Tourism Nadi Bandar Dunhuang

Setelah dua jam menaiki keretapi laju dari Urumqi ke Liuyuan-nan dan menempuh dua jam perjalanan menaiki kereta merentasi padang pasir akhirnya kami tiba di Dunhuang.


Dunhuang adalah bandar pelancongan utama di China. Keindahan alam yang luar biasa sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dunhuang merupakan The Pearl of the Silk Road. Segala keindahan alam terbentang unik sementelah di daerah ni terletaknya dua tourist attractions yang terkenal iaitu padang pasir Mingsha dan Kolam Mata Air di tengah gurun selain Jade Pass dan Yadan Landform.


Ketibaan kami semalam disambut oleh driver Richard. Driver Richard tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkab kami kurang bersembang sepanjang perjalanan. Richard, tour guide kami di sini orangnya tidaklah muda. Macam ayah-ayah sahaja dan merupakan penduduk tempatan di sini.


Oleh kerana tiba di Xinlong Hotel Dunhuang sudahpun malam, dengan petunjuk arah oleh Richard kami bergegas ambil keputusan untuk letak beg dan mencari makan. Tak susah rupanya kerana muslim street hanya beberapa ratus meter dari hotel. Nantikan entry pengembaraan saya seterusnya lebih mencabar merentasi Gurun Gobi di Dunhuang ini.


💌 KCF




[caption id="attachment_1000" align="aligncenter" width="4608"]PC110311_edited.jpg Ketibaan di Liuyuan-nan di sajikan dengan padang pasir diseliputi salji[/caption]

[caption id="attachment_995" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Panorama di gurun pasir sepanjang menuju ke Dunhuang. Kelihatan tompok-tompok rumput mula kekeringan[/caption]

[caption id="attachment_996" align="aligncenter" width="4608"] Bila senja mula melabuhkan sayapnya di gurun berpasir. Sungguh indah ciptaan Allah[/caption]

[caption id="attachment_997" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Gunung berpasir masih kelihatan di sebalik kelamnya malam[/caption]

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan