Posts

Showing posts from May, 2016

Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati

Image
Jam menunjukkan 8.45 pagi. Dah berkira kira mahu melangkahkan kaki tetapi dek kerana travel buddy yang lagi dua orang lambat.. Eh "superlambat" kau! Makna kata pergerakan aku juga perlu dilambatkan. Ikutkan hati nak tinggal aje. Tapi alah.. Abaikan kejap rasa yang menyinggah. Orang yang sabarkan di sayangi Allah. Kan?? Bas 246 membawa aku ke Jangsaengpo Whale Museum . Hari kedua menaiki bas lagaknya seperti warganegara Korea yang terkenal dengan Kimchi. Sebenarnya daerah Jangsaengpo merupakan bandar pelabuhan. Nyatanya kesibukan di sini sedikit terasa namun cuaca sejuk umpama di Cameron Highland membuatkan diri terasa salju. Ye salju dalam simbahan cahaya matahari. Nyaman sekali. Dengan bayaran 9000 won puas ku teroka Jangsaengpo Whale Museum. Dari muzium ke theater 4D atau 3D mahupun show si cilik lumba lumba aku menimba sedikit ilmu di sini. Rupanya dahulu, paus putih merupakan ikan yang menjadi santapan mewah warga Korea. Perikanan laut dalam terhadap ikan yang semakin p...

Sepetang Di Daewangam Park

Image
"Kak Sya jom kita ke Korea nak?" Ucapnya kepadaku. "Okay jom!" Sepatah kataku tanpa memikir apa yang ada di Korea. Aku akui Korea bukanlah wishlist aku. NO. Entah.. sebab tarikan tiket murah sehingga kan aku tak mampu untuk mencari indahnya Korea di mata aku. Namun sedikit demi sedikit terlihat keindahan Korea dengan cara yang tersendiri. Jam menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi pabila cik abang pilot mengumumkan ketibaan kami di Gimhae Airport. Saat kaki melangkah aku bagaikan.. Eh! Begini rupanya Busan. Sedikit kalut kerana aku bukanlah study habis habisan route subway Korea ini. Setelah diteliti semula di aplikasi "metro subway" yang aku muat turun di handset,  keputusan dibuat. Pada asalnya aku nak naik bas dekat Busan Dongbu Gyeongnam Intercity Bus Terminal alihnya bila tengok route semula baik naik terus dari Haeundae Bus Station yang boleh diakses di Exit 1. Hanya perlu berjalan sedikit lebih kurang 100 meter untuk sampai ke sana. Kos pula lebih mur...

Pulau Payar : Day Trip Yang Awesome!

Image
“Argh tension” luah aku dalam facebook baru-baru ni secara tak langsung membuatkan aku diajak rakan untuk ikut day trip ke Payar. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Terlebih-lebih sorong dah rupanya. Sangat seronok tak terkata. Trip yang penuh dengan kegembiraan. Medium Whatsapp diwujudkan bagi mengetahui perkembangan tentang “Trip Payar With Love”. Secara jujur memang tak kenal pun dan aku jarang mencelah di medium ini. Kalau mencelah pun meluahkan kegusaran tak tahu berenang. Sementelahan memang aku tak tahu berenang tau! Seawal jam 5.15 pagi aku dah tertunggu van Starex. Berdebar. Yang aku kenal boleh dikira dengan jari. Hanya Marsyi dan Zaid sahaja. Sampai sahaja van well aku ditegur ramah. Andy jugak ramah. Aku mati-mati dok ingat dia tu Chinese. Ampun ye andy. Sampai di Iskandari Dive Centre, persiapan equipment untuk diving dibuat terlebih dahulu. Macam biasa seperti yang aku lihat masa dengan Mermaid Dive Centre, Pattaya dulu. Cuma yang ini sangat leisure. Perjalanan ke Payar ...