Rintangan Bukan Penghalang Misi Ke Koh Samui
Perancangan percutian ini walau ada kesulitan akhirnya tetap jua pergi walau tinggal beberapa orang sahaja. Walau pada awalnya aku tak mahu teruskan atas sebab-sebab tertentu, namun aku ada sebab tersendiri mengapa aku teruskan trip ini. Bagaimana kalau pergi hati tak tenang? Sesungguhnya ketenangan antara 10 benda yang tak mampu dibeli dengan duit. Bagaimana peroleh ketenangan? Tepuklah dada tanyalah diri. Aku bukanlah ustazah aku bukan sesiapa. Tapi aku adalah hamba Allah yang hina. Ku adukan masalah padaNYA. Muhasabah diri. Sehari sebelum bertolak masih lagi aku keluh kesah. Alhamdulillah akhirnya aku temukan jawapan. Kenapa aku perlu gundah dengan setiap keluh kesah yang menyinggah? Teruskan..yang menentukan suka duka senang susah hidup kita bergantung pada Allah. Mintaklah baik-baik. Insya Allah baik rencananya. Dan jadikan yang berlaku sebagai pengajaran.
Keberangkatan kami semalam masuk ke Thailand dipermudahkan. Alhamdulillah bermula dari border sampai ke Donsak Pier. Pukul 3.00pagi barulah kami tiba di Donsak Pier. Usai kerjakan solat subuh kami bergerak naik ke ferry pada pukul 7.00 pagi.
Di atas ferry. Indahnya ciptaan Allah. Jarang sekali aku saksikan terbitnya mentari di tengah lautan. Selalunya aku suka melihat sang matahari terbenam di ufuk barat. Alhamdulillah kali ni dapat saksikan terbitnya mentari perlahan lahan menyuluh cahayanya di sebelah timur. Alangkah bagusnya andai kita dapat menjadi bak mentari pagi menyuluh alam sekeliling tanpa rasa prejudis pada sesiapa. Semua dapat menikmati sinarnya.
[caption id="attachment_3125" align="aligncenter" width="4608"] Mentari pagi menyinar. Pemandangan dari atas ferry ke Koh Samui[/caption]
Sekali lagi dipermudahkan. Kami dapat check in awal. Usai bersihkan diri malah dapat melelapkan mata sebentar. Lega rasanya. Lega.. Kemudian kami teruskan penerokaan yang pertama di Koh Samui iaitu ke Lad Koh viewpoint. Terbentang laut luas di depan mata dari aras yang tinggi. Lad Koh sebenarnya merupakan antara top 6 viewpoint yang menarik di Samui. Letaknya antara Chaweng dan Lamai Beach.
[caption id="attachment_3149" align="aligncenter" width="4608"] bergambar sudah pasti nak berlatarbelakangkan laut dan pantai. lol[/caption]
[caption id="attachment_3155" align="aligncenter" width="700"] Koh Samui from Lad Koh Viewpoint[/caption]
Sekadar beberapa minit capture gambar yang diingini, kami bergerak ke lokasi seterusnya Lamai Viewpoint. Untuk sampai ke viewpoint ini, sila gagahkan diri ye sebabnya ada beberapa anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke atas. Berpeluh juga dibuatnya. Kena pulak dah lama tak workout..bercerau peluh sejuk. Bila sampai di atas, senyum mula terukir dibibir. Hilang penat tengok pemandangan dari atas. Kami meluangkan masa lama sedikit menikmati jus sambil menjamu mata memandang pemandangan indah. Kalau datang sendiri memang aku sanggup duduk lama-lama di atas. Sambil melayan sambil buat aktiviti lasak~cable ride. Hoii.. Melepas wei nak buat. Dari top ke satu top tu sepanjang 850meter. Ahai melepas tak dapat buat. Destinasi kami yang ketiga petang itu Samui Safari Park. Di sini aku hanya melihat lihat tanpa rasa teruja. Aku lebih selesa menanyakan harga 4x4 off road to Namuang Waterfall dari melayan mata melihat fauna yg tersiksa. Sungguh tidak selesa.
[caption id="attachment_3139" align="aligncenter" width="4608"] Mendaki tangga untuk ke atas. Kontrol hansem betul orang sebelah aku tu.[/caption]
[caption id="attachment_3145" align="aligncenter" width="4608"] Saat bercuti diapit bodyguards sado! Well my travel mates in this Koh Samui trip terbaik.[/caption]
[caption id="attachment_3161" align="aligncenter" width="1152"] Atas Lamai Viewpoint ada cafe yang boleh kita duduk dan relaks menikmati minuman sambil layan mata.[/caption]
Meriahnya Suasana Malam
Suasana malam di Koh Samui sangat meriah. Seperti Krabi, Pattaya dan Bangkok yang pernah aku jengah sebelum ini.. Suasananya tidak terlalu jauh beza. Ragam manusia yang pelbagai. Ada lelaki, perempuan, dan dot dot dot. Geleng kepala memandang ragam mereka. Ada mata lihat..pandangan mata walau diberi kurnia melihat tundukkan sahaja. Abaikan. Menggeleng juga tatkala melayan street band merpati dua sejoli berciuman tanpa segan silu di sebelah meja. Penuh manja berahi. Heh. Yang malunya aku. Eh! Haha. Malam itu aku biarkan sahaja berlalu sekadar mencuci mata melihat persekitaran bersama teman-teman. Melihat ramai yang berpesta umpama dunia mereka yang punya. Biarkan malam berlalu.. Aku rela masuk ke bilik dan melayan muka buku.
[caption id="attachment_3168" align="aligncenter" width="700"] Keluarga Cikgu Tahar yang turut menyertai trip ini[/caption]
[caption id="attachment_3172" align="aligncenter" width="700"] Three of us in front of Central Festival Samui[/caption]
💌 KCF
Comments
Post a Comment