Posts

Showing posts from December, 2014

Melewati Hari Terakhir di Bali

Image
Hari in kami sepatutnya orak langkah ke Pantai Lovina pada jam 3.00 pagi. Tetapi terpaksa membatalkannya atas beberapa faktor. Salah satunya cuaca dan cara driver + guide kami sendiri. Sangat menjengkelkan. Fedup aku dengan cara dia guide kami! Sudahnya hari ke-3, banyak perubahan pada wisata-wisata yang kami nak kunjung pada hari tersebut. Pukul 8.30 pagi memang aku dah tunggu Pak Budi. Tapi nampaknya lambat 5 minit. Dah muncung aku sedepa. Belom masuk waktu melawat wisata lagi. Destinasi pertama kami untuk hari ke-3, kami menuju ke Git-git Waterfall. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Tambah pula dengan kesesakan kebetulan hari ni (17 Disember) merupakan hari raya bagi umat Hindu di sana. Mereka sambut hari Galungan atau Kuningan. Pada hari Galungan, ritual untuk meraikan kemenangan Dharma melawan Adharma (kebaikan vs kejahatan) dilakukan. Sehari sebelum umat Hindu Bali menyambut Galungan penjor akan dipasang, dibuat daripada buluh melengkung, dihiasi dengan janur dan bunga-bung...

Dari Tegallang - Taman Ayun - Tanah Lot Bali, Pemandangan yang Mendamaikan Jiwa

Image
Program hari kedua bermula dengan Tegallalang, Ubud (rice terrace). Hari ini kami ditemani Pak Budi ke sana. Kalau lah aku boleh ulang lagi ke sini memang tak mau dah aku ambil Pak Budi. Baik lagi Pak Ady. Haishh! Lupakan bab tak puas hati tu sepanjang di Bali penangan Pak Budi ni. Kita share dulu perjalanan manis di sana. Kami bertolak ke Ubud seawal jam 8.00pagi, tiba di sana pun masih awal dan tak ramai orang. Kedai jual cenderamata pun belum buka. Yang aku tahu sebaik turun dari kereta terus ku tuju ke bawah. Nak tengok padi bukit ni 😍. Almaklumlah kat Kedah aku tengak padi sawah ja. Cantik view di sini. Tak puas aku menatap keindahan padi huma yang ditanam secara bertingkat-tingkat. Maybe orang lain tak minat tengok view seperti ini tapi bagi aku keindahan alam tu sangat payah untuk aku ungkap hanya ucapan Subhanallah, Allahuakbar ja mampu meniti dibibir. [caption id="attachment_380" align="alignnone" width="3264"] Pemandangan indah di sekitar Teall...

Bali .... I Coming!

Image
Percutian ke Bali dah lama aku rancang bersama kawan baik,  Raja Norzaima.  Pada asalnya aku rancang untuk travel tanpa agent, secara backpacker. Tapi memandangkan kami berdua tak pernah travel ke luar by our own, melainkan dulu waktu kecil aku pernah travel dengan family ke Medan, kami guna khidmat supir Pak Izmi dari Bali. Dari travel berdua akhirnya menjadi empat orang, termasuk rakan sekerja. Itupun selepas berjaya dipujuk. Sebenarnya banyak tragedi di airport yang telah berlaku dalam trip ini. Oleh kerana tak pernah naik dan tak biasa dengan keadaan kat KLIA2 kalut  juga dibuatnya. Kami berempat umpama peserta Amazing Race lagaknya! Terkejar-kejar. Kami lewat! Walau lewat seminit dua rupanya gate sudah ditutup. Ingatkan kami berempat sahaja yang lewat. Rupa-rupanya ada lagi yang lewat; pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Perasaan hampa selubungi diri aku apabila tiba sahaja di pintu gate P15 yang jaraknya Allahu sahaja tahu jauhnya! Nasib ada rakan yang ada inisiatif...