Itinerary : 7 Hari di Ulsan & Busan Korea
Selesai sudah backpacker trip selama 7 hari. Yang nyata sesi trip kali ini banyak mengajar aku erti berdikari. I gain lots of experience in this trip. Yap..Really! Selama ini aku takut untuk travel dan bergerak sendiri, bila ada situasi yang kita tak mahu dan ingini tak tersangka rupanya kita mampu bergerak solo sebenarnya. Sepanjang trip kita seringkali diuji berdepan dengan pelbagai situasi. Sesat jalan umpamanya..lagikan hidup orang bolehkan tersesat inikan pula JALAN. Usah hilang punca. Ada mulut tanyakan aja. Ada internet (jika ada) jalankan misi jejari anda. InsyaAllah ada jayanya. Baiklah aku ingin berkongsi setiap spot yang aku lewati sepanjang trip ke Korea ini. Moga jadi panduan buat rakan jika ingin menerjah dengan kos yang rendah. Percayalah saya banyak menggunakan pengangkutan awam di sana. Ianya sangat efisyen, mudah dan pastinya lebih murah. 💠Daewangam Park, Ulsan Lebih dikenali sebagai Ulki Park terletak di sebalah Pantai Timur Ulsan. Pada tahun 2014, pulau batuan ini ...