Bayartai Mongolia
Pagi hari ke-10 aku bangun dengan bersemangatnya. Hari terakhir di Mongolia ini kami tidak terikat pada apa-apa aktiviti. Hanya sekadar meminta guide membawa kami ke tempat membeli-belah sebelum menaiki keretapi domestik yang bertolak dari Ulaanbaatar ke Zamyn Ude pada lewat petang.
[caption id="attachment_4905" align="aligncenter" width="3000"] Suasana pagi sekitar ger di Terelj National Park[/caption]
Usai sarapan kami mulakan dulu dengan aktiviti santai menghabiskan masa di Gorkhi Terelj Park. Sebelum bergerak keluar dari taman Negara ini kami sempat menyinggah di salah satu tarikan semula jadi di sini iaitu formasi batu "Turtle Rock". Sebenarnya di taman Negara ni terdapat pelbagai batu-batu yang sangat besar dan cantik dengan berlatarbelakangkan langit biru terbuka. Dua formasi batu yang telah menjadi terkenal sejak bertahun-tahun lamanya iaitu "Praying Lama Rock," kerana persamaan dengan seorang sami yang membaca buku. Yang kedua kelihatan seperti kura-kura gergasi setinggi 80 kaki dikenali sebagai "Melkhii Khad" atau "Turtle Rock." it is almost hard to believe that they were naturally formed this way. Yang batu kedua inilah yang kami singgah dalam perjalanan keluar dari tourist ger camp yang kami menginap semalam.
[caption id="attachment_4906" align="aligncenter" width="3000"] Bergambar berlatar belakangkan Turtle Rock. Rock ya bebeh![/caption]
[caption id="attachment_4907" align="aligncenter" width="3000"] Antara tarikan di Gorkhi Terelj "Melkhii Khad" atau "Turtle Rock"[/caption]
Dalam 15 minit juga kami meluangkan masa yang diambil bagi memotretkan gambar, akhirnya kami bergerak ke bandar Ulaanbaatar untuk memenuhi permintaan rakan-rakan sekembara lain yang ingin berbelanja, kata mereka "membeli belah cenderamata untuk dititipkan pada keluarga sebelum pulang ke Malaysia". Yang nyata trip kali ini bagi aku sungguh mencabar ketahanan diri. Walaupun hari ini hari terakhir di bumi Mongolia, kami tetap perlu melalui perjalanan yang panjang merentasi Mongolia hinggalah merentasi sempadannya, Zamyn Ude dengan Erlian China. Itu baru sempadan! Belum lagi menempuh perjalanan dari Erlian hinggalah ke Beijing China. Banyak kisah sebenarnya perjalanan yang panjang ini untuk dicerita... Insya Allah ada masa aku wujudkan entry khas pengalaman pahit manis di border Mongolia China.
[caption id="attachment_4915" align="aligncenter" width="1920"] Muka masing-masing senang dapat bershopping![/caption]
Akulah petualang usang dan rasa,
Kuukir kisah nan panjang perih dan siksa
Walaupun tidak seindah langit di angkasa
Kenangan manis tetap di jiwa! Bayartai Mongolia..... ~feesya~
💌 KCF
Comments
Post a Comment