Wilayah Autonomi Di China
Saban kali membelek peta Negara China, pandangan mata saya seringkali tertancap ke pada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China yang pelbagai. Acapkali penduduk setiap wilayah mudah dikenali kerana mereka mempunyai identiti tersendiri. Dalam banyak-banyak wilayah, saya sebenarnya lebih tertarik dengan 5 Wilayah Autonomi yang terdapat di China iaitu, Guangxi, Tibet, Xinjiang, Inner Mongolia (Nei Mongol) dan Ningxia. Kawasan-kawasan di sini kebanyakkan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu, contohnya seperti di Xinjiang yang pernah saya lewati tahun lepas, penduduknya terdiri daripada kaum minoriti yang pelbagai. Antaranya ialah Uygur, Han, Kazakh, Hui, Kyrgyz, Mongol, Tajik, Dongxiang dan Xibe. Kepelbagaian kaum di sini sebenarnya memberikan keistimewaan kepada sesebuah negara kerana mempunyai kepelbagaian budaya yang menarik minat pengunjung ke negera tersebut. Jom kita kenali wilayah ini satu persatu-satu. 🌀 Wilayah Auto...