​Wilayah Autonomi Di China

 

China_provinces


Saban kali membelek peta Negara China, pandangan mata saya seringkali tertancap ke pada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China yang pelbagai. Acapkali penduduk setiap wilayah mudah dikenali kerana mereka mempunyai identiti tersendiri. Dalam banyak-banyak wilayah, saya sebenarnya lebih tertarik dengan 5 Wilayah Autonomi yang terdapat di China iaitu, Guangxi, Tibet, Xinjiang, Inner Mongolia (Nei Mongol) dan Ningxia. Kawasan-kawasan di sini kebanyakkan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu, contohnya seperti di Xinjiang yang pernah saya lewati tahun lepas, penduduknya terdiri daripada kaum minoriti yang pelbagai. Antaranya ialah Uygur, Han, Kazakh, Hui, Kyrgyz, Mongol, Tajik, Dongxiang dan Xibe. Kepelbagaian kaum di sini sebenarnya memberikan keistimewaan kepada sesebuah negara kerana mempunyai kepelbagaian budaya yang menarik minat pengunjung ke negera tersebut.


Jom kita kenali wilayah ini satu persatu-satu.


🌀  Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang


Saya pernah menjejakkan kaki ke wilayah Guangxi ini. Kedudukannya yang bersempadan dengan Vietnam secara tidak langsung wujudnya kesamaan dari aspek gaya hidup, tarian dan kesenian serta bahasa dan pemakanan. Teringat keindahan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang (gunung karst) dan dialiri sungai yang panjang serta disulami hawa yang sejuk membuatkan saya benar-benar merasai ketenangan bila berada di sini. Jangan tak tahu keindahan Guilin yang sangat mempesona ini membuatkan keindahannya diabadikan di atas mata wang China. Etnik Zhuang merupakan etnik yang  mendiami di Wilayah Autonomi Guangxi. Mereka merupakan antara 56 etnik yang diiktiraf di China dan sebahagian besar mereka hidup sebagai petani. Jika berpeluang ke Guangxi jangan lupa saksikan Liu San Jie Performance yang mementaskan kehidupan dan lagenda masyarakat Zhuang di atas pentas air. Sangat menakjubkan!


Terdapat beberapa tempat menarik sekitar Guangxi yang sangat menarik untuk di jengah:


1. The Reed Flute Cave
2. Longji Terraces
3. Li River & Yulong River
4. Big Banyan Tree
5. Moon Hill dan banyak lagi




[caption id="attachment_5465" align="aligncenter" width="680"]Li River Li River 📸 by Aoron (Xiamen)[/caption]

 

🌀  Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur


Walaupun berkesempatan meneroka hanya Bandar Urumqi dan Turpan di Wilayah Autonomi Xinjiang, saya merasakan sesuatu yang cukup istimewa di sini. Wilayah Autonomi Xinjiang yang terletak di sebelah barat China ini majoriti penduduknya ialah beragama Islam. Seperti yang diketahui mereka menggunakan bahasa dari Etnik Uyghur yang merupakan etnik paling besar di Xinjiang (45%). Saya suka melihat wajah-wajah masyarakat di sini. Wajah mereka kelihatan lebih kepada raut wajah masyarakat Asia Tengah. Tambahan pula makanan mereka yang sedap~satey kambing yang mampu membuatkan saya terliur serta teringatkan keenakannya. Hingga menjilat jari. Terkenang-kenang.


Cuma untuk menjengah ke wilayah ini, persediaan yang rapi perlu bagi mengelakkan sebarang  kejadian tidak diingini berlaku. Pastikan sentiasa mempunyai perancangan yang lengkap dan persediaan mental yang cukup apatah lagi wilayah yang sering bergolak ini seperti dianaktirikan tidak seperti wilayah autonomi lain di China membuatkan kita sebagai orang luar juga kadangkala merasakan kedatangan kita seperti tidak dialu-alukan.


Masjid-masjid di sana seperti yang dijengah di Turpan hanya akan berkumandang azan dan diimarahkan pada hari Jumaat. Oleh kerana pemeriksaan yang ketat pernah dilaporkan dikenakan kepada wanita bertudung terutama di airport, sekunjungan saya dan rakan-rakan tahun lepas, kami elakkan masuk dan keluar dari sana menggunakan airport sebaliknya menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama.


Banyak tempat menarik di Xinjiang yang boleh dilawati.  Ringan-ringankanlah tangan search 'things to do' di Xinjiang ini.


 

🌀  Wilayah Autonomi Nei Mongol (Mongolia Dalam)


Jangan terkeliru antara Mongolia dan Inner Mongolia yang terletak di bahagian utara China.  Pusat pentadbiran bagi Mongolia Dalam ini terletak di Hothot. Majoriti penduduk di sini pula adalah Cina Han diikuti oleh kaum minoriti lain seperti Mongol, Manchu, dan Hui. Belum pernah aku menjejakkan kaki ke sini teringin juga untuk menjengah.  Aku lebih tertarik pada perkataan 'mongolia dalam' yang terletak di China.  Kenapa tidak keberadaannya di Mongolia? Ada sejarah yang perlu diungkap rasanya.


Penduduk di sini berbeza dengan penduduk Mongolia hanya dari segi tulisan. Bahasa pertuturan, cara hidup, malah rupa mereka seperti orang Mongolia di sebalik sana. Masyarakat di sini juga kaya dengan tradisi terutama bagi suku Mongolia Ordos.  Tarian,  adat istiadat seperti perkahwinan dapat disaksikan di Subihon Praire, Ordos City.


Teringat saya pada satu catatan kembara milik Naramas Aman yang mana beliau terpaut pada remaja tahfiz di sana.  Oh! Ada pusat tahfiz di sini rupanya. Ternyata di sini mengamalkan kebebasan beragama dan praktik amalan keagamaan tidak dihalang seperti di wilayah autonomi Xinjiang.


Sesiapa yang ingin ke sini, boleh menjengah beberapa tempat menarik terutama Padang Rumput Xilamuren. Banyak pengalaman menarik yang boleh ditimba dan diasai di sini.

[caption id="attachment_5466" align="aligncenter" width="900"]Xilamuren Grassland Xilamuren Grassland 📸  by chinadaily.com.cn[/caption]


🌀   Wilayah Autonomi Ningxia Hui


Saya pernah berura-ura untuk berpuasa di sini tahun lepas kerana tertarik dengan keramaian dan keunikan kaum Hui (Cina Muslim) di sini. Dek kerana asimilasi yang berlaku suatu ketika dahulu,  etnik Hui yang berada di Ningxia ini sebenarnya terbentuk hasil daripada penyatuan pedagang muslim berketurunan Parsi dan Arab dengan suku Han tempatan. Untuk membezakan masyarakat Hui dengan masyarakat Han sangatlah mudah terutama dari segi pemakaian mereka. Ada identiti tersendiri. Bagi lelaki biasanya berjubah dan berkopiah manakala wanita pula bertudung.


 

[caption id="" align="aligncenter" width="614"] People of Ningxia Li River 📸 by muslimvillage[/caption]

Yang menarik minat saya tentang etnik Hui ini tentulah kuliner mereka.  Terbayang keenakan "Lamian"~ mi tarik ala Tionghua. Dan saya juga pernah mencicip Suan cai (seperti jeruk sayur atau kimchi) dimakan bersama mi sup daging atau nasi goreng dan dihidang pula minuman teh yang dibancuh bersama gula batu dan buah-buah kering. Aduh! Sedapnya. Terliur? Jangan risau etnik Hui banyak terdapat di serata wilayah lain di negara China.


Dari segi kesenian pula, tak silap saya  ada satu seni taridra yang dipanggil Hua'er yang mana banyak unsur etnik Hui dimasukkan seperti tarian kendi dan sebagainya. Muziknya seakan-akan muzik padang pasir pun ada.


 

🌀  Wilayah Autonomi Tibet


Wilayah Autonomi Tibet juga dikenali sebagai Xizang. Wilayah ini merupakan wilayah yang terbesar selepas Xinjiang. Etnik Tibet terdiri daripada 90% beragama Buddha Tibet dan Bon. Sungguhpun begitu ada sebilangan kecil yang beragama Islam (Hui dan Salar). Terdapat beberapa etnik di sini seperti Bai, Lhoba, Mongols, Qiang, Menba, Naxi, Han, Hui, Salar dan banyak lagi.


Untuk mengunjungi wilayah ini pengunjung perlu mendapatkan permit masuk terlebih dahulu. Terdapat beberapa destinasi yang menjadi tumpuan pengunjung jika ke sini antaranya Potala Palace yang merupakan ikon Tibet, dan Tasik Namtso, tasik air masin yang terletak paling tinggi dari aras laut dunia serta Gunung Kailash yang mempunyai ketinggian 6638 meter merupakan gunung yang tertinggi di dunia yang tidak pernah di daki. Really?


Masyarakat Tibet terkenal dengan keunikannya yang tersendiri. Teringat saya  pada upacara sky burial yang penah disaksikan di dalam satu dokumentari. Masyarakat di sini tidak menguburkan mayat tetapi meninggalkan mayat begitu sahaja sehingga burung bangkai memakannya. Sesuatu yang menarik  tetapi menggerunkan hati untuk melihat! Yang inilah saya  ingin saksikan di Litang,  salah satu daripada tiga Tibet Autonomous Perfecture yang terdapat di Sichuan  jika perancangan saya diizinkan Tuhan. Erk! Berani ker?




[caption id="attachment_5467" align="aligncenter" width="800"]Sky Burial Sky burial 📸  by Photostab.ru[/caption]

Itulah 5 wilayah Autonomi yang terdapat di China. Rasa-rasa yang mana menarik minat anda untuk menjelajahinya?


kcf

Comments

  1. Cikgu...
    Saya ada bertanya beberapa soalan dlm entry cikgu yg lama dulu mengenai silkroad.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan