Itinerary : 8D7N Kembara Yunnan, China

Yunnan adalah tempat pertama di China yang aku jejak. Kali pertama aku jejak pada Mac 2015. Dua tahun selepas.. aku jejakkan kaki sekali lagi ke sini. Jikalau ditanya kenapa menjengah kali kedua. Biar jawapan itu aku pendamkan saja. Lol. Orang kata tempat pengubat jiwa gitu. Kali kedua route aku bermula dari Kunming TLG Lijiang Dali Kunming. Sempat aku menjengah beberapa tempat yang sangat menarik hati. Sampaikan hati aku tertaut di sini :


Day 1
Touch down Kunming dah lewat petang. Terus tuju ke Kunming Railway Station. Dari airport nak ke railway ada shuttle bus Line 1. Bayar ¥25. Bas berhenti depan hotel dan perlu menapak lebih kurang 1km ke railway station. Saya ambil tiket ke Lijiang, softsleeper dengan harga ¥226. Nyenyak lena sampai ke Lijiang.


Day 2
Tiba di Lijiang seawal jam 6 pagi. Aku ambil teksi ke International Youth Hostel Lijiang sebab dah mintak hostel book bus untuk ke Tiger Leaping Gorge. Bayaran ¥40. Boleh request nak berhenti di mana. Quitao? Upper, middle, lower? Aku stay di Sean Guesthouse (Lower Section). Perjalanan masuk ke TLG sangat superb dengan gaung dan gunung ganang di kiri kanan; diapit oleh Haba Snow Mountain dan Yuelong Mountain dan di bawahnya pula sungai Jinsha yang mengalir tenang.. Terkedu rasa. Sebaik tiba di GH, Kami disambut ramah oleh owner. Hanya aku dan rakan merupakan satu-satunya customer yang ada pada hari tersebut. Bila ditanya rupanya offseason. Tak ramai yang menjengah musim ini.


Kami start trekking sekitar jam 2 petang. Aku dan rakan menuju ke laluan yang disarankan oleh owner GH meredahi ladang sayur menyelusuri rumah -rumah kaum Naxi. Asyik terkejut dek salakan anjing. Superb view! Dapat juga tengok Jinsha River (Yangtze River) dari jarak yang dekat. Deras arusnya... Angin tak usah cakap sejuk! Jam 6.00 petang kami kena hike semula oleh sebab cuaca tak berapa elok. Hujan gerimis. Waktu ni aku tak sedar kamera Olympus TG dah tercicir. So.. Gambar cantik-cantik gone macam tu sahaja. Nasib ada ambil gambar dengan camera satu lagi. Malam, di GH aku lena awal. Kalau duduk luar pun gelap gelita! Seram pun ada. Oh ya kos penginapan di sini semalam 129¥.


Day 3
Seusai subuh gerak ke Middle Gorge. Berjalan kaki sejauh 3.2km laluan berturap dari GH. Kemudian menapak lagi 2km laluan denai yang dibina oleh orang kampung (petani naxi) untuk tuju ke Middle Gorge. Nampak macam light and easy. Tapi tough jugak sebenarnya. Sampai ke view deck yang amazing. Angin kuat waktu ni. Nak jengah tengok bawah lama-lama khuatir di tiup angin. Almaklumlah muatan ringan. Dok terasa melayang je badan. Oh ya! Sebelum terlupa laluan ni tak jauh dari Tina's GH. Dalam 1km macam tu. Bayaran dikenakan sebanyak 5¥. Dalam jam 11.00 pagi menapak semula ke atas menuju GH (10km juga return) sebab pukul 3.00 petang dah naik bas ke Lijiang. Kos pengangkutan dr TLG ke Lijiang 55¥. Sampai ke Lijiang jam 5.00ptg. Stay kat International Youth Hostel Lijiang tak jauh dr Lijiang Old Town. Aktiviti malam free and easy.


Day 4
Bercanda ria di kaki gunung Jade Dragon Snow Mountain. Untuk ke JDSM tak susah naik aje bas number 7 di Hongtaiyang Square. Bas 25¥. Bayaran masuk ke JDSM 130¥. Meliputi beberapa place of interest termasuk lah Ganhaizi (Glacier Park), Yunshanping (Spruce Meadow), Maoniuping ( Yak Meadow), Blue Moon Valley dan lain -lain lagi. Semua tempat ini termasuk dalam bayaran tersebut kecuali electric cart dan ropeway (cable car). Hanya sempat cover dua tempat : Yunshanping dan Blue Moon Valley. Untuk ke Yunshanping perlu menaiki cable car ke sini dengan bayaran 60¥ return. Makluman peringatan Yunshanping area berada pada ketinggian 3420meter. Kalau boleh bawak lah beli tank oksigen. Aku sendiri berasa macam pening sikit. Hampir tiga jam menjengah Yunshanping yang turut dikenali sebagai Splendid Vale, Blue Moon Valley dijelajahi pula. Nak ke sini tak susah. Hanya naik shuttle dengan bayaran 20¥.


Kalau di Yunshanping disajikan dengan padang rumput kekuningan di hiasi pemandangan JDSM, di Blue Moon Valley pula boleh saksikan air sungai Baishui River berwarna biru turquoise dan JDSM berbalam dari jauh. Cantik! Nak kembali semula ke Lijiang sebelum pukul 5 ye! Last bas pukul 5. Jangan risau banyak bas number 7 terselit-selit antara bas pelancong di car park. Rajin-rajin la tegur dan tegur jugak pelancong lain supaya kita boleh share kos dan cepat sampai ke Lijiang Town.


Day 5
Hari kelima, Lion Hill (55¥) dijengah bagi melihat pemandangan keseluruhan Lijiang. Pada asalnya nak lihat pada waktu malam tapi atas faktor yang tak dapat dielakkan menjengah juga sebelah pagi. Sempat juga dua tiga tempat dijengah selain Mufu Residence (60¥) aku sempat juga menjengah Shuhe Ancient Town yang merupakan penempatan terawal etnik Naxi.


Day 6
Di hari ke enam aku berkesempatan naik train dari Lijiang ke Dali (antara china's 7 most scenic train journey). Yaaa tak syak lagi memang sangat cantik! Dengan gunung Cangshan memutih dari kejauhan dan tasik Erhai yang tenang nampak syahdu dan tenang di situ. Aku suka pemandangan tersebut walaupun dari dalam train. Di Dali aktiviti aku tak banyak sekadar relaks.. Pusing kota lama dan hayati alam sebaiknya. Setiap ceruk kota diredah dan tasik Erhai yang merupakan tasik air tawar ketujuh terbesar di China juga aku jengah.


Day7
Hari ke 7 pula aku lebih kepada aktiviti makan-makan sambil-sambil pusing kota Lama ini. Yes...kota yang sesuai untuk beristirehat. Tenang. Hari terakhir sebelum gerak balik ke Kunming seterusnya pulang ke Malaysia, aku sempat menginjakkan kaki ke atas tembok South Gate. Boleh lihat hampir keseluruhan kota Dali dengan di depan mata dijamu dengan pemandangan Cangshan Mountain pusing ke belakang dapat saksikan Erhai Lake. Kiri dan kanan? Tentulah kemeriahan kota lama ini dengan pelbagai ragam pengunjung.


Untuk ketahui kisah lanjut boleh layari link di bawah:


Kembara Yunnan 2017 Part 1

Kembara Yunnan 2017 Part 2

Kembara Yunnan 2017 Part 3

Kembara Yunnan 2017 Part 4

Kembara Yunnan 2017 Part 5

Kembara Yunnan 2017 Part 6

 

 

[gallery ids="722,770,822,812,742" type="square"]

IMG_20170802_000840IMG_20170802_000905IMG_20170802_000932

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan