Posts

Showing posts from February, 2016

Dugaan ~ Siang Mabuk di Lambung Ombak, Malam Hampir Di Goda Massager

Image
Puas jenuh jugak aku nak update entry ini. Hari ke- 4 kami lebih leisure. Relaxkan diri dengan menikmati keindahan laut. Iya lah sangat! Snorkeling di Pattaya ni kurang cantik sikit sebab tak boleh layan sangat keindahan di bawah sana. Senang aku cakap....di sini memang sesuai untuk diving. Jeles betul tengok orang dive! Apakan daya aku teringin tapi.....erm. Seawal jam 8.00 pagi kami tunggu Mermaid Dive Centre menjemput di depan hotel seterusnya di bawa ke Mermaid Dive Centre di Jomtien Beach. Selepas pilih alatan (mask, fin dan sebagainya) kami terus bertolak ke Bali Hai Pier, Pattaya. Seriusly masuk sahaja ke sini hati berdebar-debar. Terfikirkan macam mana lah nanti di lautan sana. Apabila rombongan snorkeling mengikut sekumpulan diver, nampaknya keistimewaan lebih kepada diver. Untunglah diver kan? Macam dianaktirikan. Itu yang aku rasa pada awalnya. Arghhh jeles kau! Jeles sebab tak de lesen nak dive. Kah! [caption id="attachment_2683" align="aligncenter" widt...

Pattaya Floating Market & Nongnooch Tropical Garden

Image
Hari ini kami berdua bergerak jauh sikit dari Pattaya City. Menaiki motosikal dengan Seri mengharungi jalanraya dan lebuhraya Pattaya sedikit sebanyak menggerunkan aku. Dah lama aku tak bonceng ataupun menunggang motosikal sebenarnya. Hampir 3 tahun. Pagi tersebut kami menghala ke arah selatan Pattaya atas sedikit dari Jomtien Beach bagi menuju ke destinasi seterusnya Pattaya Floating Market. Setelah hampir 10 kilometer, kami tiba di destinasi. Rupanya ramai pengunjung di sini. Penuh dengan bas dan van-van pelancong. Kos masuk ke sini boleh dikira mahal. Entrence fee + boat rowing dikenakan 800THB. So kami decide hanya nak melawat sahaja atas pelantar tanpa rowing boat. Itu pun dah memadai. Banyak kedai atau gerai kecil yang menjual beraneka juadah makanan hatta souvenior. Sempat aku meninjau one of the seller with crocodile yang dah mati on the rooftop sampannya. Bila aku mendekat dia terus offer " satey buaya?" . Adeh geli geleman dah tengok makanan eksotik ni. Baunya menye...

Nightlife In Pattaya

Image
Hari kedua, masih lagi berada di dalam train. Oleh kerana kepenatan, alam semalam membuatkan aku terlena awal di atas train. Sekejap-sekejap terjaga. Bila terjaga aku selalu menyelak tirai. "Bila nak cerah ni?", getus hati. Nampak benar tak sabar nak sampai Bangkok seterusnya ke Pattaya. [caption id="attachment_2512" align="aligncenter" width="768"] Selamat pagi Malaysia.. Waktu ni blom mandi ye.Lol[/caption] Kami tiba di Hua Lamphong, Bangkok seawal jam 10.00 pag. Turun sahaja dari train langkah diatur terus ke toilet. Apa lagi nak shower la! Ikutkan hati nak saja lajak dari Bangkok terus ke Pattaya dengan tak mandi. Tapi memikir sampai petang. Erk..tak naklah aku! Sibuk-sibuk beratur nak tunggu turn untuk shower, aku terserempak dengan cik adik berbaju kurung semalam. As usual aku ramahkan diri menegur. Baru ku tahu mereka menuju ke Pak Chong.  Erk...Pak Chong? Aku tak berapa pasti apa yang mereka sebutkan. Lagipun sibuk nak masuk mandi kan. K...

Sabai-Sabai Pattaya, Bermulanya Sebuah Perjalanan

Image
Sabai-Sabai Pattaya!!!! Perjalanan kami ke Pattaya bermula di Sungai Petani. Tanggal 6 Februari langkah kaki dimulakan. Alhamdulillah perjalanan lancar dari Sungai Petani ➡ Hatyai. Dalam jam 11.00 pagi waktu Malaysia, sampailah kami di Hatyai. First of all sebaik tiba di Hatyai Railway Station, aku tuju Parcel Office terlebih dahulu sebabnya nak tuntut tiket yang aku sudah beli secara online pada laman web tertera  https://12go.asia/ . Memikirkan trip kali ini waktu cuti CNY, membuatkan aku mengambil keputusan membeli tiket secara online. Takut kehabisan tiket sebenarnya.  Kalau tidak sebelum ni aku main taram je beli tiket di kaunter. Atas nasib jugak! Tapi tak perlu risaulah. Dari Hatyai ke Bangkok tak silap aku ada 5 train. Pilih waktu, terpulang pada kehendak masing-masing. Usai sahaja dapatkan tiket, aku mengajak Seri letakkan dahulu beg di Left Baggage kaunter. Satu beg dikenakan cas sebanyak 40THB. Kemudian kami mengorak langkah mencari makan tengahari sementara tunggu train tib...