Sepetang Di Daewangam Park
"Kak Sya jom kita ke Korea nak?" Ucapnya kepadaku.
"Okay jom!"
Sepatah kataku tanpa memikir apa yang ada di Korea. Aku akui Korea bukanlah wishlist aku. NO. Entah.. sebab tarikan tiket murah sehingga kan aku tak mampu untuk mencari indahnya Korea di mata aku. Namun sedikit demi sedikit terlihat keindahan Korea dengan cara yang tersendiri.
Jam menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi pabila cik abang pilot mengumumkan ketibaan kami di Gimhae Airport. Saat kaki melangkah aku bagaikan.. Eh! Begini rupanya Busan. Sedikit kalut kerana aku bukanlah study habis habisan route subway Korea ini. Setelah diteliti semula di aplikasi "metro subway" yang aku muat turun di handset, keputusan dibuat. Pada asalnya aku nak naik bas dekat Busan Dongbu Gyeongnam Intercity Bus Terminal alihnya bila tengok route semula baik naik terus dari Haeundae Bus Station yang boleh diakses di Exit 1. Hanya perlu berjalan sedikit lebih kurang 100 meter untuk sampai ke sana. Kos pula lebih murah hanya 4400 won bagi sejam perjalanan.
Aku tak nafikan mencari arah ke Haeundae Bus Station sedikit sebanyak menguji kesabaran aku ditambah dengan dua rakan kepada rakan aku yang hanya tahu mengekor dan gelakkan bila salah jalan. Beberapa kali ayat aku luah dimulut sangat berbisa. Maaf aku bukan membezakan orang "kau kekampungan" atau kau tu "orang bandar". Sejujurnya aku luahkan.. Bila berhadapan masalah baik dibantu. Aku tak suka membuang masa. Kembara aku bukan touch and go sahaja. Konsep aku mudah. Mengembara ke sesuatu tempat biarlah kita mengambil sedikit sebanyak apa yang baik di depan mata. Tatkala dalam perjalanan bukalah mata dan minda perhati sekeliling yang mampu memberikan kita ilmu, peluang dan pengalaman tersendiri. Sen yang dibelanjakan bukanlah sedikit biarlah berbaloi dengan apa yang kita peroleh. Ya.. PENGALAMAN mungkin?
Berhempas pulas menaiki bas 401 dari arah hotel tempat aku menginap di Samsan-dong, Namgu Ulsan (Hotel Fan) ke destinasi yang dituju. Ku kira lebih 50 perhentian barulah sampai ke destinasi Daewangam Park. Turun sahaja dari bas, angin sejuk mula menyapa tubuh. Allahu. Sejuk! Mungkin kerana kedudukannya di tepi laut. Sepanjang perjalanan apa yang aku perhatikan Ulsan (daerah Donggu) merupakan hub perindustrian automatif dan perindustrian berat lain terutama Hyundai. Suasana di sana juga walaupun sibuk tidaklah se macet Jakarta atau sesibuk Bandaraya Kuala Lumpur. Aman dan damai kulihat jalannya tenang.
[caption id="attachment_1366" align="aligncenter" width="2048"] Sebaik sahaja turun dari bas, mata tertancap pada papan tanda yang ada. Nasib ada signboard.[/caption]
Daewangam Park bagiku mempunyai tarikan tersendiri. Taman tersebut dikunjungi warga sekitar yang beriadah petang. Dengan keindahan hutan pine tumbuh subur memayungi bumi, dengan batuan yang cantik kesan hakisan di pinggir laut. Subhanallah. Nikmati mana yang kau dustakan? Cantik. Di sini ada lagenda yang tersembunyi dikatakan oleh rakyat tempatan Queen Munmu berubah menjadi naga menjaga perairan Timur.
[caption id="attachment_1368" align="aligncenter" width="2048"] Laluan berturap menghala ke pinggir pantai merentasi pokok-pokok pine[/caption]
[caption id="attachment_1369" align="aligncenter" width="700"] Indah sungguh bila cahaya menyuluh. Santai petang di sini mampu menerangkan mata. Kemerahan je batuan-batuan tersebut disinari cahaya
[/caption]
[caption id="attachment_1367" align="aligncenter" width="2048"] Pemandangan dari luar hutan pine[/caption]
[caption id="attachment_1372" align="aligncenter" width="4608"] Travel buddy ke Korea[/caption]
[caption id="attachment_1373" align="aligncenter" width="4608"] Memandang Daewangam Park bersebelahan Shipyard terbesar dunia Hyundai Heavy Industry maka banyak lah kapal-kapal di tengah lautan[/caption]
[caption id="attachment_1371" align="aligncenter" width="4608"] "Kamu tak pernah tahu seberapa jauh kamu melangkah hingga kamu mencubanya. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita"[/caption]
Baiklah untuk sampai ke Dawangam Rock yang menganjur ke tengah lautan sebenarnya boleh menggunakan pelbagai route. Route yang memerlukan meredah hutan pine atau batu-batuan. Atau anda malas? Boleh sahaja berjalan menggunakan laluan santai dan landai yang ada disediakan. Pilihan di tangan sendiri. Jangan tak sangka ahjumma ahjussi yang bongkok tiga pun mampu meredah laluan sukar. Malu oii! Kalau kau yang muda tak mampu. Tak jauh dari sini Daewangam Park boleh akses ke Ilsan Beach yang kukira mirip seperti Pantai Gurney dan disekitarnya banyak cafeteria atau coffee house. Mungkin agaknya warga Ulsan sukakan coffee? Insya Allah kalau free aku kongsikan kenapa Coffee House tumbuh bak cendawan di Ulsan ini.
💌 KCF
Comments
Post a Comment