Posts

Showing posts from September, 2016

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan

Image
Sebenarnya hari ni tiada apa sangat yang kami lakukan. Paginya usai sarapan kami bergerak ke Hin Ta Hin Yai. [caption id="attachment_media-28" align="aligncenter" width="4608"] Welcome...[/caption] [caption id="attachment_3245" align="aligncenter" width="4608"] Mother Nature indeed has a sense of humour!? This is Hin Ta[/caption] [caption id="attachment_3248" align="aligncenter" width="4608"] And this is Hin Yai[/caption] Hin Ta dan Hin Yai merupakan pembentukan batu unik dan menarik yang terletak di selatan Koh Samui. Pembentukan batu-batu ini, dikenali sebagai Atuk (Ta) dan Nenek (Yai), dan kelihatan, masing-masing, seperti alat kelamin. Alang alang dah ada di Koh Samui kami menjengah ke pinggir pantai Lamai dan Hua Thanon itu. Alam itu indah..sebenarnya lebih indah kalau kita ketahui dan memahami kejadian alam. ANGIN, AIR dan OMBAK. Proses hakisan di pinggir pantai membentuk batuan tersebut ...

Angthong Marine Park & Mae Koh

Image
Hari ni sepenuhnya kami spent time ambil pakej ke marine park. Cover dua pulau dengan dua aktiviti snorkeling dan sightseeing. Total hangus 900thb included permit masuk marine park. Seawal jam 7.30 pagi van datang ambil di hotel menuju ke Samui (nathon) pier. Kami terus menuju ke boat yang sedia menanti. Terasa jauh pula dari Samui ke Angthong Marine Park. Hampir sejam juga. Sempat lena tau. [caption id="attachment_3211" align="aligncenter" width="4608"] Nathon Pier, sedang menunggu bot berlepas[/caption] Setibanya ke Angthong Marine Park kami diberi m asa selama hampir2 jam jugak untuk membuat aktiviti pilihan. Sightseeing, snorkeling dan apa sahaja kecuali kayak sebab kayak akan dilakukan di pulau yg kedua. Tanpa buang masa aku ajak zaid hiking ke atas. Kalau lambat mesti queue.  100meter yang pertama berterabur juga langkah aku dengan ramainya manusia naik ke atas. Tiba di 2nd viewpoint fuh cantik. Beratur pula nak ambil gambar. Aku teruskan jua nak ta...

Rintangan Bukan Penghalang Misi Ke Koh Samui

Image
Perancangan percutian ini walau ada kesulitan akhirnya tetap jua pergi walau tinggal beberapa orang sahaja. Walau pada awalnya aku tak mahu teruskan atas sebab-sebab tertentu, namun aku ada sebab tersendiri mengapa aku teruskan trip ini. Bagaimana kalau pergi hati tak tenang? Sesungguhnya ketenangan antara 10 benda yang tak mampu dibeli dengan duit. Bagaimana peroleh ketenangan? Tepuklah dada tanyalah diri. Aku bukanlah ustazah aku bukan sesiapa. Tapi aku adalah hamba Allah yang hina. Ku adukan masalah padaNYA. Muhasabah diri. Sehari sebelum bertolak masih lagi aku keluh kesah. Alhamdulillah akhirnya aku temukan jawapan. Kenapa aku perlu gundah dengan setiap keluh kesah yang menyinggah? Teruskan..yang menentukan suka duka senang susah hidup kita bergantung pada Allah. Mintaklah baik-baik. Insya Allah baik rencananya. Dan jadikan yang berlaku sebagai pengajaran. Keberangkatan kami semalam masuk ke Thailand dipermudahkan. Alhamdulillah bermula dari border sampai ke Donsak Pier. Pukul 3.0...