Sain Uu Mongolia! The Land of Eternal Blue Sky

Jam 2. 35petang.


Skreettt... Gemersik bunyi decitan rel menandakan telah sampai ke destinasi. Rata-rata penumpang sudahpun menuruni keretapi termasuklah aku dan rakan-rakan sekembara.


Hembusan angin sejuk menyapa wajah sebaik sahaja menapakkan kaki di stesen keretapi Ulaanbaatar. SEJUK! Sangat Sejuk. Di hati mula terdetik pada diri sendiri "Jejak jua akhirnya ke negara yang terkurung daratannya di Asia Timur, Feesya"


Alhamdulillah... Setelah menempuh perjalanan yang panjang sejauh 1500 kilometer hampir dan 27 jam atas keretapi TransMongolia, akhirnya aku dan rakan-sekembara tiba di ibu negara Mongolia iaitu Ulaanbaatar.




[caption id="" align="aligncenter" width="720"] Di hadapan Ulaanbatar Railway Station[/caption]

Sebaik kami menapak turun, kelihatan tiga lelaki warga Mongolia menghampiri kami dengan sehelai kertas tertulis nama Uzair (Zaid) di tangannya. Oh ini rupanya orang-orang tour in Mongolia! Kami di bawa ke hostel Khusvgul Lake yang telah aku tempah lewat online. Di hotel ini kami bertemu empat mata dengan Doljma owner Sunpath Mongolia.


Usai daftar masuk kami semua rehat sebentar sebelum mencari makan dan bersiar-siar di sekitar Ulaanbaatar. Tak sabar untuk merasai pengembaraan sebenar di bumi Mongolia.~ketawa~. Dalam kesejukan lewat petang itu kami berjalan ramai-ramai menyusur kota Ulaanbaatar. Hotel yang kami duduki ini sebenarnya tidak jauh dari Sukhbaatar Square dan Mughul Restaurant. Hanya perlu berjalan sekitar lingkungan 1.5kilometer sahaja. Sesekali terasa di kulit perit seperti dihiris pisau belati. Sakit dan dingin. Terlalu Sejuk! Selesai makan.. Masing-masing bergegas pulang ke hostel. Tak mampu untuk berlama-lamaan di luar.




[caption id="" align="aligncenter" width="1080"] Menanti makanan tiba. Mughul Restaurant merupakan restoren halal yang menyediakan india afgan food.[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Suasana Sukhbaatar Square di malam hari.[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Statue Damdinii Sukhbaatar, salah seorang pemimpin Revolusi 1921 di Sukhbaatar[/caption]

Baiklah, aku kongsikan sedikit beberapa fakta tentang Mongolia yang aku ketahui.


Yang pertama, Mongolia mempunyai kepadatan penduduk yang paling rendah di dunia. Hampir 40% daripada penduduknya tinggal di ibu negara (Ulaanbaatar) manakala selebihnya hidup secara nomad dengan mengembala ternakan di atas padang rumput luas di negara ini. I wonder why they choose to live as nomad rather than living in the city. Sedangkan ternakan mereka tidaklah semahal mana. Seekor kambing biri-biri berharga ₮70000 bersamaan dengan RM117 seekor. Uiii murah! Selain itu Mongolia dikatakan berasal dari perkataan Mongol, yang dikatakan dari mong yang bererti "berani". Yes indeed!




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Pemandangan biasa. A herd of sheep melintas jalan![/caption]

Terdapat 13 kali lebih banyak kuda daripada manusia. Rata-rata sepanjang di Mongolia aku lihat bukan sahaja kuda, malah unta, yak dan biri-biri bebas berkeliaran di atas muka bumi yang luas di Mongolia ini. Saujana mata memandang... Di tengah tanah gersang kelihatan beberapa tompok besar binatang. Bersepah! Tidak lupa... Gurun Gobi yang terletak di Mongolia ini sebenarnya adalah padang pasir terbesar di Asia dan terbesar kelima di dunia.




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Bactrian camel (camelus bacterianus) kelihatan lepas bebas di sekitar bumi Mongolia[/caption]

Selain itu, Mongolia juga disebut sebagai "Land of the Blue Sky" kerana memiliki lebih dari 260 hari yang cerah sepanjang tahun. Ini aku akui. Sepanjang kami di Mongolia.. Langit sentiasa kelihatan cerah. Blue sky! Tiada awan mendung berarak. Oleh kerana kedudukannya yang tinggi, lokasi daratan, dan efek dari anticyclone Siberia, aku sedia maklum dan ketahui Ulaanbaatar adalah ibu kota negara terdingin di dunia, di mana suhunya rata-rata adalah -1° c. Sejukkk! Dan kami sempat merasai bagaimana sejuknya bila suhu mencecah -31°c. Mengigil beb!




[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Walaupun snow... Langit kelihatan biru di angkasa. Tak syak lagi bila digelar 'land of blue eternal sky'![/caption]

💌 KCF


Image and video hosting by TinyPic

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan