Melewati Chinggis Khan Statue, Sang Penakhluk Dari Mongolia

Cuaca menunjukkan -29 °c. Pagi-pagi lagi aku dan rakan sekembara sudah bersiap sedia untuk meneruskan penjelajahan kami menjelajah bumi Mongolia bagi hari-hari yang bersisa. Hari ini kami bakal meneruskan perjalanan yang panjang juga dari Khogno Khan menuju ke sekitar Ulaanbaatar.  Mana lagi kalau tidak menjengah mercu tanda Mongolia iaitu Chinggis Khan Equestrian (Statue).


Sejauh 365 kilometer perjalanan kali ini menghubungkan Khogno Khan ke pinggir Tov, Ulaanbaatar. Perjalanan kami pagi itu sempat dihiasi dengan pemandangan alam indah. Matahari bangun pagi! Terbitnya sang mentari di ufuk timur indah sekali aku rasakan. Cantik! Indahnya ciptaan Ilahi.




[caption id="attachment_4855" align="aligncenter" width="1280"]page2 when they see beauty of the world...[/caption]

Sebaik perjalanan yang panjang diteruskan aku mula memejamkan mata.


"Jauh lagi perjalanan hari ni. Lena berkali -kali pun sempat ni", desis aku sendiri.


Sungguh sudah beberapa hari menempuh perjalanan aku letih untuk merakamkan semua moment yang ada. Agaknya kerana menempuh perjalanan yang panjang sekali sekala perasaan teruja atas kenderaan itu telah tiada. Lebih selesa melayan mata dan perasaan sehinggalah terlena dan ternganga! Yang pasti semua yang lain tidak mempedulikan keadaan. Penat barangkali. Kawan yang terlena dibiarkan begitu kerana masing-masing faham semuanya kerana dek kepenatan.


Hampir 5 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di hadapan mercu tanda Mongolia iaitu Chingis Khaan Equestrian yang menjadi kebanggaan rakyatnya. Mercu tanda setinggi 40 meter ini terletak di Tsoljin Boldog di pinggir Tuul River.




[caption id="attachment_4857" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Chinggis Khan Statue[/caption]

Teringat aku filem 'The Rise to Power Of Genghis Khan' berkisahkan lagenda si budak muda yang nama asalnya Temüjin, akhirnya menjadi seorang penakhluk yang paling berpengaruh di Asia. Tak sangka itulah dia Chinggis Khan atau dikenali sebagai 'Khan dari segala-segalanya'.


Argggh hati aku galau sebaik sahaja terpandangkan statue ni aku terkenang pula kisah peperangan Islam-Mongol yang pernah aku baca lewat artikel catatan salah seorang  pengembara juga. Inilah kaum penakhluk yang pernah menghancurkan Islam.. Yang pernah menggasak Baghdad sehingga kucar kacir dan terlingkupnya peradaban dan kebudayaan Islam. Allah Maha Berkuasa atas sesuatu. Tercatat dalam sejarah, anak cucu cicitnya juga lah yang menjadi pembela kepada Islam. Dari kaum Barbarik yang ganas dan dianggap biadap mereka bertukar rupa sebaik sahaja memeluk agama Islam. Merekalah antara pejuang Islam yang hebat. Baraka Khan, cucu Chinggis Khan semasa pemerintahannya dikatakan seluruh anggota tentera dan rakyat di bawah takhlukkannya beragama Islam.


"Lets go guys, we go inside", ujar Byamba memecahkan lamunan aku.


Dalam mengelamun melihat gahnya statue berdiri, kami diajak masuk untuk meninjau dari dalam. Lantas kami semua masuk ke bangunan yang tersergamnya Chinggis Khan statue itu. Untuk menaiki ke atas statue dan melihat dari dekat kita boleh bergerak naik ke atas dengan menaiki lift dan juga tangga. Walaupun angin begitu sejuk di atas sana, kami tetap meluangkan masa bergambar memotret statue yang telah siap di bina pada tahun 2009. Hampir sejam setengah juga kami meluangkan masa di sini. Aku terimbau pepatah yang dikaitkan dengan bangsa barbarik ini. Katanya :


"ketika kamu makan, nafsu makanmu bertambah"

Selera besar sekali, nekad pula besar nampaknya. Pantang mengundur mahupun mengalah selagi belum mencuba. Bangsa barbarik ini pernah menakhluki Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara malah sebahagian kecil Eropah. Besar sekali kawasan jajahan Chinggis Khan dalam sejarah manusia!


Semangat juang tinggi sewaktu kekaisaran Mongol pada abad ke-13 dan 14 itu amat aku kagumi. Aku sebenarnya lebih teruja untuk ketahui kisah Kublai Khan, cucu Chinggis Khan yang pernah menakluk Asia Tenggara dari mulut rakyat mereka sendiri. Gigih benar nampaknya mereka yang berada di daratan terkurung ini meluaskan jajahan suatu ketika dulu.




[caption id="attachment_media-117" align="aligncenter" width="1280"]page3.jpg Antara replika yang dipamerkan di dalam kompleks Chinggis Khan[/caption]

[caption id="attachment_media-121" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Mongolian heavy lamellar armour. Tak silap aku more than 15 kg[/caption]

[caption id="attachment_4866" align="aligncenter" width="1280"]page5 on the top of horse's head[/caption]

[caption id="attachment_media-160" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Kenang -kenangan ...di hadapan kompleks Chinggis Khan Statue[/caption]

Bila hari menginjak ke lewat petang, seterusnya kami bergerak melewati Gorkhi Terelj National Park yang merupakan taman negara yang ketiga terbesar di Mongolia yang terletak tidak jauh dari Chinggis Khan Statue ini. Kami berpeluang bermalam di tourist ger camp. Apa yang aku dapat simpulkan dari pemerhatian terhadap Gorkhi Terelj National Park, ianya merupakan salah satu taman negara yang sangat terdekat dengan ibu kota yang tidak terganggu gugat dengan pembangunan tourism. Maksud aku  tak ada bangunan besar, hotel megah, pub dan sebagainya. Semuanya hanyalah real Mongolia!




[caption id="attachment_4867" align="aligncenter" width="4608"]P1010859_edited.jpg Senja menghiasi pemandangan sebaik sahaja memasuki Gorkhi Terelj National Park[/caption]

Malam itu aku tidur dengan perasaan lega. Perjalanan 10 hari di Mongolia bakal berakhir. Tetapi perjalanan yang panjang harus kami tempuh sebelum sampai ke Beijing seterusnya berangkat pulang ke Malaysia pula. Sekurang-kurangnya aku lega. Berjaya juga tempuh perjalanan di Bumi Mongolia.


💌 KCF


 

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan