Itinerary : 10 Hari Kembara Ala Nomad Sewaktu Musim Sejuk di Bumi Mongolia

Nomad seringkali merujuk kepada cara penghidupan yang berpindah-randah. Orang nomad mungkin mempunyai tempat persingahan yang tetap yang mereka singgah setiap tahun, tetapi masih bergerak aktif setiap tahun ke tempat lain. Tahun lepas aku berpeluang mengembara secara nomad bersama-sama teman di bumi Mongolia. Peluang yang ada ketika di sana sedikit sebanyak membuka mata tentang erti sebenar hidup kaum nomad ini terutama meninjau kehidupan pengembala nomad yang terpaksa berpindah randah ke tempat yang lebih subur bagi kelangsungan hidup serta ternakan mereka.


Trip selama 10 hari ini bukan sahaja mendekatkan kami pada kehidupan masyarakat Mongolia malah kami dapat meninjau pemandangan indah sepanjang di sana. Dari bandar hutan batu kami merentasi padang rumput yang kekeringan ketika musim sejuk dan meredahi gurun yang gersang sangat memukau pandangan setiap kali dilemparkan dari luar jendela van yang menjadi medium utama pengangkutan kami di sana.


Pengangkutan Ke sana?


Sebenarnya aku banyak merujuk cara perjalanan yang lebih ekonomi dan murah bagi menuju ke bumi Genghis Khan ini. Kata putus diambil bagi melaksanakan trip kami menggunakan beberapa jenis pengangkutan terutama, kapal terbang dan kereta api bagi menuju ke Mongolia. Penggunaan kereta atau "Russian van" pula digunakan sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Ulaanbaatar iaitu ibu Negara Mongolia bagi menghubungkan kami ke destinasi menarik yang terdapat di sana.


Aku huraikan sedikit cara memasuki Mongolia dari Beijing, China. In and Out sepanjang kembara :


1. Kereta Api K3 (TransMongolian Train) ~ In



πŸ“Œ Pembelian tiket kereta api K3 (TransMongolia Train) kami langsaikan pembeliannya melalui laman web China Travel Guide. Sehari sebelum bertolak tiket yang telah dibeli kami tuntut di hostel transit di Beijing.


πŸ“Œ Harga Tiket kereta api TransMongolia adalah sebanyak CNY960. Harga lebih murah kalau beli secara group berbanding individu. Lagi ramai lagi murah.


πŸ“Œ Perjalanan dari Beijing ke UB mengambil masa selama 27jam. (Boleh rujuk jadual di bawah).


[gallery ids="4895,4894" type="rectangular" link="none"]

πŸ“Œ Kereta api K23 ini akan tiba di sempadan China-Mongolia dalam pukul 9.00 malam dan tiba pula sempadan Mongolia pada pukul 1.25pagi. Sila bersedia untuk proses border crossing.


2. Kereta Api Domestik Mongolia (Ulaanbaatar - Zamyn Ude) ~ Out
πŸ“Œ Tiket keretapi domestik ini boleh dibeli menggunakan khidmat agent atau walk in di stesen keretapi dengan harga 40USD sehala.


πŸ“Œ Perjalanan dari UB ke Zamyn Ude mengambil masa selama 16jam dan tiba di perbatasan pada pukul 7.00pagi




[caption id="attachment_4847" align="aligncenter" width="1440"]27629050_2273929612620901_3438850988782161245_o Keadaan di dalam keretapi domestik UB ke Zamyn Ude sangat menarik.[/caption]

Selain medium keretapi domestik yang menghubungkan Ulaanbaatar dan Zamyn Ude yang menjadi transportasi kami bagi menuju kembali ke Beijing, China kami juga merentasi sempadan Mongolia - China menggunakan jeep. Seterusnya menggunakan sleeper bas pula dari Erlian (Border China) ke Kota Beijing. Memang tampak sekali kepelbagaian pengangkutan yang kami gunakan sedikit "tough". Naik turun pengangkutan awam itu lumrah jika ingin kembara dalam kos yang rendah.


10 Hari Itinerari Kembara Ala Nomad ke Selatan dan Tengah Mongolia


Sudah dikata ala Nomad Mongolia tentulah trip ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat ke sekitar Mongolia dan kami banyak menghabiskan perjalanan berehat di dalam ger bersama penduduk tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Hanya beberapa kali sahaja kami meluangkan masa bermalam di dalam tourist ger camp ataupun hostel. Berikut merupakan itinerari perjalanan sepanjang 10 hari di bumi Genghis Khan ini :


[gallery ids="4434,4435,4436,4444,4440" type="square" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 1 : Sain Uu Mongolia! The Land Of Eternal Blue Sky


[gallery ids="4485,4473,4470,4476,4472" type="square" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 2 : Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvain Saikhan National Park


[gallery ids="4499,4529,4506,4501,4516" type="rectangular" link="none" orderby="rand"]

KLIK πŸ–Hari 3 & 4 : Menyelusuri Kehidupan Nomad Di Mongolia


[gallery ids="4540,4539,4541,4542,4543" type="rectangular" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 5 : Jejak Indiana Jones, Menjejak Fosil di Byanzag Valley


[gallery ids="4563,4565,4566,4567,4575" type="rectangular" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 6 : Penempatan Lamas, The Ruins Of Ongii Monastery


[gallery ids="4780,4781,4792,4793,4799" type="square" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 7 : Menjelajah Bandar Epic Kharkhorin, Laluan Utama Jalan Sutera


[gallery ids="4829,4823,4819,4821,4827" type="rectangular" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 8 : Terujinya Perjalanan Ke Khogno Khan Mountain


[gallery ids="4870,4868,4866,4862" type="rectangular" link="none"]

KLIK πŸ–Hari 9 : Melewati Chinggis Khan Statue, Sang Penakhluk dari Mongolia


[gallery ids="4907,4906,4905" type="rectangular" link="none" orderby="rand"]

KLIK πŸ–Hari 10 : Bayartai Mongolia


Berapakah Kos Sepanjang 10 Hari?


Oleh kerana trip kami adalah trip off season, kesukaran dari segi transport dan penginapan menyukarkan kami membuat pilihan melainkan terpaksa mengambil khidmat agent (ground) di sana. Asalnya aku dan rakan banyak mencari dan menghubungi private driver di sana. Oleh sebab sebut harga oleh Sunpath berpatutan dan murah dari private driver yang dihubungi, maka kami mengambil khidmat mereka yang mana menawarkan harga USD60 sehari. Aku sertakan sekali di bawah ini screenshot tentang kos sepanjang 10 hari kami di sana.


Screenshot (20).png


Tips dan Info Lain Yang Berguna?


πŸ“Ž Bersiap sedia mental dan fizikal
Persedian fizikal dan mental perlu jika berkunjung ke Mongolia terutama menjelajah ke selatan dan tengah Mongolia. Apabila menjelajah ke pedalaman (countryside) biasanya kurang dengan kemudahan yang sedia ada. Perjalanan yang ditempuh pula biasanya offroad! Itu belum lagi cuaca yang ditempuh ketika perjalanan. Kalau ditempuh ketika musim sejuk, mohon bersedia pula dari segi pakaian yang bersesuaian dengan cuaca. Tak tahan fizikal dan mental boleh menangis dibuatnya.


πŸ“Ž Bawa tisu basah secukupnya
Aku sangat setuju jika berkunjung ke Mongolia, kita bersiap sedia dengan membawa tisu basah secukupnya. Tandas di sana, hanya mampu dipandang sambil gelengkan kepala. Tiada air melainkan kita bawa sendiri tisu basah dan air botol (mineral water). Jangan bermimpi nak menggunakan western toilet di tengah-tengah gurun Gobi melainkan 'open toilet' yang ditemani pemandangan indah. Lagipun perjalanan yang panjang di tengah padang dan gurun gersang mana ada rest area! Opss! Jangan lupa bawa kain atau payung. Senang untuk berlindung dari tatapan rakan sekembara. Dah bersedia untuk membuang hajat secara outdoor? Bolehlah menjengah Mongolia.


πŸ“Ž Makanan segera dan minuman
Sepanjang berada di Mongolia aku sempat menikmati makanan Mongolia yang kebanyakkannya terasa neutral atau lebih tepat ertinya "tawar" (tak semua makanan). Untuk menyedapkan tekak masing-masing yang lebih "tekak Malaysia", maka persediaan membawa bekalan makanan itu amatlah penting. Makanan halal memang susah untuk didapati di countryside area melainkan menumpang di rumah (ger) muslim Mongolia berbanding di Ulaanbaatar.


πŸ“Ž Bateri dan power bank secukupnya
Bagi yang membawa gadget persediaan dari segi bateri dan powerbank perlu diambil kira. Baik sediakan bateri secukupnya khususnya untuk kamera. Kalau tidak hanya mampu pandang keindahan alam tanpa sempat memotret keindahannya buat kenangan-kenangan. Ini yang terjadi pada aku waktu menjengah Bayanzag Valley. Nasib lah powerbank solar ada menjadi penyelamat keadaan.


πŸ“Ž Say good bye kepada percutian yang bersifat mewah
Kalau jenis sukakan percutian ke bandar-bandar, shopping mall dan sukakan kemudahan yang tip top dan mewah, aku rasa baik lupakan sahaja menjengah ke sebahagian besar Mongolia yang terceruk sikit tempat menariknya. Takut timbul rasa tak selesa nanti untuk mereka yang tidak sukakan adventure. So jangan lah mengada-ngada sangat nak join trip to Mongolia! Nanti menangis tak berlagu... banyak celoteh dan cerewet korang yang akan buat organizer akan pening kepala untuk menghadapinya. Kepada yang sukakan adventure, nature dipersilakan ke sini. Sumpah! Tak rugi merasa apa yang disajikan di Gurun Gobi ini. Gurun kelima di dunia bukan sahaja gurun berpasir malah kepelbagaian bioma pasti memukau dan menarik hati anda menikmatinya.


πŸ“Ž Persediaan Ubat- Ubatan
Oleh kerana perjalanan meredah dari satu tempat ke satu tempat sangat epik dan old school menggunakan russian van dan jeep, aku sarankan bawalah ubat-ubatan yang boleh menahan diri dari muntah. Jangan ingat jalan yang berliku itu ditempuh lemah lembut sopan santun, tidaknya lah! Boleh membuatkan perut dan kepaala bergelombang ada. Silap-silap tak tahan memang muntah la jawabnya... Selain ubat muntah, sediakan juga ubatan lain seperti ubatan untuk diarrhoea dan rehydration. Kadangkala takut perut meragam sahaja. Selain itu, persediaan aku ke Mongolia tempohari, siap aku dan rakan-rakan lain ambil suntikan vaksin influenza 2 minggu sebelum bertolak bagi mengelakkan simptom influenza seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk kelesuan, sakit otot dan sendi, cirit birit, muntah dan sakit abdomen.




[caption id="attachment_4107" align="alignnone" width="3000"] Ubat-ubatan yang aku bawa sepanjang ke Mongolia. Alhamdulillah berguna!Terutama cream untuk alergik dan ubat untuk elakkan pening dan loya![/caption]

πŸ“Ž Buat pilihan tour dengan betul jika menggunakan khidmat agent
Bagi aku amat penting kita membuat pilihan yang betul dalam menggunakan khidmat agent semasa di sini. Kalau ikutkan aku tidak mahu menggunakan khidmat agent kerana ingin bergerak secara backpackers kononnya..Lagipun menggunakan pengangkutan bas awam, lagi murah dan jimat. Memandangkan aku membawa trip yang disertai oleh seorang kanak-kanak terfikir baik aku gunakan khidmat agent. Lagipun waktu off season susah untuk mendapatkan bua yang bergerak dan sepanjang kami merentasi South Gobi Desert ke Bayanzaq malah ke Ongii mahupun Karakorum belum aku jumpa bas awam di sana. Untuk ke kawasan pedalaman kena juga ambil local guide atau sewa van ke sana. Jalan mudah, aku create itinerary dan customized dengan agent, keputsan diambil untuk membuat loop. Jadi tak perlu pergi balik semula dari satu tempat. Senang. Dan Alhamdulillah mudahnya kami berurusan dengan Sunpath. Request segalanya mengikut kehendak kami. Pesanan aku, terpulanglah pada korang nak merancang perjalanan macam mana, yang penting buat kajian dulu sebelum bercadang untuk hire khidmat agent. Bukan apa takut tertipu sahaja.




[caption id="attachment_4930" align="alignnone" width="4608"] Inilah antara barisan Sunpath's guide sepanjang 10 hari kami kembaradi bumi Mongolia. Recommended.. Ramah tamah dan memahami kehendak kita.[/caption]

 

Itu sahaja perkongsian aku. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat bercuti!


πŸ’Œ KCF

Comments

  1. Assalammualaikum sis, ade contact no. Sunpath tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. . Cik/En boleh contact sunpath di number +976 9914 3722 (Doljma) atau emel pada doljmaa@sunpath-mongolia.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. seronok baca kembara dari seorg cikgu yg kukenali… semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. . . Saya kenal awak juga ker? Terima kasih kasih sekali lagi atas doa. Moga Allah permudahkan urusan seharian anda juga.

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah. Inspired!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan