Pentingnya Suntikan Vaksin Sebelum Travel
Dah tinggal hampir beberapa minggu sahaja lagi cuti sekolah bakal menyusul tiba. Aku kira ramai yang akan mengambil kesempatan travel ketika cuti sekolah nanti. Dan, aku tidak terkecuali. Cuti nanti aku bakal mengunjungi sebuah negara yang terkurung daratannya di Asia Timur (ha...Cepatler telaah peta! ) Pagi tadi aku singgah ke Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan. Belum pun sempat aku duduk, soalan pertama doktor, ''Awak nak pergi mana? Kenapa Mongolia? Kenapa tidak Filipina? Nanti anak mcm mana? Tersengih jugak aku dengan soalan bertubi doktor muda ku kira sedang lokum pada hari ini...satu persatu aku jawab. Soalan last tu bila ku jawab single. Apa lagi keje jalan saja la! Gelak doktor... Katanya dia jugak selalu travel. Eh! Tetiba rasa macam nak sakit selalu. LOL Usai suntik aku ambil kesempatan bersembang dengan doktor kepentingan vaksin sebelum travel. Panjang lebar juga konsultasi sang doktor buat patientnya. Nasib la aku orang terakhir sebelum klinik ditutup sementara...