hilang. Sudah boleh kontrol. Dan sekarang, tak perlu lagi takut untuk melangkah. Malah sekarang aku dah berkira-kira melangkah tanpa ditemani. Tidak ada lagi perasaan panik keterlaluan menyerang aku. Yes I managed to overcome this panic attack through travel walaupun ada lagii perasaan takut sesekali. Setakat sejuk kaki tangan tu aje biasa lah kan? Kah!
Comments
Post a Comment