China Silk Road

Tentu ramai yang pernah dengar tentang Silk Road/Route(Laluan/Jalan Sutera) kan..dalam buku Sejarah sekolah menengah pun ada ceritakan sedikit tentang laluan perdagangan ini.


Sebenarnya, orang yang mewujudkan istilah jalan sutera ini ialah ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen (1877). Kalau korang nak tahu laluan/jalan sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Laluan ini adalah laluan perdagangan yang terawal sejak berabad yang lalu.


Banyak laluan sebenarnya jalan sutera ini. Ada laluan sutera darat dan juga laluan sutera laut. Bagi darat laluan yang selalu disebut umum bermula dari Chang'An (kini dikenali sebagai Xi'an) hingga ke Rom. Dan laluan darat ini terbahagi pula kepada dua cabang iaitu selatan dan utara.


Jalan selatan bermula dari Dunhuang ke Yangguan menuju barat. Kemudian menyusur kaki Gunung Kunlun, Bukit Cong, Dayueshi( kawasan Timur Laut Xinjiang dan Afghanistan hari ini), Anxi (Iran), Tiaoshi ( Semenanjung Arab ), akhirnya ke wilayah Rom.


Manakala laluan utara dari Dunhuang iaitu dari Yumen Pass ke barat, menyusur kaki Gunung Tianshan menyusur sebelah selatan Bukit Cong, Dawan, Kangju( di wilayah Asia Tengah bekas Soviet Union), menuju lagi ke barat daya dan bersambungan dengan jalan selatan. Berselirat bukan?


Laluan Sutera laut pula bermula dengan menaiki kapal dari Guangzhou melalui Selat Melaka, sampai ke Sri Lanka, India dan Afrika Timur. Tiba tiba pUlak terbayangkan kisah Hikayat Merong Mahawangsa. Teringat kapal dan jong China. Teknologi pembinaan jong ini dikatakan bermula sejak Dinasti Han.


Laluan Silk Road dulunya jarang dilalui oleh para traveller tempatan tetapi rasanya bukan satu yang asing lagi sejak akhir-akhir ini. Antara catatan backpackers yang saya ikuti En. Zainal Ahmad dan Naramas Aman (seorang lecturer & pengembara), Perjalanannya bermula dari Uzbekistan, Kyrgystan, Kazakhstan seterusnya memasuki China. Ramai lagi catatan perjalanan yang saya ikuti dan tak mampu untuk saya ingati. Kesemuanya menaikkan semangat untuk menjelajah Central Asia. Galau jadinya bila saban malam sebelum tidur, pasti saya meluangkan masa untuk membaca perjalanan para pengembara di luar sana.


Baiklah.. Kita singkap pula sejarah tentang seorang pengembara zaman dahulu kala yang sangat terkenal merentasi Laluan Sutera iaitu Marco Polo (1254-1324). Pengembaraan beliau menjelajah Asia berlansung dalam tempoh 24 tahun. Marco Polo pernah menjadi orang kepercayaan Kublai Khan (1214-1294) dan mengembara ke seluruh China dan sekembali ke tempat asalnya, kisah pengembaraan beliau menjadi terkenal di seantero dunia.


Untuk Kembara China Silk Road kali ni tumpuan saya dan rakan rakan ke beberapa bandar utama iaitu bermula dari Beijing-Urumqi (sebutan Wulumuqi) - Turpan - Dunhuang - dan berakhir dengan Xi'an. Tak sabarnya untuk jelajah laluan perdangangan yang popular sewaktu Dinasti Han ini. Tak sabar juga sebenarnya untuk melihat budaya, kesenian, keagamaan, teknologi, sains dan setiap elemen civilization yang berlaku berkurun abad sepanjang Silk Road ini. Harap apa yang saya dapat sepanjang perjalanan ini nanti mampu dikongsi bersama anak didik terutamanya dalam bidang Geografi~ melibatkan geografi fizikal dan kemanusiaan. Pengalaman tentunya merupakan pengajar yg baik.. Dari pengalaman perkongsian juga mampu mendidik anak bangsa supaya tidak terhad kepada buku teks semata-mata yang kini sudah lapuk dek zaman. Masa kian berubah tentunya apa yang terkandung juga berubah. Semoga perjalanan yang bakal ditempuh bersama teman-teman dipermudahkan الله‎. Doakan kembara saya yang bermula hari ini(flight pukul 6.10petang). Semoga kami semua dapat input dan pengajaran yang berguna dari pengembaraan kali ini agar dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain walau dalam dimensi yang berbeza.


💌 KCF


15380759_1865144490388481_1231613288288626292_n

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dua Hari Bertamu Di Dali Ancient Town & Erhai Lake

Indahnya Pemandangan...Journey To Barkam!

Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati