Seharian Di Ayutthaya, Thailand
Permulaan hari ini di Bangkok berjalan seperti yang dirancang. Ye sehari di Ayutthaya!
Tepat jam 8.00 pagi kami keluar dari Erawan House untuk mencari sarapan. Staff Erawan ramah mengucapkan good morning bertanyakan ke mana arah hendak dituju dan aktiviti kami pada hari ini. Bila beritahu mahu ke Ayutthaya dibalasnya dengan ucapan “HOT”. Kehkeh..ala hitamkan kulit apa salahnya. Pagi tu kami sarapan bubur udang segera yang boleh di beli di 7E. Boleh minta staff 7E panaskan. Sedang enak bersarapan ada local tegur aku dalam bahasa Inggeris bertanyakan asal usul aku. Bila sebut Malaysia dia sedikit terkejut. Katanya muka kami mcm MUSLIM THAI. Haha… baru sehari kot dok kat Bangkok ni dah kata ada rupa orang Siam. Teringat dolu-dolu duduk Arau masa study dulu. Ada gak orangg tegur aku orang Siam. Zaman tak pakai tudung dulu. Bila dah berhijrah rupa Siam tu ade ker? Boleh mai lagi la Thailand pasni.
Selesai makan kami naik tuk tuk ke Stesen Hua Lamphong dan ambil train pukul 9.25pagi ke Ayutthaya. Okay di sini lah kisahnya bermula. Punyalah tunggu train kat platform 8. Rupa-rupanya train dah terlepas bila sampai waktu sebab officer di kaunter masa beli tiket tu tersalah inform platform. Ternaik jugak sedikit suara aku sebab sampai pukul 10.00 lebih aku tunggu tu! Officer tersebut minta maaf dengan suara lembut. Patutlah lelaki Malaysia mudah terpesona dengan perempuan Siam. Lembut sangat tuturnya! Kami decide ambil train ekspress ke Ayuthaya harga 345baht kot kalau tak silap bersamaan dengan RM38 kita siap ada meal. Cuma aku tak ambil la meal sebab takut tak halal.
Tiba di Ayutthaya hari dah menjengah tengahari. Bersepah pemandu tuktuk dok kejar tawarkan khidmat. Nasib baik aku nak ke toilet waktu tu. Ada la chance nak elak. Kami sewa motosikal 150baht di Ayutthaya. Harga minyak pula 90baht. Minyak tu kena bayar lepas kita dah hantar motosikal. Oh ya! Kat sini kami hanya bagi salinan pasport je. Tak perlu lesen bagai. Jangan lupa peta. Peta Ayutthaya dibekalkan tetapi versi fotostat. Aku jadik tukang baca peta kawan aku yang menunggang. Sesat tu ade le jugak. Al maklum lah baca peta fotostat pada-pada lah puas pusing pi mai pi mai peta tu tau!
First tempat yang kami lawati ialah Wat Yai Chaimongkhon. Tak jauh pun dari stesen keretapi. Fee masuk ke sini adalah sebanyak 20baht. Semput jugak memanjat tangga dalam Wat Yai Chaimongkhon ni. Haish curam oo nak naik hatta mau turun dari wat ni sampai kaki kejang dibuatnya.
Kemudian kami terus menghala ke arah wat lain pula. Kali ni ke Wat Mahthat. Untuk pengetahuan semua, hampir kesemua wat-wat yang ada seperti Wat Ratchaburana, Wat Phra Ram, Wat Phra Si Sanphet terletak berdekatan antara satu sama lain. Satu pusat sahaja. Pusing pusing di situ juga. Bercerita tentang Wat Mahathat, sebenarnya wat ini terdiri daripada binaan bata merah. Dan di sinilah terdapat patung kepala Budha yang dililit oleh akar pokok.
[caption id="attachment_517" align="alignnone" width="2048"] The touristic "high light" of Wat Maha That[/caption]
Oh ya terlupa! Bayaran masuk ke sini dikenakan sebanyak 50baht. Puas sungguh jelajah di sini dan kami sempat berkenalan dengan jejaka dari Jepun. Sepet-sepet mata depa no. Betul lah rakyat Jepun ramah. Siap berborak tanya asal dan sebagainya. Cuma tak sempat bertukar fb. Habis saja meneliti binaan dan sebagainya, kami ambil keputusan untuk kembali ke stesen keretapi Ayutthaya. Lagipun dah pukul 4.30 petang. Kami kembali pulangkan motosikal yang disewa. Dan Alhamdulillah duit minyak sebanyak 90baht tak perlu kami bayar. Tak luak pun!
[caption id="attachment_520" align="aligncenter" width="490"] Wat Yai Chai Mongkhon
14th Century temple with towering chedi. kuil ini dibina pada zaman pemerintahan King U Thong, pemerintah pertama Ayutthaya[/caption]
[caption id="attachment_522" align="aligncenter" width="276"] Puing puing yang masih kukuh. Wat Mahat Hat menggunakan konsep pembinaan kuil Khmer [/caption]
[caption id="attachment_519" align="aligncenter" width="276"] Sempat berkenalan dengan tourist dari Jepun. di belakang adalah kesan peninggalan Royal Vihara[/caption]
[caption id="attachment_518" align="aligncenter" width="225"] Chedi in situ[/caption]
Comments
Post a Comment