Indahnya Pemandangan...Journey To Barkam!

I always encourage people to get out there, travel the world, see new things, experience new people, experience new food, experience new culture. What happens is that helps you to grow and be your best self.

Seawal jam 5.30 pagi aku sudah menggerakkan suami bangun untuk bersiap sedia segala kelengkapan kerana hari ini, kami akan menuju pula ke barat laut Sichuan iaitu ke Wilayah Autonomi Ngawa Tibet dan Qiang (Ngawa Tibetan and Qiang Autonomous Prefecture).


“Bang…tengok sekejap, kenapa ya kaki ni ada kesan gigitan. Merah..” pintaku kepada suami. Gusar sebenarnya jikalau terkena alahan. Entah-entah kena “cold urticaria” atau alahan pada sejuk, fikirku.


“ Iyalah… naik merah-merah. Ni alahan ni”, kata suamiku.


Aku mula gundah.…Perjalanan hari ini lebih mencabar. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tiba-tiba muncul alahan di kulit, khuatir juga terganggu perjalanan. Aku positifkan minda.


“Tak ada apa-apa kot. Ubat ada. Kita bergantung pada bekalan ubat yang ada sahaja”, ujar aku kepada suami sambil memujuk diri sendiri walhal aku sudah terasa gatal alahan makin menjadi.


Tepat jam 8.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Barkam atau dikenali sebagai Mǎ'ěrkāng dalam bahasa Mandarin. Perjalanan kami mulakan dari Songpan menghala ke Barat Laut Aba menuju ke Tangke Township yang terletak di Zoige County. Sepanjang perjalanan satu pitstop ke satu pitstop kami berhenti. Yaaa... dek kerana pemandangan yang sangat menggugah jiwa raga. Hanya dari tepi jalan sahaja. Tanpa apa-apa bayaran...alam kita nikmati sepuasnya. Nikmat mata orang kata.




[caption id="attachment_5356" align="aligncenter" width="3968"]dav One of the pitstop yang kami berhenti. Nama tempat? aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu...tempatnya terletak antara T junction menuju ke Aba dari Songpan.[/caption]

[caption id="attachment_media-251" align="aligncenter" width="3968"]sdr Entah apalah yang dimenungkan oleh encik suami...Jauh pandangan![/caption]

[caption id="attachment_5358" align="aligncenter" width="3968"]dav Sempat lagi berposing walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan[/caption]

[caption id="attachment_5357" align="aligncenter" width="3554"]9 Pemandangan dari salah satu dek (platform) di Sanggar Sichuan[/caption]

Zoige County yang terletak di bawah jajahan Wilayah Autonomi Ngawa Tibet dan Qiang dan seringkali digelar sebagai " Dataran Oasis Sichuan", kerana merupakan di antara enam tanah lembap yang paling indah di China. Jadi tidak hairanlah jika kami dapat menyaksikan juga First Bay Of Yellow River yang merupakan sungai utama di negara China hanya dari pinggir jalan utama sahaja. Peluang yang ada tidak dilepaskan untuk menikmati keindahan padang ragut Hongyuan yang sayup di mata, luas terbentang dan kelihatan sekawanan kuda, kambing dan yak bebas lepas meragut rumput yang kekeringan. Kagum sekali aku melihat pemandangan yang seindah ini. Terubat rasa gatal alahan yang aku alami sebentar tadi.




[caption id="attachment_5361" align="aligncenter" width="3968"]oznor Sungai Kuning yang merupakan sungai utama di China[/caption]

[caption id="attachment_5362" align="aligncenter" width="3968"]oznor Yak bertebaran[/caption]

“Cantik juga ya walau jengah waktu musim sejuk”, desisi hati aku sendiri.


dav

“Cepat…pengantin baru duduk berdua-duaan ambil gambar”, usik Kak Zarina. Malu-malu aku dan suami merapatkan badan sambil berpelukan mesra. Terasa suasana di tepi sungai Yangtze menyemarakkan api cinta kami. Walau sesekali alahan aku terasa diabaikan sahaja demi mencipta moments yang indah!




[caption id="attachment_media-260" align="aligncenter" width="3756"]19 Precious moments...[/caption]

dav

[caption id="attachment_5365" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Sang kuda juga tidak ketinggalan meragut rumput kering di sekitar grassland[/caption]

Usai semuanya bergambar, perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Hongyuan Grassland. Hongyuan juga lebih dikenali sebagai “Dataran Merah” lantaran Tentera Merah melintas di sini pada tahun 1935. Zhou Enlai lah yang memberikan nama tersebut. Sebenarnya Hong Yuan seperti yang aku sedia maklum (sebelum memulakan kembara, aku banyak membaca catatan perjalanan warga China) merupakan antara tempat yang sesuai untuk merasai cara hidup nomad Tibet. Ada beberapa tempat di sekitar Hongyuan yang menawarkan rumah rehat ala-ala tent dibentang di tengah-tengah padang ragut dan mereka juga menyediakan servis menyelusuri dataran tinggi di sini. Oleh kerana aku menjengah sewaktu musim sejuk melanda, maka tidak adalah servis tersebut. Siapalah nak menawarkan diri di tengah sejuknya Dataran Tinggi Tibet ini oiii. Orang yang menawarkan servis pun tidak sanggup mengambil risiko.


Image and video hosting by TinyPic


Barkam Pintu Budaya Tibet Jiarong


Hampir 6 jam perjalanan, kami tiba di Zuokeji Village, yang merupakan pintu budaya bagi Tibet Jiarong. Kampung ini terletaknya tidak jauh dari Bandar Barkam dan berada pada ketinggian 2 700 meter di atas permukaan laut, Lokasinya strategik terletak di kaki bukit dan  berada di tepi Sungai Suomo. Ketika kami tiba, operasi Rumah Rasmi Kepala Suku Zhoukeji di perkampungan ini sudahpun tamat operasinya. Sayang seribu kali sayang kami terlepas menyelesuri perkampungan ini. Kalau tidak tentu lebih mendalam budaya dan senibina kuno Tibet dapat kami terokai. Hanya mampu melihat tersergam indah perkampungan ini daripada luar. Tampak sempurna sekali warnanya terintegrasi dengan alam sekeliling. Dengan benteng membatasi, dan sungai Suomo yang jernih mengalir di depan rumah membuatkan keadaan sekeliling kelihatan tenang dan damai. Itu sahaja yang mampu aku huraikan untuk catatan perjalanan kali ini. Lima belas minit kami menghabiskan masa, melihat tenangnya alam dan apabila matahari kian tenggelam kami beransur bergerak ke Bandar Barkam yang jauhnya hanya 7 kilometer sahaja dari Zoukeji Village ini.




[caption id="attachment_5363" align="aligncenter" width="3968"]cof Zhoukeji Village di kala tiba waktu senja warnanya terintegrasi dengan alam sekelilingnya. Sangat sempurna![/caption]

[caption id="attachment_5364" align="aligncenter" width="1280"]16 Sungai Suomo mengalir tenang di pinggir benteng ~  📸  by Intan Adliana[/caption]

Di bandar Barkam kami menginap di Lanfeng Hotel satu-satunya hotel yang menerima foreigner di Barkam. Lagipun menerusi pembacaan aku juga di sini bukanlah tempat yang ramah pelancong kerana rata-rata penduduknya tidak ada yang boleh berbicara luar selain bahasa ibunda, Tibet dan bahasa Cina. Ternyata kita tidak boleh bergantung kepada pembacaan semata-mata. Hanya pengalaman membuktikan benar atau tidak sesuatu perkara. Ya…. Nampaknya sangkaan ku meleset sama sekali. Ada di antara mereka yang fasih berbahasa luar selain bahasa ibunda mereka sendiri. Usai urusan pendaftaran masuk masing-masing mula merehatkan diri. Perjalanan yang panjang hari ini sangat memenatkan sehingga aku bertambah sakit kembali. Sigh! Leceh betul waktu travel bila diduga sakit sebegini. Di Barkam semalaman yang ada tidaklah cukup rupanya untuk meneroka dan merasai budaya Tibet Amdo di sini.  Andai ada masa akan ku kembali ke sini meneroka Dataran Tibet yang penuh misteri.



kcf       
                  Sichuan, China

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan