Dari Tegallang - Taman Ayun - Tanah Lot Bali, Pemandangan yang Mendamaikan Jiwa
Program hari kedua bermula dengan Tegallalang, Ubud (rice terrace). Hari ini kami ditemani Pak Budi ke sana. Kalau lah aku boleh ulang lagi ke sini memang tak mau dah aku ambil Pak Budi. Baik lagi Pak Ady. Haishh! Lupakan bab tak puas hati tu sepanjang di Bali penangan Pak Budi ni. Kita share dulu perjalanan manis di sana. Kami bertolak ke Ubud seawal jam 8.00pagi, tiba di sana pun masih awal dan tak ramai orang. Kedai jual cenderamata pun belum buka. Yang aku tahu sebaik turun dari kereta terus ku tuju ke bawah. Nak tengok padi bukit ni 😍. Almaklumlah kat Kedah aku tengak padi sawah ja. Cantik view di sini. Tak puas aku menatap keindahan padi huma yang ditanam secara bertingkat-tingkat. Maybe orang lain tak minat tengok view seperti ini tapi bagi aku keindahan alam tu sangat payah untuk aku ungkap hanya ucapan Subhanallah, Allahuakbar ja mampu meniti dibibir.
[caption id="attachment_380" align="alignnone" width="3264"] Pemandangan indah di sekitar Teallang Ubud[/caption]
[caption id="attachment_381" align="alignnone" width="3920"] Tegalalang terletak 5 km dari utara Ubud, merupakan salah satu ikon pelancongan wajib jika ke Ubud, Bali. Padi di sini ditanam dalam petak-petak sawah di teres bukit.[/caption]
Bali Pulina ~ Kopi Luwak
Usai bergambar kami bergerak ke Bali Pulina. Tak jauh Bali Pulina dari Tegallalang. Hanya 5 minit. Aku mintak Pak Budi singgah di sini sebab terbaca kat satu blog tentang kopi luwak ada di sini. Kopi luwak ni special sikit ye. Sebabnya Luwak (musang) ni makan kopi yang bagus-bagus. Bila musang ini berkumuh, biji kopi yang tak hadam ini diambil dari najis haiwan tersebut lalu diproses sebelum dikisar menjadi serbuk kopi. Dengar pun dah geli. Alamak dari najis binatang tu ker?? Tak apalah. Hanya nak tengok bagaimana kopi ni dibuat sahaja. Kopi luwak ni mahal ya! Tidak berikan secara free. Walau diberi secara percuma sekalipun, aku tak ingin nak menghirup kopi. View di sini tak kurang hebatnya, boleh duduk di sini sambil menikmati kopi/teh/koko yang dihidangkan secara percuma.
[caption id="attachment_382" align="alignnone" width="3920"] Bali Pullina, tempat di mana kopi luwak diproses secara semulajadi[/caption]
[caption id="attachment_384" align="alignnone" width="4608"] Teh yang disajikan secara percuma. Sedap-sedap juga rasanya.[/caption]
[caption id="attachment_385" align="alignnone" width="3456"] Welfie sebelum minum kopi :)[/caption]
Gunung Batur Dari Kintamani
Tak lama di Bali Pulina, kami bergerak ke Kintamani untuk makan tengahari. Di sini kami tak menjamah makanan sedikit pun sebab bau masakan mereka pun dah 'bergelora' ditekak aku. Hanya duduk ambik angin tengok keindahan gunung Batur dari jauh. Gunung Batur merupakan gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir gunung ini dikatakan meletus pada tahun 2000. Cantik pemandangan dari sini. Sayup-sayup di kejauhan nampak gunung berapi berbalam-balam. Terasa nak duduk lama-lama. Tapi kenangkan kawan yang tak nak duduk lama...ikutkan je lah.
[caption id="attachment_386" align="alignnone" width="3920"] Melayani pemandangan alam. Indahnya Gunung Batur dari kejauhan.[/caption]
Menjengah Taman Ayun Temple
Destinasi berikutnya merupakan Taman Ayun Temple atau dikenali sebagai Pura Taman Ayun. Terdapat kuil di tengah-tengah taman. Cantik! Taman ni terletak di Mengwi. Dibangunkan disekitar abad ke 17, oleh kerajaan Mengwi, senibina Taman Ayun Temple ini dikatakan menggunakan khidmat artkitek dari China. Di sini, terdapat menara tinjau untuk melihat panorama pura taman ayun ini dari sudut atas. Aku gayat sebenarnya tapi naik juga tangga untuk capture view dari menara atas.
[caption id="attachment_387" align="alignnone" width="3920"] Taman Ayun Temple, Bali merupakan peninggalan bersejarah kerajaan Mengwi. Fungsi pura ini adalah sebagai tempat pemujaan masyarakat hindu Bali[/caption]
Tanah Lot ~ Gerbang Laut yang Mempersonakan
Destinasi terakhir untuk hari ini ialah Tanah Lot. Seriusly aku suka panorama di Tanah Lot. Subhanallah! Baru dapat lihat dengan mata sendiri bentuk muka bumi tebing tinggi iaitu gerbang laut. Ya...ada bagusnya aku ke sini. Nanti buka sekolah boleh aku kongsikan cerita dengan anak didik dalam kelas Geografi.
Di Tanah Lot ini terdapat pura yang terletak atas bongkahan batu di tengah laut manakala satu lagi pura terletak di pinggir tebing tinggi (Tanjung Karang Bolong) mirip seperti di Uluwatu Temple. Menurut cerita tempat ini menjadi tempat pemujaan dewa laut bagi penduduk Bali yang beragama Hindu. Di sini juga dikatakan tempat yang cantik untuk melihat sunset. Rasa macam tak nak balik Malaysia. Nak tengok sunset kat sini sebenarnya. Tetapi apakan daya, badan dah penat! Kami mengambil keputusan untuk balik awal dan tinjau aktiviti malam di Kuta.
[caption id="attachment_media-17" align="alignnone" width="3920"] Akhirnya sampai jugak di Tanah Lot Bali[/caption]
[caption id="attachment_390" align="aligncenter" width="1920"] Kelihatan beberapa penduduk Bali mampir ke pura. Kebetulan ketika berkunjung penduduk Bali baru sahaja menyambut Galungan.[/caption]
[caption id="attachment_391" align="aligncenter" width="1920"] Tanjung Karang Bolong[/caption]
💌 KCF
Comments
Post a Comment