Memendam Rasa Di Ganjeolgot Cape Spot Matahari Terbaik
Ganjeolgot? Mula mahu menyebut membuatkan lidah seperti bertutur bahasa urdu. Berbelit lidah. Terasa seperti menyebut jenglot. Ganjeolgot Cape letaknya di Seosaeng-myeon, Ulju-gun boleh diakses menggunakan bas bernombor 715. Di sinilah merupakan tempat di mana kita dapat melihat keindahan mentari pagi menyuluh bumi. Malangnya aku pergi sewaktu matahari dah meninggi. Apalagi gigit jari lah makngah ye!
Sepanjang hari ni banyak sungguh drama. Ya aku berdrama~ drama korea. Memang parah bila dengan travel buddy yang bermasalah. Oh bukan senang kali ni aku nak tenangkan diri. Seriusly. Ada je tak kena. Kalau dah tak suka jangan harap aku nak suka. STOP IT! Sebabkan kawan memang aku bersabar. Lantaklah nak katakan apa sekalipun. Dari segi positif apa yang aku dapat ambil bila jadi macam ni, aku lebih senang bergerak sendiri. Duduk hadap laut sendiri. Jalan tengok tempat sendiri, hatta ambik gambar pun sendiri dan tak langsung lebih beradaptasi dengan warga di sini. Bak kata orang dugaan datang ada hikmah yang tersembunyi. Positif be positif young girl!. Kau bukan tak boleh atasi sendirian.
Baiklah tinggalkan drama episod sendu. Di Ganjeolgot terdapat banyak tempat menarik dapat dilawati. Sendirian aku melihat landskap menarik tepi laut dengan bunga-bungaan mekar dan cafe berdiri megah menghadap lautan membuatkan hati meronta meronta tidak keruan. Sebenarnya di sini terdapat rumah api berwarna merah betul menganjur ke laut yang mana selayaknya dinikmati bersama insan kesayangan pemandangan indah tersebut tatkala dinihari. Jeles makngah.. yang datang banyak dengan pasangan menikmati alam tepi lautan. Me? Jenuh aku menahan rasa. Dok usha-usha kot kot ada oppa handsome lalu depan mata. Malangnya hampa. Oh! Hampa...Hampa!
Aku lebih banyak menyendiri di sini. Sempat jua mencoret dalam buku peribadi. Dan juga ditegur Eonni sebab beliau melihat aku sendiri. Sendirian mencoret sendirian mengambil gambar malah sendirian menghadap bekal. Hilang gundah yang menyinggah. Senyum terukir dibibir. Macam putus cinta plak rasa. Kahkah?
Sedikit info yang ingin aku kongsikan tentang Ganjeolgot. Ganjeolgot merupakan esternmost part di Korea Selatan. Sebab itulah dapat saksikan mentari terbit di ufuk timur di sini. Tak jauh dari sini ada Jinha Beach dan juga Songsaengpo Fortress. Hanya sempat menjengah Jinha Beach. Beberapa kilometer sebelum Ganjeolgot terdapat sebuah perkampungan iaitu "oegosan onggi village" yang merupakan desa yang menjalankan industri desa (penghasilan onggi iaitu tembikar).
Nampaknya mata berat sekali malam ini. Nak mencoret lagi tapi biarlah gambar bercerita. Cerita cikgu feesya di Ulsan Korea.
[caption id="attachment_1480" align="aligncenter" width="4608"] Landskap berlatar belakangkan kincir angin dikelilingi bunga-bungaan yang sedang mekar menghadap lautan
[/caption]
[caption id="attachment_1494" align="aligncenter" width="3328"] Tak jauh di sana adalah rumah api warna merah. Nampak papan tanda tu? Nak propose awek boleh la buat di situ. Romantik katanya sambil lihat matahari naik sambil propose awek. Kahkah.[/caption]
[caption id="attachment_1482" align="aligncenter" width="3456"] Rumah api warna merah[/caption]
[caption id="attachment_1483" align="aligncenter" width="4608"] Bersusah payah nak ambik gambar ni, dok tunggu bila ombak nak meninggi. Berbaloi.
[/caption]
[caption id="attachment_1485" align="aligncenter" width="3456"] I'M here! Aku tak pasti tugu ni tentang apa..tapi aku pasti ayat kat situ ada bermaksud "I'm coming to see you".[/caption]
[caption id="attachment_1484" align="aligncenter" width="4608"] Sayup-sayup nampak Jinha Beach[/caption]
[caption id="attachment_1487" align="aligncenter" width="2048"] Alih alih ada drama house. Kebetulan kan. Banyak sangat main drama. Psst tempat ni merupakan tempat pembikinan filem "May Queen" tau[/caption]
[caption id="attachment_1495" align="aligncenter" width="768"] Antara taman indah sekitar Ganjeolgot Light house.[/caption]
[caption id="attachment_1496" align="aligncenter" width="576"] Giant post box[/caption]
💌 KCF
Comments
Post a Comment