Posts

Showing posts from January, 2019

Kesejukan di Taman Negara Huanglong

Image
People don't notice whether it's winter or summer when they're happy Seawal jam 8.00pagi saat semua sudah siap, ada di antara kami yang rupanya terlajak tidur. "Eh! Belum mandi lagi?", soal aku pada Catz dan Nir bila pintu yang diketuk dibuka mereka. "Weih..kami baru bangun", ujar Catz. Cepat-cepat aku suruh mereka bersiap. Lumrah dalam  perjalanan adakalanya aku juga terlajak lena dek kepenatan ditambah dengan kesejukan yang melanda. Musim sejuk mahu taknya. Enak sungguh sebenarnya jika ditarik lagi kain gebarnya. Sebaik semuanya sudah bersedia, Mr.Bo mula memandu menghala ke Huanglong National Park yang jaraknya hanya 50 kilometer dan mengambil masa selama sejam sahaja dari Kota Lama Songpan. Ketika van mula mendaki masuk ke kawasan National Park, tiba-tiba Mr. Bo menghentikan vannya. Segera dia turun ke sisi tebing jalan raya dan lantas mengutip buah seakan akan buah Duranta Erecta (sinyo nakal). "Shenme shuiguo?", ujar aku pada Mr. Bo Dalam...

Long JOURNEY To The Northwest Sichuan

Image
      Perjalanan itu panjang dan berliku, bersiaplah dengan perjalananmu Penatnya terasa menempuhi perjalanan ditambah pula dengan cerekarama tawar menawar kos pengangkutan ke Chengdu downtown di Chengdu Shuangliu International Airport, semalam... Hari ini pengembaraan di bumi Sichuan sudah pun bermula. Tak sangka akhirnya dapat menjejak juga bumi Sichuan yang masih terkenal dengan keindahan alam yang masih suci 'dara' nya.  Kah! Ayat memang tak boleh dipertikaikan. Ya... Siapa sangka keindahan alam di Sichuan terutamanya di beberapa daerah seperti Aba dan Garze, banyak menyajikan sisi lain daripada wilayah tumpuan utama pelancong seperti di Beijing mahupun Guangzhou. Oleh kerana itulah aku tergila-gilakan sangat tempat-tempat sebegini yang mana jarang menjadi tumpuan pelancong melainkan kaki pencinta alam yang sukakan cabaran. "Cepat turun ke bawah. Mr Bo driver kita dah sampai dan tunggu di bawah tu", ujar suamiku, Uzair. Segera aku settlekan urusan check out di kau...

Tibet Didamba, Eh! Ke Sichuan Akhirnya?

Image
Kita boleh merancang dengan baik, namun perancangan Allah SWT itu lebih sempurna. Bersyukurlah. “Pocket Guide Tibet”. Buku yang dibeli dan dikirimkan oleh adikku Siti, aku tatap lama-lama. Perasaan teruja mencengkam jiwa. Aduh! Parah. Jiwa aku menggelegak. Aku sukakan cabaran. Oleh kerana itu juga hati aku tertarik pada cabaran yang satu. Teringin sekali di hati menyelusuri Dataran Tinggi Tibet atau dikenali sebagai Qinghai -Tibet Plateau, memulakan perjalanan daripada Chengdu dan berakhir di Lhasa yang menggunakan kereta api sebagai medium utama. Terbayang pemandangan indah yang diuar-uarkan tercantik sepanjang perjalanan ke sana, menempuh sedikit demi sedikit dari tanah rendah sehingga ke tanah tertinggi yang digelar “bumbung dunia”. Terbuai-buai jiwa kalah angau orang bercinta! “Zaid, aku rasa tahun ni aku nak melangkah ke Tibet la. Aku teringin nak rasa perasaan jatuh cinta seperti SuperMeng Malaya rasa waktu dia naik kereta api dari Chengdu ke Tibet. Cantik oi pemandangannya”, uj...