Lokasi Perbezaan Siang Malamnya Aneh Yang Menarik Untuk Dilawati
Oleh kerana aku seorang guru. . . Maka hantaran ini aku buat untuk rujukan aku dan anak didik seterusnya boleh dimanfaatkan sebagai ilmu. Maaf bukan setakat nak kongsi kejadian. . Tapi di ruangan KCF ini aku nak kongsi tempat-tempat menarik juga. Wink! (semangat kembara tu tetap ada! )
Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi, siang malam berganti, musim pula silih bertukar, rasanya agak ramai di antara kita sedar atau tidak, semua ini disebabkan oleh beredarnya sang bumi di atas paksinya. Peredaran bumi ini menyebabkan kejadian 4 musim berlaku. Dan apabila musim bertukar, kebanyakkan negara yang mengalami 4 musim ini siang dan malamnya tidak sama panjang.
Beralih pada bumi. Sedar tak kita bumi miring 23½°. Lihat gambar di bawah untuk pemahaman. Kita ambik contoh soltis musim panas. Nampak hemisfera (kutub) utara? Nampak hemisfera (kutub) selatan? Dua bahagian bumi ini apabila matahari tegak di salah satu garisan sama ada di garisan Jadi atau Sartan, kedua-dua belahan bumi ini mengalami musim yang berbeza. Dalam kes soltis musim panas, kutub utara terima cahaya matahari mengalami musim panas. Manakala Hemisfera selatan yang tidak menerima cahaya matahari mengalami musim sejuk. Haaa faham ke tak aku nak sampaikan ni? Eh! Apakah kaitan dengan hantaran aku kali ni? Hahaha. . . Orait! Kita teruskan.
Disebabkan kejadian inilah.. Ada beberapa negara yang terletak berhampiran lingkaran kutub akan mengalami siang dan malam yang tidak sama panjang. Pada musim panas, bahagian Kutub Utara akan mengalami siang selama 24jam berlangsung hingga 6 bulan lamanya. Begitu juga sebaliknya di Kutub Selatan. Hari Kutub (polar day) dan Malam Kutub (polar night) adalah istilah yang selalunya untuk menerangkan tentang siang dan malam di lingkaran Artik dan Antartika ini!
Ya. . . . . Jadinya, aku kupaskan beberapa tempat yang mengalami fenomena kejadian siang dan malam yang aneh ini. Check it out!
[caption id="attachment_4599" align="aligncenter" width="1220"] Fenomena semula jadi matahari tengah malam yang berlaku di Norway. 📷 credit to Google[/caption]
1. Svalbard, Norway.
Cuba teliti peta di bawah ini. Kedudukan Svalbard terletak di lingkaran Artik kan? Tak jauh pun kedudukannya dengan kutub utara. Pada musim panas... matahari di sini tidak terbenam selama 6 bulan. Makna kata kejadian 'midnight sun' atau matahari tengah malam dapat disaksikan di sini. Ha.. Kalau teringin nak tengok midnight sun ini bolehlah ke sini. Bila tu? Berkunjunglah ke sini antara 19 April hingga 23 Ogos.
Apa yang ditawarkan di Svalbard ini? Tentulah glacier hike dan ice caving yang ditawarkan di sini. Berminat untuk uji adrenalin, dipersilakan ke sini.
[caption id="attachment_4598" align="aligncenter" width="800"] 📷 credit to Google[/caption]
2. Lapland, Finland.
Pernah dengar tentang sebuah daerah bernama Lapland di Finland? Tempat ini terkenal sebagai gurun sub Artik yang luas. Dan tentunya juga terkenal dengan fenomena semulajadi iaitu midnight sun dan nothern lights. Midnight sun di Lapland dapat di lihat pada setiap bulan Jun hingga Julai. Nak merasa salji di musim panas? Silakan. Banyak aktiviti boleh dijalankan di sini terutama dog sledding dan reindeer sledding. Nak sled sampai malam pun boleh sebab langitnya cerah! Patutlah Lapland ini digelar sebagai tempat yang mataharinya tidak terbenam.
[caption id="attachment_4600" align="aligncenter" width="900"] Keindahan hutan di Lapland Finland. 📷 credit to Google[/caption]
3. Alaska, US.
Dilihat pada kedudukan Alaska kita sedia maklum kedudukan dalam Lingkaran Artik. Pada musim panas, matahari akan bersinar di Alaska 20jam sehari. Ada beberapa tempat yang sangat menarik perhatian aku. Antaranya Juneau, sebabnya aku teringin nak tengok Kutub utara dengan menaiki kapal. Oh. . Tak terbayang keseronokan membelah lautan glasier sambil mencari si Willy 'paus Humpback'. Tak takut tenggelam macam Titanic ke cik kak? Kikiki.. Ops!
[caption id="attachment_4601" align="aligncenter" width="1024"] Whale watching di Juneau, Alaska. 📷 credit to Google[/caption]
4. King Island George, Chile.
Haaa. . . Kita tengok yang ini pula. Dok syok cerita tentang musim panas di bahagian hemisfera utara bumi, kita tuju King Island George yang terletak di Hemisfera Selatan. Ketika kutub utara mengalami musim panas di kutub selatan pula alami musim sejuk yang panjang. Maknanya matahari di sini tidak bercahaya langsung. Aku pilih King George Island kerana inilah penempatan yang ada di Antartic Cirle (Lingkaran Antartika). Kalau ikutkan mana ada manusia duduk di sini kerana kutub selatan sebenarnya lebih sejuk disebabkan bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan seperti sebuah gurun salji. Senang kata benua yang di keliling oleh lautan. Yang ada hanyalah penguin dan paus biru. Berbalik pada King George Island, lokasi ini adanya penempatan manusia kerana dikatakan sedikit hangat berbanding suhu ekstrim di kutub selatan ini yang dikatakan rata-ratanya -50°c.
Banyak tak banyak yang ditawarkan di sini ada jugalah aktiviti yang mencabar seperti sea kayaking sambil menjamu mata melihat ice glacier dan sea lion. Fuh! Sesuatu yang luar biasa kalau dapat ke sini. Mampu ke tahan sejuk?
[caption id="attachment_4602" align="aligncenter" width="640"] Villa Las Estrellas di King George Island, Chile. 📷 credit to Google[/caption]
Baiklah....bercerita tentang malam yang panjang baik di kutub utara atau di kutub selatan bermakna cahaya matahari tidak ada langsung! Berapa lama? Ada yang 64 hari tanpa matahari seperti di Kota Borrow, US. Ada juga yang 3 hari tanpa matahari dan ada yang 6 bulan lamanya. Yang aku pasti malam kutub (polar night) ini seringkali dikaitkan dengan aurora borealis. Aduh! Cantiknya kalau dapat tengok si cantik rupawan aurora yang biasanya muncul di langit malam. Ketika aurora berlaku biasanya langit malam disimbahi cahaya hijau dan merah keunguan pelbagai bentuk, bertompok, memanjang atau bulatan bahkan ada yang menyerong. Baiklah kat mananya nak lihat aurora borealis ni? Tentulah di negara-negara yang berdekatan dengan kutub, yakni kutub utara dan kutub selatan. Kalau aurora di kutub utara kita gelarnya sebagai aurora borealis sebaliknya yang terdapat di beberapa buah negara yang berdekatan dengan kutub selatan pula digelar sebagai aurora australis.
[caption id="attachment_4603" align="aligncenter" width="630"] Cantinya aurora borealis di Iceland. Menikam jiwa! 📷 credit to Google[/caption]
Kalau korang merancang nak bercuti ke tempat eksotik ini di mana matahari tidak pernah terbenam atau ke lokasi yang mana mengalami matahari tengah malam, bolehlah intai-intai beberapa negara seperti utara Canada, Greenland, Finland, Norway, Sweden, Russia, Alaska dan Iceland. Yuhuu! Lepas ni KCF pun nak intai tempat ni lah. Menarik!
Comments
Post a Comment