Posts

China Silk Road : My Guide To

Image
Baik saya kongsikan My Guide To. Bagi memenuhi impian seorang Uncle yang bertanyakan saya tentang perjalanan ke China Silk Road last year. Saya kongsikan apa yang saya tahu dan jengah dan informasi yang saya dapati dari beberapa laman web (ada laman web yang mengumpulkan semua china's traveller ~ mandarin language). Saya hanya kongsikan di beberapa bandar di Xinjiang (Ürümqi & Turpan) dan Gansu (Dunhuang) sahaja. Cuma Xi'an sahaja saya tak kongsikan sebab banyak informasi boleh didapati dalam mana-mana blog atau posting di FB terutama dalam group Backpackers. Harap informasi yang tak seberapa ini dapat membantu Uncle merencana trip Silk Road by train Uncle nanti. ÜRÜMQI Info : Ürümqi terletak di bahagian utara Xinjiang Uygur Autonomous Region, sebelah utara kaki gunung Tianshan Mountains dan selatan Junggar Basin. Urumqi adalah ibukota Xinjiang Uygur Autonomous Region. Best Travel Time : All year round. its depend on your choice. Saya memilih musim sejuk. Attraction : [cap...

Melewati Garis Lurus Merapi - Kraton - Pantai Selatan

Image
Hari ke-empat di Jogja sebelum pulang ke Malaysia keesokannya, aktiviti kami lebih leisure. Kami hanya mengunjungi beberapa tempat yang berada di atas satu garis lurus di atas peta satelit iaitu Keraton dan Pantai Selatan (Parangtritis). Menurut satu kajian, Kraton - Pantai Selatan (Parangtritis) - Tugu Jogja - Merapi berada dalam satu imej garisan lurus di atas peta satelit. Hal ini disahkan oleh Guru Besar Filsafat Universitas Gajahmada Profesor Damarjati Supadja. Lihat sini untuk keterangan lanjut ~ Filosofi Garis Lurus: Gunung Merapi - Keraton Yogya - Tugu - Pantai Selatan Sejam lebih juga perjalanan kami ke Pantai Parangtritis. Pasir pantai yang kehitaman disusuli angin sepoi sepoi bahasa membawa pasir-pasir halus menggamit kedatangan kami ke sana. Di sini aku dan rakan berpisah seketika. Dia dengan shoppingnya.. Haha aku pula sibuk dengan kisahku. Lebih senang hayati keindahan alam ciptaan Yang Satu itu. Saat berada di tepi pantai mata aku sudah terpandang seorang lelaki tua deng...

Sejenak Mengintai Peninggalan Merapi & Borobudur Yang Misteri

Image
28 Oktober 2010 bergema slogan ' Pray for Indonesia'... 'Indonesia berduka' di seluruh pelusuk dunia. Manakan tidak si dia yang sedang tidur rupanya terjaga. Mengamuk menggeliat hebat memuntahkan isi perut segala. Merapi umpama naga yang sedang tidur, terjaga bila tidur lelapnya diganggu gugah. Dahsyat sekali hinggakan 347 nyawa jadi galang ganti bila Merapi memuntahkan isi bumi. Berkunjung ke Jogja tak sah kalau tidak berkunjung ke kawasan tinggalan akibat letupan Gunung Merapi. Hari ketiga di Jogja, aku susuri pula sisa-sisa letusan gunung berapi buat ikhtibar untuk diri. Seawal jam 3.00pagi aku mula bangun mempersiapkan diri kerana kami bakal bergerak pada pukul 4.00pagi ke Umbulharjo Cangkringan yang terletak berdekatan kaki gunung Merapi. Di sini kami dibawa oleh Mas Teko selaku juragan di Resto Bonda Merapi. Selain pakej Merapi Tour, Mas Teko juga ada homestay mahupun rumah makan. Usai solat subuh seawal jam 5.00pagi dan Mas Teko juga sudah bersedia dengan jeepnya...