Posts

Showing posts from April, 2017

Itinerary : 8D7N Kembara Yunnan, China

Image
Yunnan adalah tempat pertama di China yang aku jejak. Kali pertama aku jejak pada Mac 2015. Dua tahun selepas.. aku jejakkan kaki sekali lagi ke sini. Jikalau ditanya kenapa menjengah kali kedua. Biar jawapan itu aku pendamkan saja. Lol. Orang kata tempat pengubat jiwa gitu. Kali kedua route aku bermula dari Kunming ➡ TLG ➡ Lijiang ➡ Dali ➡ Kunming. Sempat aku menjengah beberapa tempat yang sangat menarik hati. Sampaikan hati aku tertaut di sini : Day 1 Touch down Kunming dah lewat petang. Terus tuju ke Kunming Railway Station. Dari airport nak ke railway ada shuttle bus Line 1. Bayar ¥25. Bas berhenti depan hotel dan perlu menapak lebih kurang 1km ke railway station. Saya ambil tiket ke Lijiang, softsleeper dengan harga ¥226. Nyenyak lena sampai ke Lijiang. Day 2 Tiba di Lijiang seawal jam 6 pagi. Aku ambil teksi ke International Youth Hostel Lijiang sebab dah mintak hostel book bus untuk ke Tiger Leaping Gorge. Bayaran ¥40. Boleh request nak berhenti di mana. Quitao? Upper, middle...