Solo Travel Buat Kali Pertama Akhirnya, Oryukdo & Taejongdae Dijengah
Hari ni aku bergerak sendirian. Solo travel for the last day. Tak sampai hati nak ajak kawan-kawan redah Oryukdo Skyway. Dah la diorang kaki sakit. Tak pasal pulak nanti. Tak apa, lagipun Emma dah mahir naik metro subway. Amin. Doa ku moga diorang selamat. Sempat lagi sebelum bergerak sendiri aku perturunkan cara ke sana sini menggunakan subway. Seperjalanan ke Choryang station dari hotel penginapan dalam subway sebaiknya aku elakkan duduk tepi warga tempatan yang berbau. Tak mandi pagi ye? Pagi-pagi dah tercium bau. Tengik lagi. Jenuh!
Sebaik keluar sahaja dari Choryang aku menaiki bas bernombor 27 untuk ke Oryukdo. Tak jauh pun sebenarnya. Tetapi yang melambatkan perjalanan apabila berdepan dengan kesesakan traffic. Subhanallah.. Sampai sana aku tersenyum sambil berjalan sendirian. Puas memandang ke laut lepas. Hajat hati sebenarnya ingin menjejakkan kaki ke atas glass skyway namun apakan daya hujan dan angin membuatkan skyway tak dapat ditakluki. Sedikit kecewa terpancar di riak muka. Namun aku nikmati sepenuhnya alam indah ini. Dalam keasyikan menikmati pemandangan indah, ada tourist dari Japan menegur aku. Katanya suka tengok aku. Terpegun sebentar. Sampaikan terfikir apalah yang dia minat sangat sementelahan aku gelap dek panahan mentari. Sekali lagi disebabkan berhijab aku jadi tumpuan. Sejam setengah di situ, aku terfikir ke mana arah tuju selepas itu.
Dalam hati terfikir hendak ke Yongdusan Park. Lagipun aku nak cover Chinatown dan BIFF skali. Namun apabila aku mula onkan googlemaps terus aku taip Taejongdae. Spontaneous. Benda lain pulak aku type. Lagipun dalam itinerary aku tak masuk list Taejongdae Park ni.
Perjalanan ke Taejongdae dari Oryukdo perlu menggunakan dua bas iaitu bas bernombor 27 dan 101. Maaf. Pertukaran bas aku tak ingat stesennya. Cepat benar aku lupa. Perjalanan ke Taejongdae melalui jambatan Yeongdodaegyo. Jambatan ini adalah jambatan gantung pertama di Busan. Jambatan ni dinaikkan (terangkat) setiap hari dari pukul 12.00 - 12.15pm untuk memberi laluan kepada kapal melalui di bawahnya. Aku hanya sempat melihat dan mengintai kesesakan lalulintas di darat mahupun di air melalui tingkap bas sahaja. Agaknya kalau aku bergerak awal dari Oryukdo mesti aku sempat melihat jambatan ini dinaikkan dari dalam bas ini.
Ku Daki Tinggi Taejongdae Park
Taejongdae boleh membuatkan kita ternganga melihat tebing tinggi nan indah menghadap lautan Japan. Nama Taejongdae diambil bersempena nama King Taejong Muyeol (604 - 661) yang merupakan raja yang ke 29 memerintah Jajahan Silla. Ketika sampai di sini, cuaca masih lagi tidak menyebelahi aku dengan rintik-rintik yang sedikit lebat memaksa aku berpayung sambil mendaki ke atas. ALLAHU. Walaupun penat ku daki namun pemandangan di sekitar membuatkan aku sedikit bersemangat. Sudah sejam ku daki.. masih belum sampai ke destinasi. Aduhai jauhnya! Kulihat ramai yang mendaki menapak naik dengan tenang sekali. Sesekali mereka bersenda gurau. Tram Danubi yang disediakan di sini tidak berfungsi pada hari tersebut membuatkan ramai mengambil keputusan mendaki. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa spot menarik untuk aku lewati. Antaranya Statue of Mother and Children. Statue ini berfungsi untuk mengingatkan pada mereka yang berhasrat untuk membunuh diri (dengan melompat tebing Taejongdae) bahawa masih ada insan yang menyayangi mereka iaitu IBU tercinta.
[caption id="attachment_1536" align="aligncenter" width="4608"] Statue of Mother and Children [/caption]
[caption id="attachment_1537" align="aligncenter" width="4608"] Statue pemerintah sebelum turun ke Taewon Pebble Yard[/caption]
[caption id="attachment_1538" align="aligncenter" width="4608"] Mangbuseok. Kisah sedih sebalik statue "There is the legendary faithful wife who died and turned into a stone waiting for her husband who was taken away by Japanese raiders"[/caption]
[caption id="attachment_1539" align="aligncenter" width="3456"] Mermaid Statue berhampiran Yeongdo Lighthouse[/caption]
Pabila di puncak, tak sudah sudah dibibir memuji Ilahi. Besarnya Keagungan Allah. Nak menangis rasa. Di sudut hati aku berbisik. Ya Allah! Nikmatnya pandangan mata. Saujana mata memandang itu membuatkan aku insaf dengan kekhilafan diri. Teringat keluarga teringat arwah mama. Semuanya bercampur baur. Alangkah indah moment ini andai aku bersama keluarga menikmati bersama. Teringin sebenarnya nak bawa keluarga ke tempat macam ni.
Kepenatan mendaki membuatkan aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri menikmati coklat panas. Sambil menikmati mataku sedikit berair.. Tak kuat rupanya hati ku nan kecil. Menangis lagi.
[caption id="attachment_1541" align="aligncenter" width="4608"] Pemandangan dari cafe yang terdapat di Yeongdo Lighthouse[/caption]
[caption id="attachment_1540" align="aligncenter" width="4608"] Sayup ke bawah kelihatan Sinseon Rock[/caption]
Usai menikmati minum petang terus aku redahi cliff rocks yang ada di situ. Hujan gerimis dan angin sejuk sepoi-sepoi nyaman sekali aku rasa. Terdapat segelintir tourist menjejakkan kaki ke cliff rocks semata-mata ingin mengabadikan gambar kenangan. Berkali kali mengucapkan kalimah Allah pabila berada di atas cliff rocks ini. Dan dari jauh juga Pulau Tsushima milik Jepun jelas kelihatan. Berbaloi rupanya berjalan kaki hanya ingin sampai ke rumah api Yongdo atau lebih dikenali sebagai MOKDO ini.
[caption id="attachment_1543" align="aligncenter" width="576"] Sinseon Rock (suicide rock)[/caption]
[caption id="attachment_1549" align="aligncenter" width="576"] Sinseon Rock diambil dari mitos bahawa para dewa dan dewi datang ke tempat ini untuk beristirehat.[/caption]
[caption id="attachment_1550" align="alignnone" width="1184"] Cruise di bawah tak silap saya adalah Gonpo cruise boat & Tagal cruise boat. Jika berhasrat nak melihat Taejongdae Cliffs dari arah laut boleh naik cruise tersebut.[/caption]
KCF
Comments
Post a Comment