Posts

Showing posts from December, 2017

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Image
14.12.2017 Jam 8.00 pagi Bunyi ketukan kedengaran di bilik hostel. "Yes coming", ujar aku. "Your tour guide is waiting downstairs", ujar kakitangan Khusvgul Lake Hostel. Hari pertama tour di Mongolia, kami bergerak ke South Gobi menuju ke Dalanzadgad via Tsagaan Suvarga yang jaraknya hampir 480km dari Ulaanbaatar. Perjalanan yang panjang dimulakan dengan paved road akhirnya disusuli dengan offroad. Sebenarnya secara keseluruhan itinerary kami berubah 100% kerana kami merancang untuk kembali semula ke Beijing pada hari ke 11. Jadi susun atur tour di Mongolia kena betul-betul sesuai bagi mengejar kereta api domestik Mongolia bila berakhirnya trip ini nanti. Alhamdulillah kerjasama Sunpath Tour tidak pernah mengecewakan. Mereka berbesar hati menyusun semula itinerary yang kami bagi. Oh ya! By the way jikalau ada yang jelek memandang. Iyalah pakai pakej senang lah travel kat Mongolia.  Ha... Cik nak khabar bus ride dekat Mongolia ini ada tapi tersangatlah susah tambah l...

Sain Uu Mongolia! The Land of Eternal Blue Sky

Image
Jam 2. 35petang. Skreettt... Gemersik bunyi decitan rel menandakan telah sampai ke destinasi. Rata-rata penumpang sudahpun menuruni keretapi termasuklah aku dan rakan-rakan sekembara. Hembusan angin sejuk menyapa wajah sebaik sahaja menapakkan kaki di stesen keretapi Ulaanbaatar. SEJUK! Sangat Sejuk. Di hati mula terdetik pada diri sendiri "Jejak jua akhirnya ke negara yang terkurung daratannya di Asia Timur, Feesya" Alhamdulillah... Setelah menempuh perjalanan yang panjang sejauh 1500 kilometer hampir dan 27 jam atas keretapi TransMongolia, akhirnya aku dan rakan-sekembara tiba di ibu negara Mongolia iaitu Ulaanbaatar. [caption id="" align="aligncenter" width="720"] Di hadapan Ulaanbatar Railway Station[/caption] Sebaik kami menapak turun, kelihatan tiga lelaki warga Mongolia menghampiri kami dengan sehelai kertas tertulis nama Uzair (Zaid) di tangannya. Oh ini rupanya orang-orang tour in Mongolia! Kami di bawa ke hostel Khusvgul Lake yang tela...

My Trans Mongolian Journey

Image
"Ketak ketuk ketak ketuk ketak..." Bunyi berdetak detuk kereta api seringkali menjadi nyanyian yang paling merdu di telinga aku sewaktu travel. Serius! Perasaan yang tak dapat diungkap dek kata-kata. Berbicara tentang kereta api, di benak aku hanya terbayang Transiberia, TransMongolia dan Trans Manchuria.... Jika memperkatakan tentang 3 jalur kereta api ini, aku rasa hampir semua traveller idamkan 'the epic route' ini. Malah aku sendiri idamkan TSR (Trans-Siberian Route) sejak mula terjebak dalam travelling lagi. Saban tahun aku lihat sudah ramai traveller berjaya melaksanakan cita-cita mereka mengikut route epic ini. Terdetik di hati 'setidak-tidaknya kalau belum rezeki buat TSR pelan-pelan kayuh TMR dulu pun jadilah!' Usai urusan check out hostel di tengah-tengah kota metropolitan Beijing pada pukul 8.30pagi aku terus aku dan rakan sekembara mengorak langkah sambil berbondong-bondong menggalas beg dari dewasa sehinggalah si kecil Nadine ke Beijing Railway St...

Transit Beijing ~ Melewati Niujie Street Sebelum Misi Kembara TransMongolia Bermula

Image
“Ladies and gentlemen, welcome to Beijing Capital International Airport.  Local time is 5.10am and the temperature is -3°c On behalf of AirAsia Airlines and the entire crew, I’d like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice stay!” Sedikit tersentak lena aku. Rupanya pesawat sudah selamat mendarat di Peking Airport, Beijing. Mendarat di awal pagi dengan suhu yang dingin -3°c sedikit sebanyak meruntun jiwa. Selesai urusan imigresen kami terpaksa menunggu pula Airport Transfer untuk ke Sanyuanqiao Stesen seterusnya ke Dongsi Stesen di mana Happy Dragon Hostel, tempat menginap kami untuk semalaman ini berada. Renyah juga turun naik subway. Dengan beg besar tergalas di depan dan belakang bersesak pula waktu office hour haiiii.. gugah juga dibuatnya. Rasa ketar lutut menahan beban yang berat di bahu. Sebaik tiba di Dongsi station kami perlu menapak pula sejauh 1 kilometer ke hostel.  Terasa hendak menangi...

Kerja Gila Menjengah Ketika Musim Sejuk Melampau Melanda Mongolia!

Image
Malamku igau Gilakan kau Siangku sasau Gilakan kau šŸŽµšŸŽ¶šŸŽµšŸŽ¶ Gila memang gila! Apa yang gilanya? Idea menjelajah ke Mongolia sudah lama terbit di hati sanubari aku sejak tiga tahun kebelakangan ni.  Lagi-lagi bila melihat ada rakan traveller sudah menjejakkan kaki ke sana. Subhanallah.. gambar-gambar mereka memukau pandangan mata dan terbuai-buai di jiwa. Artdeep. Sekilas aku teringat sang pengembara inilah yang membuatkan jiwa aku bergejolak untuk menjejakkan kaki ke Mongolia. Tetapi bila dicongak-congak cuti, nampaknya hanya ketika musim sejuk melanda bumi Mongolia saja aku mampu merealisasikannya. Waktu yang panjang malah sesuai untuk jelajah Mongolia,  fikirku. Sesuai?? Tapi tidakkah nanti dikatakan kerja gila menjelajah Mongolia sewaktu musim sejuk melampau melanda? Waraskah kah engkau Feesya?  Mampukah impian aku menjadi kenyataan atau sekadar berangan-angan melastik jauh terus ke bintang? Monolog aku sendiri. "Wei.. Aku nak pi Mongolia. Tapi.. Musim sejuk la! Hang nak ikut a...