Menjelajah Ke Kota Kuno Sekitar Lijiang
Dua hari jamu mata dengan view yang mengancam, hari ni aku hanya berlegar-legar di sekitar Lijiang sahaja. Pagi tadi bumi Lijiang disimbahi hujan renyai. Walaupun hujan sempat juga menjengah beberapa tempat menarik sekitarnya.
Kota Lijiang dari Puncak Lion Hill Park.
Aku terpanggil nak menjejak tempat ni setelah terbaca travelog seseorang. Tak ingat dah siapa pemiliknya. Baik.. Antara tempat menarik untuk saksikan Kota Lijiang secara keseluruhan ialah dengan mendaki hingga ke puncak Lion Hill. Sebenarnya atas puncak ini juga kita dapat saksikan matahari terbit dan terbenam dengan pemandangan yang memukau berlatar belakangkan Jade Dragon Snow Mountain dari kejauhan.
[caption id="attachment_773" align="aligncenter" width="2048"] Menuju ke puncak Lion Hill. Jalannya berturap elok.[/caption]
[caption id="attachment_776" align="aligncenter" width="2048"] Uniknya senibina bumbung di Kota Lijiang[/caption]
[caption id="attachment_774" align="aligncenter" width="1536"] Wangu Tower[/caption]
[caption id="attachment_779" align="aligncenter" width="2048"] The panorama of Mu's Residence from Wangu Tower[/caption]
Mu Residence Istana Pemerintah Tempatan
Usai melihat pemandangan sekitar Lijiang dari puncak Lion Hill, aku menyelusuri ke bawah melewati Mufu. Mu Residence (Mufu) adalah sebuah kediaman rasmi keluarga Mu iaitu pemerintah tempatan pada zaman purba yang terletak di sebelah barat daya dari Kota Lijiang. Bangunan Mufu dibina pada zaman dinasti Ming (1368 hingga 1644), dan Qing (1644 hingga 1911). Mufu berfungsi sebagai pusat politik, kekuasaan dan kekayaan bagi etnik Naxi kuno. Dikatakan hampir 100 bangunan telah dibina pada zaman kegemilangan Mu sehingga menjadi 'jantung' kota purba ini. Selain itu kota kuno ini diibaratkan sebagai miniatur Kota Terlarang di barat laut China.
Di dalam Mufu ini juga banyak bilik-bilik atau ruang pameran. Aku sempat menjengah masuk ke satu ruang yang memaparkan pakaian orang-orang berada dahulu kala. Malah di satu sudut juga terdapat banting yang menunjukkan Mufu pernah menjadi lokasi beberapa filem pengambaran.
Sewaktu nak mencari jalan keluar dari Mufu.. Sempat juga terlihat Dancing and Singing show kaum Naxi. Jadilah walau sekejap cuma, kan.
[caption id="attachment_769" align="aligncenter" width="2048"] Salah satu halaman Mu's Residence[/caption]
[caption id="attachment_770" align="aligncenter" width="2048"] Berangan umpama permaisuri raja. Waktu ni bunga baru mula nak berkembang.[/caption]
[caption id="attachment_777" align="aligncenter" width="2048"] Naxi Dance Show. Kebanyakan penari adalah warga tua. Langkah tarian mereka kemas, teratur dan gemelai.[/caption]
Kota Kuno Lijiang Warisan Etnik Naxi
Baik.. Di Lijiang sebenarnya ada dua kota lama. Satu Lijiang Ancient Town (Dayan Town) dan satu lagi ialah Shuhe Ancient Town. Lijiang Old Town dahulunya merupakan sebuah bandar purba Naxi dan kini ianya masih dipelihara dan dijaga dengan baik. Lijiang Old Town ini dibina pada tahun 811, telah disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.
Apa yang menarik di Lijiang Old Town, senibina di seluruh bandar sedikit berbeza dari tempat lain di China kerana bangunannya lebih mencerminkan gaya Naxi tempatan. Senibina etnik Naxi kebanyakkannya dipengaruhi oleh etnik lain iaitu Han, Bai mahupun Tibet. Oh ya! Apa yang ketara kota kuno ini tiada gerbang yang dibina di sekelilingnya berbanding dengan kota lain di China seperti di Xi'an yang pernah aku jengah tahun lepas.
Sewaktu melewati Lijiang Old Town ini hujan masih lagi renyai-renyai. Nak duduk lebih lama sebenarnya tetapi disebabkan hujan aku cepat-cepat teruskan perjalanan ke bus stop untuk ke Shuhe Anciet Town pula.
[caption id="attachment_775" align="aligncenter" width="2048"] Kincir Air yang terdapat di Lijiang[/caption]
Lijiang Shuhe Ancient Town Petempatan Terawal di Lijiang
Shuhe Ancient Town terletak kira-kira 4 km sebelah barat laut dari Lijiang Old Town. Shuhe sebenarnya merupakan penempatan terawal etnik Naxi. Kota Kuno Shuhe telah dibina seribu tahun yang lalu sebagai pos terpenting dalam laluan perdagangan teh. Sempat juga aku beli teh di sini. 江雪茶苦后甜 maksudnya teh Jiang Xue pahit manis. Balik Malaysia kita minum cha ye.
Sebut tentang Shuhe, dalam bahasa Naxi bermaksud "sebuah perkampungan di kaki gunung". Ya.. Memang pun tepi gunung. Gunung Longuan dan Gunung Jubao. Jika dibandingkan dengan Lijiang Ancient Town apa yang aku lihat di sini lebih tenang dan kurang menjadi tumpuan pelancong. Tak terlalu sesak sangat.
Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sini termasuklah Qinlong Bridge, Sifang Street dan Tea Horse Muzeum. Oh ya.. Untuk pengetahuan semua Shuhe Ancient Town merupakan pitstop/persinggahan bagi jalan perdagangan teh-kuda. Untuk entry Tea Horse Road ini, nanti ada masa lapang aku kongsikan.
[caption id="attachment_789" align="aligncenter" width="576"] Shuhe Town is an important stop along the Ancient Tea Horse Road[/caption]
[caption id="attachment_778" align="aligncenter" width="2048"] Suasana di Shuhe Town lebih tenang dan damai[/caption]
💌 KCF
Comments
Post a Comment