Zhaijian!
Pejam celik dah hari terakhir rupanya di bumi China ini. Sekejap sangat masa berlalu. Tak puas rasanya menikmati keindahan alam di sini. Hari ini kami lebih leisure. Pagi-pagi lagi dah check out, sarapan then menuju ke Nanning's People Park yang juga dikenali sebagai Bailong Park. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Free of charge. Bebas masuk ke sini menghirup udara segar sambil beriadah. Tak delah nak beriadah sangat. Kami ambil peluang menghabiskan masa di sini. Boleh dikatakan kebanyakkan PRC beriadah dengan pelbagai cara. Ada yang menari, ada yang jogging, ada yang duduk sambil bermain daun terup. Hai..bermacam lagilah.
[caption id="attachment_1830" align="aligncenter" width="4608"] Juiqu Bridge[/caption]
[caption id="attachment_1831" align="aligncenter" width="4608"] Goldfish Pool. Ada banyak ikan di sini.[/caption]
[caption id="attachment_1833" align="aligncenter" width="4608"] Local people yang beriadah di pagi hari. Saya sempat melihat dua wanita ini menari latin syle.[/caption]
Puas menghabiskan masa di sini, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas ke Wuxu International Airport. Walaupun tiba awal, apa lagi cari port sambil pekena coffee dan buah. Tiba waktu check in luggage barulah bergerak menyelesaikan apa yang sepatutnya.
[caption id="attachment_1832" align="aligncenter" width="4608"] Kita minum dulu sebelum pulang ![/caption]
Dan... tepat jam 5.30petang (dah maghrib) kami meninggalkan bumi Nanning dengan pesawat AK169 ke Kuala Lumpur. Alhamdullliah. Selesai juga misi Nanning-Guilin-Yangshuo ni. Sampai jumpa lagi, Zhaijian!
💌 KCF
Comments
Post a Comment