Posts

Showing posts from June, 2015

Bangkok City Attraction

Image
Day 4 ni merupakan hari terakhir di Bangkok sebelum bertolak ke Hatyai untuk jelajah Hatyai 1 Day tour. Lepas subuh, aku dan Emma bermalas malasan lagi untuk bersiap. Pukul 8.00 pagi baru keluar. First stop kami adalah Bangkok Art and Culture. Actualy tak de dalam itinerary pun nak tengok art and culture kat sini, tapi sementara menantikan Siam Discovery Centre bukak so lepak lah sini dulu. Yes duduk di tengah kota Bangkok macam rasa dok kat KL. Dengan sistem train mcm lrt apa semua tu. Hehe..tetiba masa tu feeling ada kat KL. [caption id="attachment_567" align="aligncenter" width="575"] Solo Exhibition in Bangkok Art & Culture by Onanong Kaewsomboon[/caption] [caption id="attachment_568" align="aligncenter" width="575"] Wuweee..seksinya! I love this picture.[/caption] [caption id="attachment_569" align="aligncenter" width="575"] Inilah pelukisnya Onanong Kaewsomboon[/caption] Puas jelajah ...

Seharian Di Ayutthaya, Thailand

Image
Permulaan hari ini di Bangkok berjalan seperti yang dirancang. Ye sehari di Ayutthaya! Tepat jam 8.00 pagi kami keluar dari Erawan House untuk mencari sarapan. Staff Erawan ramah mengucapkan good morning bertanyakan ke mana arah hendak dituju dan aktiviti kami pada hari ini. Bila beritahu mahu ke Ayutthaya dibalasnya dengan ucapan “HOT”. Kehkeh..ala hitamkan kulit apa salahnya. Pagi tu kami sarapan bubur udang segera yang boleh di beli di 7E. Boleh minta staff 7E panaskan. Sedang enak bersarapan ada local tegur aku dalam bahasa Inggeris bertanyakan asal usul aku. Bila sebut Malaysia dia sedikit terkejut. Katanya muka kami mcm MUSLIM THAI. Haha… baru sehari kot dok kat Bangkok ni dah kata ada rupa orang Siam. Teringat dolu-dolu duduk Arau masa study dulu. Ada gak orangg tegur aku orang Siam. Zaman tak pakai tudung dulu. Bila dah berhijrah rupa Siam tu ade ker? Boleh mai lagi la Thailand pasni. Selesai makan kami naik tuk tuk ke Stesen Hua Lamphong dan ambil train pukul 9.25pagi ke Ayutt...

Akhirnya Bangkok Aku Jejaki

Image
Selama 16 jam lebih atas train akhirnya tepat jam 11.00 pagi kami tiba di bumi Bangkok. Wah… akhirnya!! Tak percaya aku menjejakkan kaki di Bangkok. Pengalaman naik keretapi berbelas jam akhirnya kaki ku ini menjejak bumi Bangkok. Tak sabar nak cari makanan untuk isi perut. Lapaq bak hang. Sebaik tiba di Hua Lamphong Train Station aku try cari kat food court train station tu makanan halal. Ada seperti yang aku search internet. Tapi tak dapatlah nak membelinya sebab aku pening memikirkan baunya bercampur aduk. Hehe..actually kat situ non halal food n halal food duduk dalam satu food court dan bau “lembu kaki pendek” lebih menyengat. Serta merta tekak aku kembang. Baik aku cari makan di luar. Kata putus diambil. Kami terus ke hotel dan check in dulu. Kami naik teksi ke Phra Athit Road (charge 200baht). Hotel yang aku book dekat booking.com ERAWAN HOUSE terletak di lokasi strategik. Tak jauh dari Khao San Road dan Grand Palace. Jalan kaki jer sebenarnya. Boleh exercise! Selepas check in, ...

Bermulanya Kembara Di Bumi Gajah Putih

Image
Seawal jam 6.40 pagi kami sudah tercegat di Tol Taman Sejati. Van yang akan bawa kami ke Hatyai memang menepati masa. Asalnya perancangan aku nak naik keretapi tetapi apakan daya.. lambat sangat beli tiket. Sekali tiket abis. So terpaksa guna alternatif lain dengan mengambil van ke Hatyai. Kemudian dari Hatyai baru naik train ke Bangkok. Okay sambung cerita, perjalanan kami ke Hatyai mengambil masa dalam dua jam. Sebelum tu berhenti di Changlun. Uncle van isi kan departure/arrival card. Tung tang tung tang..cop sana sini semua urusan kat sempadan settle jam 10.00pagi. Dalam pukul 11.00 pagi dah sampai Hatyai. Disebabkan perut terlalu lapar, sebaik tiba di Hatyai aku cari kedai makan terlebih dahulu. Tak susah nak cari halal food dekat Hatyai. Bersepah! Berhadapan stesen keretapi sahaja ada dua kedai bersebelahan. Aku suka jengah Dapor Muslim. Tuannya ramah dan pandai cakap melayu. Makan di sini bagi aku  harganya bolehlah..mahal tidak its depend on your pocket. Nasi putih, paprik ayam,...