Menjejak Laluan Sutera di Dunhuang

Misteri Taman Geologi Yardang ~ Bandar Berhantu?


Pagi ini seawal pukul 9 kami terus bergerak ke Barat Laut Dunhuang iaitu Yadan (Yardang) National Geologic Park. Yardang dalam bahasa Uygur adalah "gunung kecil yang curam". Namun Taman Negara Yardang ini suatu ketika dahulu lebih dikenali sebagai Ghost Town kerana di sini terdapat bunyi yang menyeramkan menyerupai seperti hantu mengilai apabila angin bertiup melalui kawasan Taman Negara ini. Taman Negara ini terletak sangat jauh kira-kira 185 kilometer dari bandar Dunhuang. Kalau dilihat secara teliti. Taman Negara geologi ini bentuk muka buminya dibentuk oleh hakisan angin dan jarang sekali hujan. Berbusut busut lagaknya. Memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan natural architecture bolehlah lihat serpihan batuan yang terhakis oleh angin dan hujan ini. Mainkan imaginasi anda untuk melihat Sphinx, Peacock, Fleet voyage on sea, ataupun wall. Hampir 1 jam lebih kami di sini. Kemudian Richard membawa kami ke tempat yang seterusnya iaitu Ruins of the Great Wall (Hans Dinasty) dan Yumenguan Pass.




[caption id="attachment_1079" align="aligncenter" width="4608"] sphinx in shape[/caption]

[caption id="attachment_1078" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Subganallah! Cantik sungguh landskap batuan yang ada di sini.[/caption]

[caption id="attachment_1076" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA The power of nature![/caption]

[caption id="attachment_1075" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Peacock formation. Nampak macam burung merak tak?[/caption]

[caption id="attachment_1077" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA The armada[/caption]

Laluan Strategik di Jalan Sutera Ruins Of The Great Wall & Yumengguan Pass


Kita sedia maklum suatu ketika dahulu China membina Tembok Besar bagi melindungi negara mereka dari serangan Mongol dan Turkik. Kami dapat menyaksikan kesan runtuhan Tembok Besar di Dunhuang. Tembok ini dikatakan dibina merentasi Gansu hinggalah ke Lop Nor, Xinjiang yang terletak di pinggir Taklamakan Desert.




[caption id="attachment_1082" align="aligncenter" width="2048"]16716307_1900781226824807_1235470667375476899_o Ruins Wall of Han Dynasty. Banyak dah yang terhakis oleh angin. Kini Han Dynasty Great Wall ini hanya tinggal 3km sahaja. Binaan tembok di Gansu province ini lebih kepada clay and mud manakala Great Wall di Beijing menggunakan rocks.[/caption]

[caption id="attachment_1081" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Nampak tak? Belakang saya adalah menara peninjau (beacon tower) berdekatan dengan runtuhan tembok besar ini. Terdapat 72 tower sepanjang tembok besar ini bagi mempercepatkan proses penghantaran isyarat[/caption]

[caption id="attachment_1080" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Perjalanan yang sungguh mengasyikkan mata memandang.[/caption]

Yumenguan dikenali dengan Yumen Pass merupakan antara tempat penting di mana tempat ini dikatakan tempat persinggahan para pedagang dari Asia timur ke kota Xi'an. Yumen Pass ini dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Han (206 BC – 220 AD).


Walaupun perjalanan panjang dan memakan masa hampir beberapa jam dari Dunhuang tetapi amat menakjubkan bila melihat post/hentian yang perlu dilalui oleh setiap pengembara zaman dahulu kala di mana mereka perlu membayar cukai dahulu di sini sebelum meneruskan perjalanan.




[caption id="attachment_1084" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA This is the strategic pass of the Silk Road.[/caption]

[caption id="attachment_1085" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Tasik berdekatan Yumengguan Pass. Hanya pada musim bunga sahaja tasik ini ditakungi air[/caption]

Dunhuang Ancient City


Dunhuang Ancient City merupakan tempat terakhir kami pada hari ini. Kota Lama Dunhuang ini pada asalnya direka untuk penggambaran filem 'Dunhuang' pada tahun 1987. Masuk ke set lokasi ini umpama berada di dalam filem lama cina. Wah! Dan dan rasa macam princess dok bersiar-siar di kota ditemani gundik.  Berangan! Cuma sayangnya tidak terjaga sikit set pengambaran tersebut.


💌 KCF




[caption id="attachment_media-6" align="aligncenter" width="4608"]P1010511_edited.jpg Dunhuang ancient city hanya berfungsi sebagai lokasi filem pengambaran. Terletak berhampiran sahaja dengan gunung berpasir.[/caption]

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Comments

  1. Assalamualaikum kak. Maaf nak tanya pasal driver yang akak ambik richard tu. Macam mana ya nk dpt contact? Or driver kt sana? Dah arrange awal2 ke? Berapa kos dia? Terima kasih 😊

    ReplyDelete
  2. Wsalam. . . Nak contact rivhard ya? Boleh bg email? Saya arrange awal-awal. Its depend on your negotation. 😉

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan