Posts

Penempatan Lamas, The Ruins Of Ongii Monastery

Image
Berada di Mongolia pada hari ke-6 tidak sah tidak jika tidak mengunjungi dan meninjau sebahagian daripada monumen sejarah mereka. Ruins of Ongi Monastery dikenali sebagai Ongiin Khind merupakan monastery yang terbesar di Mongolia. Monastery ini tak silap aku dikatakan dibina pada tahun 1660. Terdapat dua kompleks bagi monastery ni iaitu Barlim khiid dan Khutagt Khiid yang terletak di sebelah utara dan selatan Ongi Gol kira-kira 18 km dari Saikhan-Ovoo, Dungobi. Lebih kurang berapa jam perjalanan akhirnya kami dapat saksikan keindahan penempatan Lamas (Tibetan/Mongolian monk) pada zaman dahulu di situ. Terdapat beberapa kesan runtuhan monastery yang dikatakan dimusnahkan oleh pihak komunis. [caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Kesan runtuhan sekitar Ongii Monastery[/caption] [caption id="" align="aligncenter" width="3000"] Kak Yus, Nadine dan Zaid bertungkus lumus mendaki bukit kecil dalam kesejukan[/caption] Tak ...

Jejak Indiana Jones, Menjejak Fosil Di Bayanzag Valley

Image
  Dua malam di Khongor, hari kelima seawal jam 9.00 pagi kami bertolak keluar meninggalkan host di sini. Terasa sayu meninggalkan mereka walaupun baru dua hari kami bertamu. Sungguh... ku lihat lambaian mereka sayu. Agaknya apalah warga emas itu buat berdua ya? Anak-anak di perantauan semua. Mengikut perancangan, hari ini kami bergerak menuju ke selatan Dalanzagdad pula yang merupakan syurga bagi ahli paleontologi. Perjalanan ke Flaming Cliff (Bayanzag) ini merentasi sepenuhnya unpaved road. Umpama hilang di bumi kami seperti sedang meredahi berlainan galaksi. Bumpy sana sini. Sesekali dalam perjalanan walaupun bumpy terlelap juga aku dan rakan sekembara dek kepenatan. [caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Grand canyon of Mongolia..... 'Bayanzag or Flaming Cliffs'[/caption] Bayanzag atau disebut Bain-dzak merupakan tempat di mana fosil dinosour ditemui. Di sinilah penemuan pertama ditemui iaitu telur dinosour termasuklah specimen Veloci...

Menyelusuri Kehidupan Nomad di Mongolia

Image
Mendengar perkataan nomad aku sering terbayangkan kehidupan yang sering berpindah randah. Dan kaum yang terkenal dengan nomad tentulah kaum MONGOL. Sabankali aku sering menceritakan kehidupan kaum yang satu ini dari segi cara hidup dan aktiviti yang mereka usahakan untuk kelangsungan hidup di dalam kelas Geografi aku tanpa aku merasai sekelumitpun cara hidup sebenar nomad yang sebenarnya di bumi Mongolia. Tampaknya hari keempat dan kelima di sini, aku benar - benar merasainya. Seawal jam 8.00 pagi sebelum bertamu dan bermalam di rumah keluarga yang menjadi host kami... Terlebih dahulu kami menjengah Mukhar Shiveert the second ice valley selepas Yolyn Am. Di sini terdapat beberapa spot air terjun yang telah membeku. Sebelum ini kami tidak disertai si kecil cilik Nadine, hari ke-empat ini kami membawa Nadine bersama. Risau juga sebenarnya jika ingin membawa anak kecil menjengah tempat yang terlalu rendah suhunya~ terlalu sejuk! Hinggakan wap pernafasan yang dihembus singgah di bulu mata ...

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Image
14.12.2017 Jam 8.00 pagi Bunyi ketukan kedengaran di bilik hostel. "Yes coming", ujar aku. "Your tour guide is waiting downstairs", ujar kakitangan Khusvgul Lake Hostel. Hari pertama tour di Mongolia, kami bergerak ke South Gobi menuju ke Dalanzadgad via Tsagaan Suvarga yang jaraknya hampir 480km dari Ulaanbaatar. Perjalanan yang panjang dimulakan dengan paved road akhirnya disusuli dengan offroad. Sebenarnya secara keseluruhan itinerary kami berubah 100% kerana kami merancang untuk kembali semula ke Beijing pada hari ke 11. Jadi susun atur tour di Mongolia kena betul-betul sesuai bagi mengejar kereta api domestik Mongolia bila berakhirnya trip ini nanti. Alhamdulillah kerjasama Sunpath Tour tidak pernah mengecewakan. Mereka berbesar hati menyusun semula itinerary yang kami bagi. Oh ya! By the way jikalau ada yang jelek memandang. Iyalah pakai pakej senang lah travel kat Mongolia.  Ha... Cik nak khabar bus ride dekat Mongolia ini ada tapi tersangatlah susah tambah l...