Angthong Marine Park & Mae Koh

Hari ni sepenuhnya kami spent time ambil pakej ke marine park. Cover dua pulau dengan dua aktiviti snorkeling dan sightseeing. Total hangus 900thb included permit masuk marine park. Seawal jam 7.30 pagi van datang ambil di hotel menuju ke Samui (nathon) pier. Kami terus menuju ke boat yang sedia menanti. Terasa jauh pula dari Samui ke Angthong Marine Park. Hampir sejam juga. Sempat lena tau.




[caption id="attachment_3211" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Nathon Pier, sedang menunggu bot berlepas[/caption]

Setibanya ke Angthong Marine Park kami diberi masa selama hampir2 jam jugak untuk membuat aktiviti pilihan. Sightseeing, snorkeling dan apa sahaja kecuali kayak sebab kayak akan dilakukan di pulau yg kedua.


Tanpa buang masa aku ajak zaid hiking ke atas. Kalau lambat mesti queue.  100meter yang pertama berterabur juga langkah aku dengan ramainya manusia naik ke atas. Tiba di 2nd viewpoint fuh cantik. Beratur pula nak ambil gambar. Aku teruskan jua nak target ke highest peak yang hanya tinggal lagi 300 meter ke atas. Zaid dah mula menyerah. Aku biarkan zaid rehat dan teruskan langkah ke atas. Kali ini bergerak alone. Perlahan aku atur langkah. Penat sebenarnya. Tahan nafas hembus control abis breathing. Harap la berjaya. Self motivation bila gerak sorang kena tinggi. Ku kuatkan semangat. Yes.. Berjaya naik. Namun terbantut bila 50 meter orang ramai dok queue nak naik ke peak. Sempat aku ditegur minah siam dan kami berbual sebentar. Dia pun datang keseorangan. Di ajaknya aku naik juga hingga ke peak. Tapi apa kan daya dalam menanti turn yang panjang aku intai intai jam.. Aduh masa yang ada tak lama. Keputusan dibuat akhirnya aku bergerak turun. Fikir jadilah view yang dekat 2nd viewpoint tu. Cantik jugak. Ramai sangat nak ambik view kat peak. Turun ke bawah masa ada hanya tinggal 15mins sempat jugak pekena ayaq nyoq. Fuh segar terasa!




[caption id="attachment_3213" align="alignnone" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Menaiki long tail boat menghampiri Angthong National Park[/caption]

[caption id="attachment_3214" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Jom kita mendaki ke atas.[/caption]

[caption id="attachment_3217" align="alignnone" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Mendaki tangga yang tersedia. Terpaksa meneruskan langkah meninggalkan Zaid di belakang. Surrender katanya![/caption]

[caption id="attachment_3215" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Abaikan muka yang gelap. Kepenatan jer tuh. lol[/caption]

[caption id="attachment_3216" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA This view 200meter walking distance. Hike jgn tak hike![/caption]

[caption id="attachment_media-13" align="aligncenter" width="4608"]P9152116_edited.jpg Pekena ayaq nyoq bila kepenatan memang sungguh nikmat![/caption]

Beralih ke next pitstop kami terus ke Mae Koh Island(Mother of Island). Di sini letaknya Talay Nai Lagoon atau dikenali sebagai Green Lagoon. Di sini terdapat view cantik green lagoon plus sea namun kena hiking juga. Tapi dengan tangga dan jambatan yang disediakan. Mencanak naiknya. Pulangannya di sini sangat lumayan. Sakit naik tangga terubat apabila dijamu dengan pemandangan yang sangat indah di depan mata. Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa. Alamat kalau lepak di atas lama... boleh lena dibuatnya.




[caption id="attachment_3219" align="aligncenter" width="4608"]P9152141.JPG Welcome to Mae Koh Island[/caption]

[caption id="attachment_3220" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Andai dapat ku tawan hatimu...Eh![/caption]

[caption id="attachment_3223" align="aligncenter" width="4608"]P1010959_edited.jpg Bird eye view of Angthong archipelago[/caption]

[caption id="attachment_3221" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Tenang. Tasik air masin[/caption]

[caption id="attachment_3222" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pastikan kaki anda mampu melangkah dan memijak  anak tangga yang curam.[/caption]

Hampir sejam lebih di sini kami bergerak balik ke Koh Samui. Atas boat semua terlena keletihan. Letih seharian tapi sangat menyeronokkan. Andai kata lama aku di sini..mahu setiap hari mencuba pelbagai pakej ke pulau pulau yang ada.


Malamnya kami hanya isi masa dengan aktiviti makan-makan dan aku mengambil keputusan untuk massage. Pergh. Traditional thai massage ni sangat sedap haha. Ayat! Meraung lah sapa yang kena penangan lutut, siku dan kaki massager siam ini. Nak menangis aku dibuatnya. Hilang sakit dan urat bersimpul.




Sudahnya malam aku berlalu dengan senang. Lena senyenyaknya tanpa gangguan.


 

💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan