Akhirnya Bangkok Aku Jejaki

Selama 16 jam lebih atas train akhirnya tepat jam 11.00 pagi kami tiba di bumi Bangkok. Wah… akhirnya!! Tak percaya aku menjejakkan kaki di Bangkok. Pengalaman naik keretapi berbelas jam akhirnya kaki ku ini menjejak bumi Bangkok. Tak sabar nak cari makanan untuk isi perut. Lapaq bak hang. Sebaik tiba di Hua Lamphong Train Station aku try cari kat food court train station tu makanan halal. Ada seperti yang aku search internet. Tapi tak dapatlah nak membelinya sebab aku pening memikirkan baunya bercampur aduk. Hehe..actually kat situ non halal food n halal food duduk dalam satu food court dan bau “lembu kaki pendek” lebih menyengat. Serta merta tekak aku kembang. Baik aku cari makan di luar.


Kata putus diambil. Kami terus ke hotel dan check in dulu. Kami naik teksi ke Phra Athit Road (charge 200baht). Hotel yang aku book dekat booking.com ERAWAN HOUSE terletak di lokasi strategik. Tak jauh dari Khao San Road dan Grand Palace. Jalan kaki jer sebenarnya. Boleh exercise! Selepas check in, mandi dan solat sebagainya, baru kami keluar mencari makan. Puas keliling Khao San Road last-last apabila bertanya pada local people baru la diberitahu kat area situ ada satu tempat makan halal food. Payah benar jugak nak cari halal food. Berdekatan hotel kami menginap ada satu halal food restaurant iaiatu Roti Mataba. Tapi kena beratur panjang ler sebab ramai yang nak makan di situ. The place is too limited. Macam lonely planet punya tempat. Kenyang makan noodle beef soup baru ler kami bergerak ke Grand Palace. Kali ni kami amik tuk tuk. Actually tuktuk sebenarnya mahal diorang akan letakkan harga pemula 200baht. Pandai-pandai la korang tawar. Hehe seronoknya bawak kawan aku yang sorang ni jenis suka menawar.. sengih-sengih tawar manja.  Ha! Kan dah dapat murah haha


Sampai depan Grand Palace kami tak buang masa then masuk ke dalam dan bayar fee sebanyak 500baht. Mahal jugak sekali masuk. Layan ja lah. Dah mai dah. Kebetulan semasa menjengah ke Grand Palace, hari tersebut rupanya merupakan “Holy Buddha Festival”. So upacara keagamaan diadakan secara rasmi di Grand Palace ini. Jangan tak tau yer sebenarnya Grand Palace merupakan bekas istana raja. Besar betul istana dalam tuh. Puas menjengah dalam tu kira-kira tak sampai sejam kami diarahkan keluar kerana upacara keagamaan akan berlangsung sebentar lagi. So terpaksa mencari jalan keluar. Kami sempat tengok askar diraja berkawad masuk ke Grand Palace. Segak-segak plak abang siam ni kan??


Setelah beberapa minit menghabiskan masa tengok burung merpati liar kami bergerak berjalan kaki (kononnya) untuk ke Khao San Road. Tak jauh pun actually tp memikirkan nak kena lintas jalan raya yang besar itu. Akhirnya mengalah ambil tuk tuk. Buang duit lagi. Hai...Kena 100 baht ke tempat yang lebih kurang  1 kilometer sahaja. Perkara yang syok di Khao San Road tengok kedai-kedai bermacam-macam jualan. Murah weh. Tp pandai-pandai la korang tawar menawar. Khao San Road ni syurga backpackers. Cuma aku tak gemar lepak mahupun ambil hotel di sini walaupun digelar syurga backpacker sebab aku tak suka hiruk piruk di malam hari. Banyak pub. Muzik kuat. Haih..Macam mana nak rehat kalau seharian berjalan sedangkan keesokan penuh dengan agenda lain? Bayangkan kemeriahan jalan ini di malam hari. Yang teguk air arak tu faham-faham la. Belum pun malam dah nampak ada yang “pening-pening lalat” bahana dek air tersebut. Aku lebih selesa ambil hotel yang tak jauh dari Khao San Road tetapi masih lagi di laluan utama. Beberapa jam berlalu, akhirnya kami balik ke hotel. Rehat. Esok menuju ke Ayutthaya pula.


💌 KCF




[caption id="attachment_476" align="alignnone" width="2048"]12792138_1741804896055775_2925882035292964628_o Wat Phra Kaew atau dikenali sebagai Temple of the Emerald Buddha dapat dilihat dari  outer court[/caption]

12823255_1741805512722380_3180932865222223553_o




[caption id="attachment_478" align="aligncenter" width="575"]12823288_1741804869389111_3984227478433179207_o Grand Palace dikatakan mula dibina pada tahu 1782. sangat impressive pembinaannya.[/caption]

[caption id="attachment_481" align="aligncenter" width="575"]12841275_1741805272722404_8250882772459735190_o in the middle court. banyak phra dalam ni.[/caption]

12829381_1741805502722381_6397959071261367627_o




[caption id="attachment_479" align="alignnone" width="2048"]12829311_1741805339389064_7004918542433163303_o Sekawanan burung merpati di luar kawasan istana[/caption]

[caption id="attachment_496" align="alignnone" width="1280"]12841349_1741805269389071_2395700687382519145_o Barisan tentera segak bergaya, berbaris masuk ke dalam istana.[/caption]

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan