Dugaan ~ Siang Mabuk di Lambung Ombak, Malam Hampir Di Goda Massager

Puas jenuh jugak aku nak update entry ini. Hari ke- 4 kami lebih leisure. Relaxkan diri dengan menikmati keindahan laut. Iya lah sangat! Snorkeling di Pattaya ni kurang cantik sikit sebab tak boleh layan sangat keindahan di bawah sana. Senang aku cakap....di sini memang sesuai untuk diving. Jeles betul tengok orang dive! Apakan daya aku teringin tapi.....erm.


Seawal jam 8.00 pagi kami tunggu Mermaid Dive Centre menjemput di depan hotel seterusnya di bawa ke Mermaid Dive Centre di Jomtien Beach. Selepas pilih alatan (mask, fin dan sebagainya) kami terus bertolak ke Bali Hai Pier, Pattaya. Seriusly masuk sahaja ke sini hati berdebar-debar. Terfikirkan macam mana lah nanti di lautan sana. Apabila rombongan snorkeling mengikut sekumpulan diver, nampaknya keistimewaan lebih kepada diver. Untunglah diver kan? Macam dianaktirikan. Itu yang aku rasa pada awalnya. Arghhh jeles kau! Jeles sebab tak de lesen nak dive. Kah!




[caption id="attachment_2683" align="aligncenter" width="540"]941068_1746516668917931_5375058107140933580_n_edited Mermaid Dive Centre dah datang ambil dengan tuk tuk :)[/caption]

[caption id="attachment_2684" align="aligncenter" width="3200"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA @ Bali Hai Pier[/caption]

[caption id="attachment_2685" align="aligncenter" width="3200"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Kesibukan Teluk Siam[/caption]

Bot kami berhenti di Ko Ha Lagoon. Yang dive bersiap sedia untuk dive. Manakala yang snorkeling ni ahai.. masih dianaktirikan lagi. Laluan diberikan dulu buat yang dive. Bila dah keceburrr ke dalam laut..tiba-tiba BA aku yang kecik tu mcm tak terapung sepenuhnya. Aku cuba control diri. Buat lah macam mana pun tenggelam separuh jugak. Aku dah cuba sedaya upaya relaks. Aku cuba jugak pastikan diri berada dalam keadaan menegak 45 darjah namun air masih masuk mulut. I try harder. Aku bukan tak pernah main air bukan tak pernah masuk kursus ekspedisi air masa study dulu..hurm..setahu aku vest kena menegak 45 degree untuk terapung dan boleh terapung selama 72 jam bergantung kepada keadaan vest. Gamaknya aku kurang ilmu kot. Tak apalah tak perlu argue dengan rakan aku pada waktu itu sebab aku tak nak rosakkan mood sendiri bila travel ni. I admit i lack of experience. Akur ilmu travel apatah lagi di air cangkat sangat!


Selepas disarungkan Ben dengan satu lagi boyance aid, aku boleh terapung dengan selesanya. So apalagi misi snorkel di kawasan sekitarnya. Dan Ben tak jemu-jemu memandang. Kejap-kejap dilaungnya "Are you OK?".  Lagaknya macam si ayah menjaga anaknya. Puas snorkel aku nak kembali ke boat. Aduhai kali ni tak larat nak berenang melawan arus. Kuat ombak di Teluk Siam ni wei! Sudah la laut terbuka. Sampai Ben tolong tarikkan aku ke boat. I like! Selesai snorkel and dive, bot seterusnya bergerak ke port satu lagi. Tak pasti nama tempatnya. Kami di beri peluang untuknmakan-makan dahulu. Cuma yang dapat dimakan nasi dan sayur sahaja. Ku tenung ayam goreng yang ada. Memikirkan bila dah ragu-ragu. Baik tak sentuh saja. Its ok. Habis satu tuppaware besar sayur jadi hidangan kami.


Kali kedua snorkel Ben lets us snorkel by ourselves. Katanya kalau ada apa-apa baru kelui dia. So kali ni aku snorkel sendirian dan Seri pula hilang di balik luas lautan. Aku hanya snorkel sekitar berhampiran dengan boat. Dekat sket dengan batu. Tetapi Ben dah melarang jangan terlalu dekat. So precautions diambil. Seriusly kat sini lagi cantik. Sampai lupa nak ambik gambar. Nampak kat bawah tu wow! Aku teruja sendiri rasa macam nak menjerit. Tapi fikir aku seorang aku diamkan saja. Orang kata simpan sendiri perasaan teruja tengok ikan cantik-cantik. Kebetulan mat saleh sebelah pun dok teruja bagai. I can see the EXCITED face. Siap tanya aku ok ke tak. Aku hanya unjukkan isyarat je.




[caption id="attachment_2686" align="aligncenter" width="3200"]P2091829_edited.jpg Sempat snap gambar dasar yang ini sahaja dengan landak laut yang ada. Selebihnya gambar cantik? Terlupa nak snap![/caption]

Bila dah usai snorkel nak kembali ke bot buat kali kedua Ben tanya lagi ok ke tidak. Sambil laungkan OK tetiba aku tengok dia datang dekat datang menyelamat. Lahhh.. baru nak berenang sendiri ke bot. Apalagi ku sua diri ku untuk di bawa ke boat. Thanks Ben tak payah aku susah-susah berenang. Seri pula rupanya dia sesat di lautan badai. Kah! GPS hilang ke kak???


Naik saja bot aku rasa ombak lain macam. Makin kuat. Kalaulah aku tadi refuse Ben datang tolong agaknya tak sampai-sampai lah aku naik ke bot kot. Bila dah semua ada atas bot and Ben start counting all of us..aku makin rasa terhuyung hayang. Kuat pula ombak kali ni. Yang dive tu pun dah ada yang pening. Pertama kali dalam sejarah aku mabuk ombak. Akibat dilambung ombak kuat sangat masa aku tukar baju kat toilet bawah, hampir 4 kali aku memuntahkan segala isi perut. Sedangkan tadi baik-baik sahaja. Hinggakan tertidur di atas sampai kembali ke daratan. Masih terasa terbuai-buai rasanya.




[caption id="attachment_2687" align="aligncenter" width="3200"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Seri tampak kepenatan selepas dilambung badai. Kah![/caption]

Tragedi Massage Pattaya

Malamnya di Pattaya cukup meriah. Naik juling mata buat si mata keranjang. Yang tua-tua ditemani yang muda bergetah. Terfikir aduhai berahi jugak si muda pada situa?Asalkan boleh duit? Adakah semua dirasa sambil memejam mata? Ayat apakah ini? Erk tak nak komen lebih. Kang aku dapat suami tua tak pasai ja. Kah!


Selepas maghrib kami ambil keputusan untuk massage badan yang hampir sakit dan letih dek tujahan sang ombak durjana. Kah! Weii massage..massage. Aku cuba hampiri satu outlet yang tertulis di pintunya "Private Massage For Ladies". Oleh kerana nak yang tertutup tak nak terbuka open sangat depan public rupanya aku menghampiri sarang buaya betina. Cis! Tak sangka berahi jugak si perempuan ni kat aku. Puas jenuh aku tolak. Kau urut biasa dah la. Ni dak dok tawar-tawar bagai. Tiga kali aku tolak dengan perkataan NO. Akhirnya dia mengalah dengan keputusan aku. Experience tu! Nak gelak teringatkan bila digoda perempuan, kaum sejenis. Kalau ditanya perasaan aku waktu itu? Senang aku cakap akal aku waktu tu nasiblah waras. Aku terfikir arwah mak, terfikir abah, terfikir AGAMA. Sempat lagi tau aku fikir kalau aku lelaki adakah aku kecundang? Lawak bercampur seram. Siap mengurut, lengkap berpakaian sempat aku borak dengan pengurut tu.. bila ditanya katanya kerana desakan duit. Dia sanggup buat apa sahaja.


Kalau di tanya padaku ke Thailand nak dapatkan lagi tak urutan badan (body massage). Rasanya aku akan berfkir banyak kali. Seram tu ada lagi. Seram.. lebih seram dari hantu-hantu yang ada. Berhati-hatilah jangan kecundang di tengah jalan. Masuk jalan situ pun jangan lah. Baik balik Malaysia upah makcik-makcik urut. Ada juga faedahnya! Kah!


💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan