Mengunjungi Turpan, Tempat Kedua Terendah Di Dunia.
Turpan, juga dikenali sebagai Turfan atau Tulufan, adalah sebuah bandar yang terletak di timur Xinjiang, Republik Rakyat China. Turpan merupakan daerah terpanas dan terkering di Xinjiang. Untuk pengetahuan semua, Turpan sebenarnya merupakan titik kedua terendah bumi dan berada di bawah permukaan laut selepas Laut Mati.
Ketibaan kami di sini disambut Ablajan Jilil yang mana aku dan Zaid ambil numbernya dari Tripadvisor. Alhamdulillah.. Orangnya ramah bercerita tentang segalanya berkaitan Turpan dan Xinjiang ini. Sukacita dinyatakan kalau jengah ke Turpan lebih baik ambil guide kerana jarak satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh. It is MUST. Ada bas tapi tak ade route unless you can speak and read in Chinese.
Ablajan memberitahu kami serba sedikit ke mana arah tuju kami dahulu. Okay kunjungan kami bermula dengan Toyuk Village dan Flaming Mountain. Aku teruja sepanjang perjalanan. ALLAH Besarnya kekuasaan Mu. Kiri kanan kulihat Taklamakan Desert. Baiklah kita kenali dulu dua tempat ini.
[caption id="attachment_972" align="aligncenter" width="4608"] Canyon sepanjang perjalanan ke Toyuq Village[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Pemandangan sekeliling sepanjang perjalanan sungguh mengujakan[/caption]
Perkampungan Toyuq Berusia Hampir 2600 Tahun
Jika ke Turpan jangan lupa singgah ke perkampungan yang berusia hampir 2600 tahun. Di sini paling terkenal dengan anggur dan kismis. Nama Tuyoq Village mungkin tidak begitu terkenal seperti Tembok Besar China. Tapi percayalah kalau kita sukakan kelainan memang tak sia-sia. Malah dapat menghayati senibina yang berusia ribuan tahun lamanya hanya dibina dengan batu bata merah dan dilapisi lumpur dan jerami. Sebelum ke rumah local aku perhatikan masjid lama yang begitu usang. Namun susah untuk dimasuki. Mungkin kerana orang luar. Kami diminta keluar.
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Mengunjungi Toyuq Village perkampungan tertua Turpan[/caption]
[caption id="attachment_974" align="aligncenter" width="768"] Behind me is cemetery[/caption]
Kami di bawa ke rumah warga setempat dan dapat meluangkan masa makan tengahari di rumah mereka. Disambut dengan pelbagai makanan. Sambil-sambil itu mata sempat meliar melihat keadaan rumah mereka. Tuan rumah yang melayani kami merupakan 9 generasi yang masih lagi tinggal di perkampungan Toyuq.
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Anak-anak riang menerima tetamu luar[/caption]
Hikayat Dongeng China ~ Journey To The West
Baiklah sebenarnya next stop kami Flaming Mountain. Tetapi kami tidak menuju ke tempat tersebut kecuali menyaksikan sendiri dari kejauhan Flaming Mountain dari perkampungan tua ini. Flaming Moutain ini dikenali sebagai Houyan Shan dalam Bahasa Mandarin. Pergunungan ini merah kelihatan seperti api yang marak menyala. Di sinilah terkenalnya dengan kisah dongeng rakyat China "Si Raja Kera". Kawasan pergunungan ini dikatakan tempat si Raja Kera dikurung. Mitos ini pernah dinovelkan dan pernah ditayangkan di media Malaysia. Aku juga antara yang tidak pernah ketinggalan setiap episod drama cina yang bersiaran di TV4 ini. Nostalgia! Teringat lagi zaman kanak-kanak apabila raja kera tersebut dikurung dan ditanam pergunungan oleh sikapnya yang ingkar dan angkuh menandingi para dewa. Di kampung ini pun tidak kurang hebatnya flaming mountain atau Toyuq mountain ini. Tak jauh berbeza bila terkena matahari yang kelihatan kemerahan kehijauan pergunungan tersebut. Usai melihat Toyuq Mountain dan Toyuq Village kami di bawa ke Emin Minaret sebuah masjid yang kelihatan seperti pagoda.
Minaret Masjid Yang Tertua Dan Unik
Emin Minaret (Su Gong Ta) adalah menara tertua satu-satunya menara Islamik di negara China. Dibina pada tahun 1778 waktu pemerintahan Maharaja Qianlong, menara ini mempunyai ketinggian 144 kaki. Bila lihat senibinanya sangat klasik. Ya.. Senibina Uighur. Bersebelahan tower ini terletaknya sebuah masjid.
[caption id="attachment_976" align="aligncenter" width="4608"] Turpan's Emin Minaret and Mosque[/caption]
[caption id="attachment_975" align="aligncenter" width="768"] Tugu Emin Khoja[/caption]
Berdasarkan pada informasi yang Ablajan berikan masjid ini hanya berfungsi ketika solat Jumaat sahaja. Hari-hari lain laungan azan tidak dibenarkan. Aku difahamkan bahawa di China keagamaan dan politik dipisahkan. Tidak boleh dicampur aduk. Malah bagi kakitangan kerajaan jika beragama Islam bertudung tidak dibenarkan ketika bekerja dalam gov sector. Maknanya di sini kena NEUTRAL. Begitukah mereka? Sangat menarik sebenarnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini. Jika dilihat pada batu bersurat yang terdapat pada Emin Minaret kerajaan ada meletakkan ukiran naga. Sedangkan di masjid ukiran binatang atau patung adalah Haram kerana benda-benda tersebut merupakan sarana syirik kepada Allah SWT.
Kemudian kami kami di bawa ke Jiaohe Ruins atau dikenali sebagai Yar City (Yarkhoto)
Runtuhnya Kota Kuno Jiaohe
Antara kota kuno yang terdapat di China ialah kota Jiaohe. Jiaohe Ruins merupakan kota kuno yang musnah akibat serangan pasukan Mongol pimpinan Genghis Khan pada kurun ke 13. Ablajan menerangkan kota ini dikelilingi dan dipisahkan oleh dua sungai dan tebingnya sangat tinggi yang mana sesuai sebagai pertahanan dari serangan anasir luar suatu ketika dahulu. Sebenarnya di sini banyak sejarah diulas satu persatu dari masyarakatnya beragama buddha hinggalah kemasukan Islam. Kalau berminat dengan sejarah kemasukan Islam di sini bolehlah buat kajian terperinci. Aku yang mendengarnya pun dah ternganga payah untuk mengingati. Apatah lagi untuk menghafal fakta yang ada.
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Jiaohe Ruins ( Yarkhoto) kedudukannya seolah olah di atas pulau batu dikelilingi cliff (tebing tinggi)[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Tebing tinggi di Yarkhoto City[/caption]
Akhir sekali kami menjengah Karez Well yang mana menjadi nadi atau punca sumber air bawah tanah kepada seluruh masyarakat di Turpan.
Teknologi Pengairan Karez Di Zaman Kuno
Karez Well/Karez Underground Water System merupakan satu teknologi bagi menyalurkan sumber air kepada warga setempat. Perkembangan teknologi dalam tamadun awal manusia dapat dilihat dari segi perancangan pembinaan bandar secara terancang. Contohnya di Turpan ini. Sistem pengairan karez ini telah dibina berkurun lama. Sedia maklum Turpan dikelilingi dengan pergunungan kiri kanan diapit dengan pergunungan Himalaya, Nepal, Tibet dan terbentang pula Mongolia, Russia dan negara sekitarnya tentulah sumber air menjadi menjadi sedikit halangan memandangkan bentuk muka bumi yang sebegitu rupa.
Bagi membolehkan sumber bekalan air didapati maka dibina saluran air bawah tanah. Dari mana datangnya sumber air tersebut? Nah.. Betapa besarnya Kekuasaan Allah SWT. Allah menjadikan gunung ganang sebagai kawasan tadahan. Sumber air datangnya dari salji pergunungan yang mencair dialir ke takungan Karez. Maka dengan akal yang sempurna manusia mencipta teknologi untuk kemaslahatan manusia sejagat. Oleh sebab itu kawasan yang gersang ini menjadi subur lalu digelar Oasis. Banyak sungguh manfaat karez ini sehinggakan kawasan gersang menjadi subur. Oh ya kalau korang nak tahu karez ini sepanjang 5000 km.
💌 KCF
Comments
Post a Comment